Friday, November 10, 2006

Ghazwah Mu'tah Part 1

Ghazwah Mu’tah nih terjadi tahun ke-8 Hijrah, dalam bulan Jamadil-awwal. Mu’tah nih sebenarnye adalah sebuah kampong yang bersempadan dgn Sham (Jordan). Punca berlakunye perang ni adalal kerana pembunuhan Al-Harith ‘Umair al-‘Azdi, utusan Rasulullah kepada raja Busra. Sepatutnya, utusan mana-mana pihak yang datang secara aman adalah dipelihara dan dilarang untuk diperapa-apakn, apatah lagi dibunuh. Disebabkan itulah, kaum Muslimin menjadi sangat marah dan bala tentera pun dengan cepatnya dibentuk, mengumpulkan lebih kurang 3 ribu pejuang Muslim yang sedia untuk menyerang Mu’tah.

Dalam ghazwah ni, Rasulullah tak ikut serta disebabkan beberapa factor. Maka, Rasulullah pun melantik 3 orang panglima perang untuk memimpin. Kata Rasulullah, “Amir kamu ialah Zaid ibn Haritsah. Jika Zaid gugur maka Ja’far akan menggantikannya. Jika Ja’far gugur, ‘Abdullah ibn Rawahah akan menggangtikannya. Jika ‘Abdullah gugur maka hendaklah kamu pilih orang yang kamu suka menjadi ketua kamu.” Baginda berpesan supaya menyeru orang2 Mu’tah kepada Islam dahulu, tetapi jika mereka enggan maka perangilah mereka.

Maka, bertolaklah mereka ke Mu’tah. Pihak musuh apabila mendengar tentang kedatangan tentera Islam, mereka pun segera mengumpulkan tentera. Hiraqla (Hercules) yang pada ketika itu adalah raja Rom turut menghantar bantuan tentera seramai lebih dari seratus ribu orang, lengkap dgn peralatan perang yang canggih pada masa tu. Sharhabil iaitu raja Busra pada ketika itu pon mengumpulkan tentera dari kabilah2 lain juga, sehingga akhirnya terkumpul le lebih kurang dua ratus ribu tentera. Maka kalo ikutkan, lebih kurang tiga ratus ribu tentera musuh nak lawan dengan 3 ribu tentera Muslimin. Satu perkara yang kalo kite pikir secara logiknye adalah sure kalah le sape yang sikit.. timbul le sedikit kegerunan dalam hati tentera Muslim nih. So, ade la beberapa orang yang mencadangkan supaya mereka tulis surat pada Rasulullah, bagitahu tentang perbezaan julah tentera yang amat ketara itu.. manalah tahu, untung2 dapat bantuan tentera tambahan atau pun balik semula ke Madinah tanpa perang. Ade rase ragu-ragu dalam diri mereka nih. Tetapi tidak bagi ‘Abdullah ibn Rawahah. Dia tetap berkeras dan menaikkan semangat tentera Muslimin semuola. Katanya “Wahai orang2 Muslimin, demi Allah, apa yang ditakutkan? Untuk apa kita keluar ini? Tidakkah dengan tujuan syahid? Kita berperang bukan kerana berdasarkan bilangan ramai dan bukan dengan kekuatan. Tetapi kita berperang kerana menegakkan Islam, dengannya kita mendapat kemuliaan dari Allah. Ayuh maju ke hadapan! Satu dari dua kejayaan sudah pasti akan tercapai, iaitu kemenangan atau syahid!”

Maka naik semula le semangat tentera Muslimin. Mereka pun mara ke medan pertempuran dan bertarung dengan musuh . Tentera Muslimin diketuai oleh Zaid ketika itu yang memegang panji2 perang bertempur dengan penuh semangat dan tak kenal erti takut langsung. Zaid akhirnya gugur di medan perang dan belum sempat pun panji2 Islam jatuh ke tanah, Ja’far telah menyambarnya dengan pantas, dan terus mengetuai bala tentera Muslimin.

Ja’far menyambung peranan Zaid dan bertempur dgn hebatnya. Pada suatu ketika, dia merasakan kuda perang dia tuh telah mengganggu konsentrasi dia lalu dia pun turun dari kuda lalu menetak musuh-musuh dengan pedangnya. Then, dia nampak ade seorang tentera musuh yang telah berjaya naik ke atas kudanya. Disebabkan dia tak rela kudanya dinaiki oleh musuh untuk memerangi kaum Muslimin, maka dia pon menetak kudanya itu sampai mati. Betapa kuatnya Ja’far berlawan, sampai satu saat dia dikepung oleh tentera musuh. Tangan kanannya yang sedang memegang panji ditebas oleh musuh.. belum sempat pun panji itu jatuh ke tanah, cepat disambarnya dengan tangan kiri. Lalu mereka tebas pula tangan kiri Ja’far.. tapi Ja’far tetap mengepit panji itu dengan kedua pangkal lengannya ke dada. Takkan dibiarkannya panji itu jatuh ke tanah selagi hayat dikandung badan.. akhirnya, jasad suci Ja’far telah pun kaku tetapi panji itu tetap tertancap di antara dua pangkal lengan dan dadanya. Sahabat rasulullah yang ikut sama berperang, Abdullah ibn Umar berkata, “Aku sama-sama terjun di perang Mu’tah dgn Ja’far. Waktu kami mencarinya, kami dapati ia beroleh luka-luka bekas tusukan dan lemparan lebih dari 90 tempat!” Alhamdulillah, syahid sudah seorang sahabat Rasulullah yang mulia..


...bersambung...

No comments: