Monday, June 30, 2014

Ramadhan in Birmingham

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, diberikan peluang dan kesempatan oleh Allah Taala untuk bertemu kembali Ramadhan.. Kali ini sedikit berbeza, lebih mencabar namun tetap mengujakan. Pertama kali akan berpuasa di perantauan, jauh dari tanahair.. Tempoh berpuasa yang lebih panjang selama 18-19 jam (bermula jam 3 pagi sehingga jam 9.30 malam) tentunya bakal menguji kekuatan fizikal dan ketahanan mental.. oh! dan juga kesabaran.. namun itu cuma picisan.. tidak terbayang bagaimana saudara muslimin dan muslimat di negara-negara bergolak seperti Palestin, Syria, Mesir dan beberapa negara Afrika yang umat Islam ditindas.. hendak berbuka, makanan terhad.. keselamatan juga terancam.. ada yang hanya berbuka dengan air seteguk dua.. Maka nikmat Allah sebagaimana lagi yang harus dikhuatiri?

Komuniti Malaysia di bumi Birmingham sudah seumpama keluarga besar yang pelbagai ragam dan latar belakang, namun tetap mesra antara satu sama lain dan saling berkasih-sayang.. Benarlah, semangat Islam itu lebih subur di tempat-tempat yang Islam merupakan minoriti. Keluarga di sni saling bantu-membantu, bertadarrus bersama-sama, menjiwai dan menghayati keberkatan Ramadhan.. alangkah bahagia dan tenang di sini. Sudahlah persekitarannya bebas dari kesibukan kerja dan tanggungjawab sebagaimana di Malaysia.. Sungguh.. bumi ini akan dirindui sekembali saya nanti ke tanahair..

Tahun lalu, saya dan suami menyusuri Masjid Besi Putrajaya setiap kali usai berbuka dan solat Maghrib untuk bersama-sama mengerjakan solat tarawikh berjemaah. Alhamdulillah, syukur Allah kerana mengurniakan saya seorang suami yang soleh, bijak membimbing saya mencari redha Allah dan sentiasa menjadi pelindung saya. Dan kali ini, walau di bumi sing yang jauh dari ahli keluarga tercinta, kehadiran suami tersayang memberikan rasa kuat dan semangat yang luar biasa untuk meneruskan perjuangan, dari segi akademik, kehidupan dan mencari syurga Allah..

Insya-Allah, akan terus menghayati Ramadhan sebaik mungkin. Kerana belum pasti dapat bertemu Ramadhan yang berikutnya. Syukur Ya Allah, kasih-sayang yang Engkau berikan pada kami tidak ternilai hebatnya..

Ramadhan Kareem...

No comments: