Tuesday, December 27, 2011

SBPA : Pandangan Saya..


Assalamualaykum warahmatullah...

Kecoh sana-sini berbicara tentang SBPA.. kalau sign, naik gaji (sedikit la bagi saya) bermula Januari 2012.. kalau tak sign, gaji akan kekal pada tahap sekarang.. nak kerja sampai 60 tahun pon boleh, atau nak pencen pada usia yang lebih awal.. terpulang.. bergantung kepada kudrat dan pilihan masing-masing..

Tapi.. pada hemat saya, SBPA ini hanya akan menambah kekayaan pada mereka yang sedia kaya, sedangkan yang kurang kaya / miskin seperti saya, tidak mendatangkan keuntungan apa-apa.. malah tidak mengurangkan beban yang sedia ada.. malah bakal menyaksikan kerugian dari segi kewangan di masa hadapan.. kenapa saya berkata demikian????

1. Saya "ter"nampak borang SBPA pegawai tinggi di ofis saya. dari gaji pokok RM5000++ dengan skim lama (SSM), gajinya akan bertambah menjadi RM7000++ (almost RM 8k) kalau dlam SBPA.. Nah!! naik banyak kan? sedangkan gaji kami kumpulam marhaen, apetah lagi gaji kumpulan pelaksana (katanya) yang memang sedia rendah, hanya naik dalam RM100-400 sahaja... Maka pada saya, dari segi ini menunjukkan SBPA hanya akan meng'kaya'kan yang sedia kaya dan menyusahkan yang sedia miskin.. menyusahkan kerana kami lah yang akan lebih terasa dengan kenaikan harga barang yang bakal berlaku tak lama lagi akibat "kenaikan gaji" kononnya... tak percaya???? tunggu pengumuman tentang kenaikan harga barang, minyak, tol, baju, beras, atau apa-apa sahaja bil air, letrik, astro yang bakal naik... sedangkan mereka disediakan elaun minyak kereta, elaun itu, elaun ini...
maka, saye lebih kesian kepada mereka yang bekerja dalam syarikat swasta...


2. Beberapa jawatan dari kumpulan pelaksana (kumpulan sokongan kalau ikut SSM) telah dijumudkan.. maksudnya, dihentikan.. maka, akan ada yang hilang pekerjaan.. akan ada yang terbatas mata pencarian.. dah lah gaji tak seberapa, jumud pulak dah! Adil?? bagi saya, tak adil..


3. Tempoh perkhidmatan boleh dilanjutkan kepada 60 tahun umur persaraan.. maka ramailah anak-anak muda lulusan kolej / universiti akan tidak mendapat pekerjaan kerana tempat itu diisi oleh pekerja-pekerja veteran.. maklumlah, mereka ni kalau lagi lama bekerja, lagi banyak dapat duit pencen kelak.. lagi banyak benefit kepada mereka, walaupon mungkin pada umur 55 sudah menurun prestasi.. sudah bakal merugikan negara.. Habis tu, anak-anak muda graduan kolej / universiti ni nak kerja apa?? itu yang banyak pengangguran.. banyak duduk saja-saja tak tau nak buat ape..


4. Ada yang elok, seperti outcome-based performance.. yang mana, prestasi dijadikan kayu ukur utama untuk dilabelkan sebagai pekerja cemerlang.. tapi pemberian markah cemerlang adalah subjektif dan perlu dinilai oleh Ketua.. jadi, akan bermulalah sesi bodek-membodek, tak berani nak menyangkal atau menegur ketua.. kalau tak, markah rendah sangat.. kurang dari 70%, disarankan letak jawatan atau diberhentikan.. hmmm...

Ini hanyalah pandangan peribadi saya berkenaan SBPA..
Kalau ada yang tak setuju, boleh kongsi..
Mungkin kefahaman kita berbeza, pendapat juga berlainan...

Thursday, December 22, 2011

Konfius!


A : You have to tell me everything and anything about you or your life or.. anything! Because I care for you..

B : Okay.. And you have to do the same thing too...

A : Okay. Deal!

But it doesn't goes as what being dealt before.
A knows that B knew A had something bothering his/her mind..
B felt A is not being honest, because they are supposed to share anything and everything about them.
A maybe feels that B better not knowing what is bothering him/her.
But A forgets that B shared everything about B with A, and expecting A to do the same thing, too..
So.. mutual consensus is no more mutual, because it doesn't apply to both parties.


It's hurt... At least for me..

Friday, December 16, 2011

Cool!



Funny photo effects

Successful!











ALHAMDULILLAH!

Successful event, I would say, with the help from the involved staff.

And also, special thanks to Mr. Sunshine for being the free-lance photographer + motivator + my inspiration.

My role was to be the MC.. at the beginning of the event, kinda nervous.. heart beating very fast! And suddenly I saw my husband came in into the hall with his new-brand camera and a big smile on his face, and gave me a double thumb-up sign, all the nervous and anxious faded away! :)

The power of love la konon-konon kan! huhuhu...

Next update would be the abseiling program yang tertunggak tu.. Insya-Allah...

Monday, December 05, 2011

Aktiviti Hujung Minggu

Ini entry pasca hujung minggu...

Hujung minggu datang lagi. Cuti sekolah, selalunya ade kenduri. Memang ada, tapi tak dapat nak pergi. Satu, sebab GPS rosak. Kedua, takde teman nak pergi sekali. Ketiga, erm... tu je alasan yang ade. :P

Sabtu, plan dengan adik-adik nak pergi melantak. Seoul Garden IOI Mall, makanan Korea secara buffet. Pukul 11am, bertolak. Makan punye makan punye makan sampai kenyang. Adeh.. banyak lagi yang ter-ambik lebih yang tak habis. Argh.. Terdesak! Grill semua skali, pastu sorok-sorok masukkan dalam plastic kecik yang entah macam mana ade dalam handbag Kimah. kuikuikui.. Jaga-jaga ade CCTV. Fatin, si bongsu pandai berlakon. Masukkan seketul kecik dalam mulut, tangan lagi satu masukkan daging ayam yang dah masak ke dalam plastik bag. Tak kantoi. Hihihihi. Next time, ingat! Kalau nak datang makan situ lagi, kena bawak tupperware / plastic bag.

Lepas makan, jalan-jalan cari pasal. Masuk The Body Shop, saye nak beli shower gel. Adik-adik jadi mengganas.. beli perfume, body butter, lotion. Isk.. Total perbelanjaan mencecah RM 400 utk 4 orang punye barang. Okay la tuh. Saye dah guna Body Shop sejak 7 tahun yang lepas. So far, sangat puas hati. Banyak choice. Perfume wangi dan kekal lama. Husband pon suka. Adik beradik pon dah terpengaruh. Feedback dari mereka, semua nya okay. So, berbaloi la jadi regular customer The Body Shop. :)



Next, shopping baju. Pergi Jusco, carik baju. Jumpa kasut, sambar satu. Hehehe. Masuk FOS, masuk Brands Outlet. Adik-adik dapat barang yang dicari, saye pon puas hati. Dah pukul 4pm, masa untuk pulang..

Oh.. tadi ternampak Tutti Frutti. Jom try, nak tengok kat mane yang sedap sangat sampai orang semua dok kecoh pasal tutti Frutti. Adik belanja, amik cup besar untuk share 4 orang. Frozen yogurt katanye, banyak choice kot. Pilih Lemon, Lychee and Chocolate. Topping fresh fruits (strawberry, kiwi, apricot) dan gummy bear. Time nak bayar... KAAACHING!!! RM 19.75. Not bad. Tengok kat screen dia, RM 0.53 per 10 gram. Taste, okay la jugak, tapi takleh lawan Baskin Robbins. Even Wall's Double Dutch pon lagi sedap kot.. Conclusion : Tutti Frutti boleh tahan le, cuma tak de la sampai nak craving for one.



Pastu, balik rumah. Petang, pergi swimming kat Kompleks Kejiranan Presint 9. Konon-konon nak tebus rase bersalah sebab makan banyak sangat. Malam, buat mee goreng basah tambah ayam and daging yang di-kidnap dari Seoul Garden. Sedap weh!!

Ahad, bangun pagi.. kemas rumah siket, basuh baju then sidai. Ade mamat Bangla datang nak potong rumput. Bagus la, rumput pon dah panjang. Lagipon, Mr. Sunshine balik dalam minggu ni. Settle potong rumput. Dah penat mengemas, nak mandi dulu. Cuci bathroom, sambil-sambil isi air dalam bath tub. Why not, buat aromatherapy bath sendiri kat rumah. Letak siket dewberry aromatherapy oil dalam bath tub, pastu ade rose petals dari pokok kat bawah. Mak aii!!! bestnye!!! Berendam dalam setengah jam, sambil rehat-rehat minda. Pastu guna bath gel Body Shop yang baru beli. Pergh.. Badan wangi sampai ke petang!


Mr. Sunshine balik nanti, boleh buat camni.. :P

Lunch simple-simple je, pastu TV time! Petang, berkebun kejap. Alamak, gelapnye langit.. Hujan lebat. Astro tak dapat siaran. Herm... Layan video masa majlis kahwin dulu. kuikuikui. Maklumlah, rindu kat Encik Suami.. Kuikuikui..

Malam, sambung tengok TV pastu Skype dengan Mr. Sunshine. Prepare baju untuk kerja, pastu.. ZZZZZZ...

Itu la hujung minggu saye kalau ditinggalkan sorang-sorang. Hehehe. Try to fill up the time with some activities. :)

What about yours???

p/s : Insya-Allah Mr. Sunshine balik minggu ni.. Selasa atau Jumaat, mungkin. Hopefully Selasa! Plan : nak dating tengok Ombak Rindu! Hehehe..

Friday, November 25, 2011

ICT - Men & Women



Assalamualaykum..

Good day to all!

My boss forward an email with the above image. Funny but true! Hehehe..

Men = Bluetooth
Well, kinda true for some but I think it cannot be generalized.
I know some men who are like that, connected to a girl when she is nearby and search for others when his girl is away.. I'm talking through experience.. *wink wink*
Biase la tu... kot! Even if the girl is nearby, they can still search for other nearby devices! Hahaha! As for me, up to you to do that because later, you will be answering to The Al-Mighty, The All-Knowing.. you might be cheating to your wife, she wouldn't know that but Allah is Merciful..

Women = Wifi
Betul jugak! I have known someone, a girlfriend of mine who has a lot of boyfriends at one time.. but she ended up marrying someone who she thought is the best among others. You know, women need to feel secure. Majority of us will settle down with someone who can offer the best security of all.. How independent a lady is, deep inside herself, she need to feel secure with someone. It might not be security in terms of safety, but would also be in terms of financial, love and affectionate.

But sometimes, men can be a Wifi, too.. Women can be a bluetooth, too..

Friday, November 11, 2011

Without You Knowing...

You are there, but pretending not there..

You are avoiding me, without you knowing that you are killing me..

You need time for yourself, without knowing that I am dying here..

You might want to teach me a lesson, without knowing that you are actually showing me how my soul could perish..

You couldn't accept how could I did that to you, without knowing that I hate myself for doing that to you..

You might loss your trust in me, without knowing that I couldn't trust myself anymore..

You may think that you're losing me, without knowing that I lost myself already and I'm afraid of losing you..

Thursday, November 10, 2011

Lost



Wake up in the morning...

Realizing that I've already lost half of me..

Now, that I've done sinful mistake...

I know I'm gonna lost the other half of myself...

Fragile inside when I have no one to share anymore..

I know you would feel alone too, as you have loss your trust to someone..

Your silence is killing me...

It is killing me softly...

Before you or me realizing...

I have no trust in myself anymore...



p/s : this might be the last, before I lost myself further...

Tuesday, November 08, 2011

Bercelaru...

Assalamualaykum...


Fikiran saya bercelaru...



Pertama :
Seksualiti Merdeka???? Apa ni?? Dengan memberi kebebasan kepada sesiapa sahaja untuk memilih kecenderungan seksualiti masing-masing? Gay atau lesbian adalah hak masing-masing?? Adui.. sedih... sadis.. Ambiga yang terang-terangan kafir, memang layak jadi ahli neraka.. tapi ape kena Marina Mahathir pon menyokong?? Nak sama-sama masuk neraka dengan Ambiga?? Dunia... dunia.. kesian dengan dunia yang makin tua.. sudahlah tua, dipenuhi dengan orang-orang yang membuat durjana sebegini... Kesian anak-anak yang sedang membesar.. mesti mereka pun akan bercelaru seperti saye.. T_T




Kedua :
Bantah umat Islam sembelih lembu di tempat awam??? Apa ni?? Wahai penganut agama lain, ini perintah dari Tuhan kami yang Maha Besar!!! Kamu semua tidak layak untuk bantah apa yang agama kami perintahkan!! Kami tidak mengacau agama kamu, jadi jangan kacau Islam kami!!! Kami sembelih lembu di surau-surau dan padang kawasan lapang, bukan di depan rumah kamu mahu pun dalam rumah sembahan kamu.. Jadi, jangan cabar kami!!




Ketiga :
Makin banyak bencana alam yang berlaku.. Apa ni?? Di Thailand, banjir besar yang melumpuhkan seluruh negara.. musibah mungkin, wallahu a'lam.. Gempa bumi dan letupan gunung berapi di Indonesia... oh, hampirnya dengan Malaysia.. saye takut... saye rase tak selamat.. Bila Allah semakin murka, bila-bila masa musibah boleh terjadi.. Tsunami?? saye pernah bermimpi terperangkap dalam tsunami yang besar.. sungguh menggerunkan, rase macam sangkakala sudah bertiup.. Ya Allah Yang Maha Mendengar.. izinkanlah hamba-Mu ini bertemu dengan suamiku dahulu sebelum Engkau ambil salah seorang dari kami.. T_T




Keempat :
Saye percaya kepada "Kepimpinan Melalui Teladan"... tapi... pemimpin yang sepatutnye menjadi contoh kepada saye tidak memberi teladan yang baik.. membuatkan saye lebih bercelaru.. katanya kena berjimat, tapi keluarga mereka sendiri yang bermewah-mewahan.. katanya tanggungjawab terhadap kerja perlu diutamakan, tapi diri sendiri yang melanggar.. katanya perlu berdisiplin dan jangan melanggar peraturan, tapi diri sendiri yang kerap amik emergency leave dan MC (saye sangsi dengan MC ini).. Macam mana ni?? T_T..




Sekian. Kecelaruan yang menjadi igauan, menghantui hari Selasa yang indah.

Thursday, November 03, 2011

Ramping Rahsia Bahagia????




Herm... rahsia la sangat! bahagia la sangat kan..

Kalau isteri ramping tapi tak mengikut syarak sebagai isteri solehah yang dah ditetapkan dalam Islam, masih bahagia ke?

Kalau isteri tak berapa nak ramping (maklum la, anak dah berderet.. nak ramping camane kan?!) tapi berusaha untuk menjadi ibu dan isteri yang sempurna di mata suami dan anak-anak, tak bahagia la ek?

Kalau isteri ramping molek, tapi perintah suami tak ikut, perintah Allah pon main langgar je, bahagia ke?

Ini kajian kat Tennessee, tak applicable kat negara kite.. tak sesuai diguna oleh masyarakat Islam, termasuk la kat Malaysia nih.. even kalau kat negara mana-mana pun, still tak applicable.. berapa banyak artis-artis hot dan celebrities yang cun-melecun berbody ramping yang bahagia dgn keluarga dan pasangan masing-masing?

Memang betul la, isteri kena jaga badan untuk suami.. tapi itu tak menjamin kebahagiaan.. kalau ramping tapi busuk, bahagia ke?? yuck!!

Satu lagi soalan....

Apa definisi "BAHAGIA" ???

I was asked this question almost 10 years ago, but till now, I couldn't find the exact definition..

Subjective, maybe..

p/s : ini baru la RAHSIA RUMAHTANGGA BAHAGIA

Wednesday, October 19, 2011

Short. But. Still. Sweet. (hopefully)




"The reason to breathe...

What is LOVE without him.."

Monday, October 17, 2011

Thinking..




p/s : O Allah,
Please make me a better person ,
As what I seek is only Your blessing..

Monday, October 10, 2011

Noktah.



Pandang ke tepi.
"We have been married for 2 years, 5 months 1 week 2 days"
tempoh ini aku berkongsi hidup dengan dia.
selama ini janji dia aku pegang.

malam itu.
aku di'pindah' tanggungjawab kepada dia.
dosaku, tanggungjawabnya.
sakitku, kerisauannya.
keceriaanku, kegembiraannya.

dalam aku ada dia.
dalam dia, di situ aku.

sampai hari ini.
cintaku padanya masih kukuh.
rinduku padanya tetap sama.

sampai hari ini.
tidak ada BMW.
tidak ada banglo.
tidak ada anak.
tidak kaya-raya.

tapi aku masih gembira.
masih dicinta lelaki yang sama.
masih mampu buat dia ketawa.
masih lagi dimanja.

bak kata mereka.
"let's grow old together".

tapi bagiku.
"let's grow old together happily".


aku rindu dia.
rindu sangat-sangat.

Friday, October 07, 2011

Systematic Review vs Meta-Analysis


Sorry guys....

I have to post this here, so that I won't forget what I've learn..

Hey... you guys would learn too, right?!

Right??

RIGHT????




Yeah... right!

What I've Been Busy-ing...



8 hours in office is no more enough..
But, I'm optimist that I will be able to catch up..

Monday : presentation of paper in front of Director
Tuesday - Thursday : pharmaco-economics workshop
Friday : Technical meeting with CPG committee..

Full week occupied!

But I'm looking forward for this weekend activities....




ABSEILING IN SUNGAI PISANG WATERFALL!!!!!

Yeeeehhhhhaaaaa!!!!!

Wednesday, September 28, 2011

Apa Ni?!


Bersawang..
Masa banyak terbuang..
Menghabiskan kerja yang tidak terbilang..
Lalu "tempat" ini menjadi terbiar ditumbuhi lalang..

Terpinggir...
Otak ligat berfikir..
Dugaan dan tugas datang bergilir-gilir..
ARGHH!! Tak sanggup rasanya "tempat" ini terus tersingkir..

Terleka..
Detik waktu disia-sia..
Tetapi pabila Matahariku pulang dari samudera..
Setiap saat dan minit diluang bersama-sama..oh bahagia!

Maafkanlah..
Hanya mampu mencelah..
Memang hatiku cukup berbelah..
Apakan daya kerja dan tugas tak sudah-sudah.. hai lemah....



Nukilan penuh spontan,

Kerinduan dan kegembiraan kami..
(HANIN FARHANA)



p/s : idea spontan lepas tengok meja kerja penuh dgn kertas..
sorry my blog, terabai ye?! :)

Wednesday, July 20, 2011

Tioman Trip With The Sisters

Assalamualaykum..

Mode "jalan-jalan" is on!! Hehehe.. Actually, just nak share my experience travelling with my 3 other sisters (Adik, Kim, Bib).. you see, I have 2 brothers and 4 sisters.. all of us love challenging activities and loooooovvvveeee travelling and jalan-jalan.. I guess, it's all started with my big bro, Abe Hazim.. my big bro is a back-packer.. in fact, dia adalah back-packer tegar, okay.. my sis-in-law pon dah berjangkit, in fact macho and 'handsome' Danial pon dah start back-packing at the age of TWO!!! urgghhh.. I've never been back-packing but would love to do so..

The initial plan was, family trip to Tioman together with my parents... but last minute, tak jadi coz maybe my mum is kinda easily tired nowadays due to the age factor.. so we decided to make it as our first "sisters trip".. unfortunately, our youngest one, Fatin, could not join us because "tak cukup umur" (it's for 18 and above.. hahaha!)..

Memang thrill and excited for the trip since Adik went to Panuba Inn, Tioman with her colleagues and she highly recommended us the place.. beautiful place with a good facilities, what else do you expect from an island..?

Journey begins.....

1st day (Thursday night - Friday, 1st july 2011)

Our journey started around 10pm.. we decided to go by bus to Mersing since it would add up extra adventure to our trip.. hahahah! So, big boss Abah sent us to Terminal Bersepadu Bandar Tasik Selatan (TBS-BTS) and we waited for our bus.. pergh, besar gile tempat tu.. and sangat stylo macam airport dah ghupenye..
I could see some eyes were looking at us.. maybe dalam otak memasing terpikir "ape la budak pompuan 4 org ni buat, bawak back-pack besor-besor tgh malam ni.." huhuhu.. macam omputih dalam Amazing Race pulak rasenye..
Bas Transnasional yang kitorang naik was kinda old.. sakit la jugak badan.. ade 4-5 org mamat Arab hidung mancung stok boleh sangkut hanger baju on the bus to the same destination, I would say.. memang cakap Arab and dok gelak-gelak bising sambil "bikin huru-hara, buat gila-gila".. eh.. ter-masuk chant Ultras la pulak.. ergh..
sepanjang perjalanan, the 4 sisters memang tido tak hengat!! huhuhu.. nothing gonna stop us..

Sampai ke terminal Mersing around 4.30am, Adik pon ajak berjalan ke jeti.. kitorang follow, kang tak ikut kan, derhaka pulak.. alih-alih, tak nampak rupa macam jeti pong! tukar arah, jalan ke bahagian depan.. Adik dah bagi alasan "malam la.. I tak sure sangat jalan ke sana, sebab gelap".. pergh!! memang bersenam la jugak kitorang pagi buta tu.. pastu, tanye la sorang Apek ni, dia bagitahu la jalan arah situ pastu lalu sini.. misteri : apehal Apek ni jalan-jalan pagi buta ni? bawak plastic bag and botol pulak tu..

Dalam 15 minit, sampai le ke jeti.. masuk surau, then sambung TIDO!!

Bangun pukul 7pg.. siap-siap solat (Allah tak dilupakan ye, para hadirin sekalian!) terus kuar carik makan.. ade gerai makan kat situ.. food = okay-okay je.. tapi dah lapar punye pasal, belasah je.. sementara tunggu feri pukul 10am..

10am feri dtg.. ramai org, full-house! tempat duduk kat dalam full so saye ngan Adik dok kat luar.. Panuba Inn Resort ni adalah second last stop.. last stop is Salang.. perjalanan dari jeti ke Panuba ade la dalam 2.5 ke 3 jam..

Sampai je ke Panuba Inn, terus terpaku.. Subhanallah, memang cantik tempat ni.. jeti kayu yang classic.. chalet pulak mengadap laut terus, bukak pintu dok kat balcony, mengadap laut yang membiru.. hadoi.. memang jatuh chenta laaa.. kitorang amik bilik SD (Super Durian).. ade 2 katil queen, so cukup la untuk kitorg 4 org.. air-cond best, toilet bersih.. pemandangan cantik.. lepas check in, turun makan.. harga makanan kat restaurant dia adalah standard harga makan kat pulau.. kitorang ingatkan mahal, so dah plan la konon nak ikat perut la, jimat tanak makan banyak-banyak la.. hampeh.. tengok je menu, harga not bad, terus pelahap semua.. but a must try menu is.. KOPI AIS!!! best !!! huhuhu.. after that, dalam pukul 5pm, masing-masing dah menggigil-gigil gian nak terjun laut.. tukar baju, sewa goggle, then terjun dari jeti.. mak ai!! memang best! ikan banyak, kelaparan kot.. asal bagi roti je , terus kerumun.. teringat plak time muda-muda dulu, bagi makan ikan kat Tasik Bandar kat UIA tu.. huhuhu.. dari jeti ni pon dah nampak macam-macam jenis ikan and coral.. huhuh..

Time terjun-terjun tu, ade la mamat-mamat yang mesra alam dok bertanya-tanya kat kitorang.. they thought, we are 4 good friends!! Kitorang ni nampak sebaya ke? So i told my sisters, Bib and Kim.. "either I ngan Kak La nampak muda, ataupon korang dua yang nampak tua.. hahaha!!" but actually, it was fun being with my sisters doing crazy and adventure things.. :)

Malam.. makan maggi and tido.. generate energy untuk pegi island hopping the next day..

Bangun pagi, buffet breakfast termasuk skali dalam pakej bilik.. dalam pukul 10am, naik bot pi snorkelling.. memang best, best, best... tak tau la nak citer camane, tengok je la gambar-gambar nanti..

Balik Panuba dalam pukul 4pm.. saye terus balik bilik n mandi.. my sisters, still lagi melompat dan bersnorkelling kat jeti.. tak puas lagi kot..

Malam , makan dan berjimba-jimba.. saye kalahkan Bib main chess.. kuikuikui.. tak pandai main pon, tapi nampaknye Bib lagi tak pandai main.. hahahha!

Next day, siap-siap nak balik.. sedih pulak rasanye.. sebab tak puas nak terjun dari jeti lagi.. especially time air tgh pasang.. hmmm.. gerak dari Panuba around 12noon, sampai Mersing dalam 2.30pm.. tunggu punye tunggu, bas dtg pukul 5.30pm.. sampai KL pukul 10pm..

Calculation for our trip :

tiket bas pergi balik : RM 70/pax = RM 280
tiket feri pergi balik : RM 70/pax = RM 280
bilik SD : RM 195 / night = RM 390
snorkelling trip : RM 85/pax = RM 340
makan-makan : cincai la dalam RM 100 sorang = RM 400

total loss = RM 1690 = RM 422.50 sorang..
total experience and joy gain = priceless....

for me, reasonable price le jugak memandangkan Panuba Inn ni adalah private beach, so limited guests and tranquil view.. u can even watch sunrise and sunset from your balcony..

comment : HIGHLY RECOMMENDED!!!

Enjoy the photos, people!!




























p/s : ada lagi gambar.. tapi next posting pulak le..
amacam, korang ade sisters yang camni?? cer citer, cer citer..