Thursday, June 02, 2011
Senyumlah...
Walaupun dia cuma 'makcik cleaner', senyumlah dan ucapkan terima kasih.. tak kena bayar pun.. *mode : heran dgn sesetengah orang yang tanak senyum dengan 'makcik, pakcik cleaner'..
Pagi-pagi, sama ada masa drive ke ofis atau di-drive oleh husband ke ofis, saye akan rancang dalam otak ape perkara yang saye kena buat dan habiskan di ofis.. Kadang-kadang kite terlalu banyak benda nak fikir, kite jadi serabut dan lupa nak prioritise kerja.. jadi, untuk elak otak serabut, rancang la aktiviti hari tu, nak siapkan ape dulu, nak settlekan report ape..
Tapi kite lupa nak rancang, apa yang patut kite buat hari ni supaya orang sekeliling kite gembira dengan kite.. jawapannya mudah.. SENYUM...
- senyumlah kat makcik atau pakcik cleaner yang amik sampah, vacuum tempat kerja kite, bersihkan tandas, sapu jalan.. percayalah, mereka akan rasa dihargai.. jangan berat mulut nak ucap terima kasih..
- senyumlah kat rakan-rakan sekerja, bos-bos, atau orang dalam lif yang kite pon tak berapa nak kenal.. percayalah, itu akan menggembirakan hati awak jugak..
- senyumlah kat adik2, abang2, kakak2, makcik2 yang jual makanan kat cafe.. bukan kena caj extra pon kalo senyum dan ucap terima kasih bila baki dipulangkan..
- senyumlah kat jiran-jiran walaupon tak de dalam agenda harian anda untuk bertegur sapa dgn mereka.. sebab satu hari nanti, anda akan mintak bantuan dari jiran jugak..
- senyumlah kat strangers walaupon dia masam mencuka.. sebab mungkin senyuman anda mengubat hati dia yang tgh kecewa..
- senyumlah kat suami, isteri, anak-anak, ibubapa, adik-beradik walaupon dah selalu jumpa.. sebab mungkin satu hari nanti, senyuman mereka tak dapat lagi anda lihat..
p/s : Encik Suami saye akan risau kalau saye tak senyum kat dia.. but most of the time, just by remembering him, saye akan tersenyum... :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment