Thursday, July 03, 2014

Penangan Berpuasa 19 Jam..


Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaykum warahmatullahi wabarakatuh

Alhamdulillah, sudah menjelang 4 Ramadhan. Hampir genap 4 hari berpuasa yang panjang di bumi Birmingham ni. Kami di sini berpeluang bertadarrus bersama-sama komuniti Malaysia setiap petang, dengan tujuan untuk menyemak bacaan dan mengkhatamkan Al-Quran di bulan yang mulia ini.

Sekuat mana pun kita rasa diri kita mampu menahan lapar, hanya Allah Yang Maha Mengetahui di mana tahap kemampuan kita. Hari kedua berpuasa, kami dijemput untuk beriftar bersama-sama di rumah salah seorang sahabat di sini. Segalanya molek, berjalan lancar dan teruja untuk berbuka beramai-rama. Namun, 5 minit sebelum berbuka, tiba-tiba pandangan saya menjadi berpinar-pinar. Gelap. Kepala rasa ringan dan berpusing. Saya cuba duduk dan menundukkan kepala. Sah. Keadaan saya yang physiologically hypotensive ini tidak mampu menahan apabila berdiri terlalu lama dalam keadaan berpuasa yang terlalu panjang. Sejenak, terus gelap. Saya hanya mendengar sahabat-sahabat dan suami memanggil nama saya.. Seketika kemudian, suara mereka menjadi sayup dan hilang.. Saya pengsan rupanya! 5 minit sebelum berbuka. Apabila sedar, saya terbaring dengan ditemani suami yang jelas tampak riak risau di wajahnya. Bikin cemas betulla!

Alhamdulillah, kembali pulih selepas disuap air manis, kurma, kuih-muih dan beberapa potong tembikai. Syukur, dikurniakan suami dan sahabat-sahabat yang sangat prihatin. Pengajarannya, perlu bersahur seelok mungkin untuk menghadapi tempoh puasa yang panjang. Walaupun saya bersahur pagi itu, namun kuantiti yang terlalu sedikit mungkin tidak mencukupi untuk menampung kehilangan glukosa dalam badan ketika berpuasa.

Selamat berpuasa!

2 comments:

Unknown said...

Assalamualaikum Dr, maaf ganggu, sy terjumpa link doc ni masa google http://dochanin.blogspot.com/2008/06/im-finishing.html

sy shafiq student MBBS yr 3 insyaAllah akan grad 2017, time saya baca entry doc, doc ada kata yg doc minat nak jadi lecturer kan in medical field? doc ada kata nak apply trainee lecturer? tumpang tanya..macam mana cara die if nak apply jadi trainee lecturer ye?

after saya tamat belajar MBBS, then saya buat HO 2 tahun..then? buat master? saya berminat utk ambik pathology/anatomy/pharmacology...

if doc free, saya tinggalkan email saya if doc sudi luang masa reply soalan saya...

shafiqaizat93@yahoo.com

sry ambil masa doc..sry if menggangu..terima kasih :)

asd said...

ArmaniQQ

Ayo Main Di Situs Poker Online Terpercaya Yaitu Situs ARMANIQQ

Dengan 9 Permainan 1 User ID (NO BOT) (NO ADMIN) FAIRPLAY Player vs Player 100%
Daftar Dan Mainkan Sekarang
Memiliki Bonus Bonus WOW

• Bonus Turnover mingguan 0.5%(Dibagikan Setiap Minggu)
• Bonus Refferal 20% (Seumur Hidup)

Ayo Segera....Mainkan Sekarang Juga

Hanya Minimal Deposit Rp 10.000 Dan Minimal Withdraw Rp 20.000
(Bisa deposit Dengan E-Money OVO,GOPAY,GOJEK)

Siap Melayani 24Jam Non Stop Setiap Hari nya

Link alternatif : armaniqqs.info | winterarmani.club