Sunday, June 29, 2008

A Story and A Lesson..



Assalamualaykum...

Herm.. dah lama tak update blog.. sampaikan ade yang bertanya.. "Hanin merajuk ke, sampaikan tanak update blog langsung?" , "busy sgt ke kerja, blog pon dah bersawang?" , "dah lama tak update blog awak, rindu ngan tulisan awak.." Huhuhu...

Bukan merajuk, bukan busy.. cuma memang kurang idea sket nak update.. Tapi bile idea mencurah, memang kena buat there and then.. Kalo tak, tahun depan pon tak buat..

Dan kerana kenyataan yang ketiga itu lah, saye update blog kali ni.. :)

Banyak perkara yang terjadi, tapi kebanyakannya berkisar tentang kerja dan kisah pesakit saye.. Let me share with all readers tentang seorang pesakit saye, back in O&G dulu.. I wonder if she still strong up to today..

Dia seorang guru.. bukan calang2 guru kerana telah dipilih untuk mengikuti kursus menjadi pengetua.. berumur 38 tahun, dia seorang yang aktif di sekolah dan peringkat kementerian kerana penyertaan dalam sukan bola jaring di kalangan pelajar2 dan juga guru2.. early this year, she started to feel uneasy.. lethargy, sleepy and abdomen started to become bloated... berat badan semakin susut and selera makan makin berkurangan.. dia pergi ke klinik untuk mendapat rawatan...

Sesuatu berlaku... dia dirujuk ke HUKM.. dan dalam bulan April, dia dikejutkan dgn berita yang dirasakan seperti batu menghempap atas kepala.. dia menghidap Kanser Ovari (kilang telur) tahap yang ke-3.. denial.. that was what she experienced in the early part of the news-breaking.. she went to other hospital for second opinion, still the same diagnosis.. 3 months she didn't go to hospital and mourning at home.. dia bertukar menjadi seorang yg pendiam, pemarah dan tidak lagi ceria.. until something happened to his nephew, passed away because of testicular cancer..

She prayed a lot.. Leaving all the decision to Allah the Al-Mighty.. and later she realized that she needs to seek treatment because there is always a cure for every disease.. dengan harapan dan azam baru, dia datang semula ke HUKM dan mula mendapatkan rawatan.. pembedahan berjaya, dan diteruskan dengan 6 cycles of chemotherapy yang mane setiap cycle memerlukan ubat berharga hampir mencecah RM 2 ribu..

Dan hari itu, dia bercerita dengan saye.. bagaimana hidupnya penuh dengan dugaan.. bercinta dengan orang lain, dan kerana halangan dari pihak lelaki, terpaksa melupakan majlis pertunangan yang telah hampir sempurna persiapannya gara-gara perkara kecil.. berkahwin dengan pilihan keluarga, rupa-rupanya suaminya itu pendera orangnya.. wang gaji dipegang dan dibelanjakan oleh suami sesuka hati.. bila lewat sediakan makanan, dia dipukul.. bile cuba menasihati, dia dicaci dan dihina.. atas kekuatan diri yang dibina setelah dugaan hidup yang dia hadapi, dia memohon cerai dan alhamdulillah, berhasil.. luckily, mereka tak dikurniakan anak lagi.. kalau tidak, nak berebut hak penjagaan pulak nanti..

Kemudian, dia bertemu jodoh dengan rakan sekerja.. alhamdulillah, baik dan bertanggungjawab.. baru 3 tahun berkahwin, dia dikejutkan dengan berita perit ini.. mereka tidak dikurniakan anak.. bahkan, tidak akan mempunyai anak hasil perkongsian hidup mereka kerana pesakit saye ini telah pon dibedah dan dibuang organ-organ peranakan.. walaupun ini yang terjadi, si suami tetap di sisi.. tidak mahu beralih arah kerana kukuhnya kasih sayang.. dan saye bertemu dgn suaminya petang itu.. tenang dan sentiasa tersenyum, dengan hikmah menasihati saye supaya berpegang dengan apa yang saye rasekan betul.. tak perlu takut atau gentar dengan ujian yang sedikit kerana kebahagiaan akan datang selepas diri sendiri berjuang mempertahankan apa yang dirasakan hak milik kita.. dia berpesan, kalau kite rasakan ape yang berlaku pada kite itu berat dan besar, bayangkan kesengsaraan dan kesusahan yang orang lain hadapi.. lebih perit dan mencabar..

Dan petang itu, saye berasa lebih bersemangat.. YA, saye ade hak untuk menentukan masa depan saye.. selagi tindakan saye ini bukan menentang suruhan Allah, selagi itu saye akan berusaha.. Allah sendiri mengatakan "tidak akan berubah nasib sesuatu kaum, kalau kaum itu tidak mengubahnya sendiri"..

Kadang2, ade beberapa ketika yang saye terasa seperti nak give-up.. tak kisah la, sama ada dalam kerja atau personal life.. Terlalu banyak yang terjadi, tapi saye yakin, semuanya untuk menjadikan diri saye lebih tabah..

Dan sampai ke hari ini, saye masih mampu tersenyum kerana dalam hati saye terselit satu kata semangat..

" Kalau aku rasa apa yang jadi pada aku nih teruk, masih ramai lagi kat luar sana yang mengalami pengalamn yang jauh lebih teruk daripada apa yang aku alami.."


p/s: hanya yang faham akan faham apa yang disampaikan..
anyway, MO saye kat Urology tu.. still reading my blog ka?? hehehe.. dah update le nih..

5 comments:

Anonymous said...

Salam Hanin,

Terharu baca posting awak kali ni. cekal betul hati awak, tak nak melepaskan sesuatu yang berharga. Pada saya, dia sepatutnya rasa bersyukur dan rasa dihargai kerana awak appreciate dia dgn cara ini. Ibubapa awak juga patut bangga ada anak macam awak. Ibubapa dia juga sepatutnya terharu kerana anaknya dihargai sebegini rupa oleh orang seperti awak.
Mengikut pengajian saya yang serba kekurangan ini, dalam Islam, takdir ada dua jenis :-

1 : Takdir yang Tak Akan Berubah
2 : Takdir yang boleh diubah oleh Manusia

Dalam bahagian (1), Takdir sebegini kita amik contoh sebagai bila kita nak mati dan bagaimana cara kita mati. Kita tak tau bila agaknya kita nak mati walaupun kita bunuh diri tak semestinya kita mati kalau Allah SWT masih memanjangkan umur kita (tetiba doktor lalu, ambulance mai dll). Dan takdir bila berlakunya kiamat dan hari akhirat. Kita tak tau dan tak boleh nak ubah yang tu.

Bahagian (2), Takdir ini boleh diubah oleh Manusia. Seperti jodoh. Apa yang kita faham mengenai jodoh? Jodoh ni bermaksud hubungan berduaan sehingga akhir hayat. Kalau korang ber"couple" dan berkahwin tak semestinya jodoh korang berkekalan sehingga akhir hayat. Mungkin ada "trouble" sehingga mewujudkan keadaan "bercerai". Nasib manusia ditentukan sendiri oleh manusia dan semuanya bergantung kepada Allah SWT samada membenarnya berlaku atau tidak. Itu mungkin salah satu ujian Allah SWT kepada kita dan tak selayaknya ianya disebut TAKDIR. Sebagai seorang manusia kita sepatutnya memikirkan kelebihan sebab apa terjadinya perkara tersebut. Bukan hanya berserah kepada TAKDIR.

INGAT! Allah SWT tak akan mengubah nasib seseorang manusia melainkan manusia berkenaan mengubah dengan tangannya sendiri.

Saya setuju dengan awak. Teruskan bertahan. Saya tahu awak seorang yang kuat, sebagaimana kuatnya kita meredah hutan dalam kelam malam dulu untuk membantu adik-adik program mencari kesedaran diri. Ingat tak? Berdoa lah, ukhti. Saya akan berdoa jugak demi kebahagiaan awak.

-Syuhada-

Anonymous said...

insya Allah, will send my prayers for what's BEST for you...

aku doakan ko tenang;)

Anonymous said...

i understand it perfectly..i'll stand by your side..go, sis..do whatever necessary as long as u think it's right to do so...

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Hanin Farhana said...

nih posting lama tapi saye rase banyak pengajaran dari posting nih.. so just re-new and re-update.. aci kan macam nih? hehehe... asalkan ade pengjaran untuk dikongsi, boleh la kan..