Sunday, August 09, 2009

What's Going On...? H1N1 !!!

Assalamualaykum warahmatullahi wabarakatuh..

Bismillahirrahmanirrahim..


Okay, to begin with, I shall apologize to all readers (if any) for a very long silence.. But hey, a human needs some space and a break to come out with a new idea, right?! Hehehe.. alasan.. alasan..

Hmm... mari berbahasa Malaysia.. supaya ape yang saye nak sampaikan kali ni sepenuhnya difahami oleh mereka yang bukan dari latar belakang perubatan.. dengan rase penuh rendah diri dan menyedari bahawa saye ada tanggungjawab sosial terhadap masyarakat sebagai seorang pengamal perubatan, kali ni saye akan ceritakan serba sedikit tentang H1N1 atau swine flu atau selesema babi..

Kalau kite ikuti kes-kes kematian H1N1 di Malaysia sekarang, 2-3 minggu kebelakangan ni, kebanyakan kematian adalah dari kalangan kanak-kanak (paediatrics group). Di Kuantan sahaja, 2 org kanak-kanak meninggal kerana virus ni.. apa yang perlu diberi perhatian sekarang, pesakit H1N1 sekarang tidak lagi datang dengan simptom seperti batuk, selesema dan demam sahaja.. salah seorang pesakit tersebut, datang dengan lemah badan dan sawan.. keadaan menjadi semakin teruk walaupun telah dirawat secara sepatutnya, sehinggalah seoarng pakar perunding mengarahkan supaya sampel darah dan throat-swab diambil untuk ujian H1N1, dan keputusannya POSITIF.. malangnya, pesakit tu dah terlalu teruk dan tak dapat diselamatkan.. hmmm... something to ponder..

kenapa tetiba je wabak ni tersebar dengan cepatnya??? Well, sebahagiannya adalah salah kite sendiri.. secara am, virus H1N1 ini memang sangat senang berjangkit (infectious) tapi tidaklah sebahaya sehingga membawa maut (virulent) pada awalnya.. (aduhai.. susahnye nak translate english to BM).. kalau diikutkan, first case dalam Malaysia adalah import case, yang mane pesakit baru pulang dari oversea.. first case dalam Pahang juga adalah import case (tourist from Australia, kalo tak salah, yang cuti-cuti Malaysia kat Tioman).. so, sebenarnya virus ni dah merebak even pada orang2 yang takde simptom di luar sana.. tapi, bile terkena pada kanak-kanak yang sememangnya sistem pertahanan badan lebih lemah berbanding orang dewasa, keadaan akan menjadi lebih teruk... inilah yang menyebabkan kematian..

Orang akan kate, ubat kan ade.. Tamiflu.. tapi sebenarnye, berita terkini dan kajian yang terbaharu mengatakan Tamiflu tidak lagi seratus peratus effective, kerana virus ini terlalu cepat bermutasi dan 40-50% resistant pada Tamiflu (in simpler word, tak jalan dah ubat tu....).. Then, orang akan bercakap tentang vaccine yang dengar2 akan muncul dalam hujung tahun ni.. Huhuhuhuh.. secara sadisnye, negara kite Malaysia akan dapat vaccine tu agak lewat, kerana of course negara2 maju akan conquer dulu.. Lagipun, vaccine tu agak mahal dan keberkesanan masih diragui, memandangkan ia adalah vaccine/ubat baru.. sama la macam viagra dulu.. orang kate ubat tu sangat2 hebat dan berkesan, tapi bile terlalu digunakan secara berleluasa dan tak banyak kajian dibuat mengenai keberkesanan dan side effect ubat tu, ade jugak kes-kes kematian disebabkan viagra.. Tapi jgn risau, sebab vaccine H1N1 ni dengarnye agak berkesan, cuma bile nak sampai ke Malaysia?? Wallahua'lam.. khabarnye vaccine tu akan ready by October (before winter sebab negara2 musim sejuk ni takut le sbb virus ni akan lebih teruk kesannya dalam musim sejuk) but akan ade dalam pasaran dunia by December.. kalo sampai ke Malaysia pon, all the VIPs akan dapat keistimewaan dulu.. Hmm.. again, discrimination.. hehehhee... ape2 je lah..

Ape yang kite boleh buat.. Banyak!!

1. Elakkan berada di tempat2 yang sesak dan ramai orang (over-crowding)
- penting ni, sebab virus akan lagi senang berjangkit dalam keadaan sesak... So, buat masa ni, takyah le pi shopping2 kat SOGO ke, Jalan TAR ke.. tapi sure pergi jugak kan.. raye kan tak lama dah.. hmmm... kalo ikutkan, hukum islam pon menekankan prevention especially bile berkaitan dengan kesihatan.. rasenye, tak berdosa kalau tahun ni punye raye, kite pakai baju2 yang dah ade.. lagi bagus dari expose diri dan keluarga pada virus bahaya ni.. tapi kalo nak pegi jugak, tak yah le bawak anak2 kecik, sebab diorang akan lagi senang nak dapat virus tu..

2. Pakai mask..
- well, ini salah satu cara le.. cuma, jenis mask yang sesuai adalah yang type N95.. yang bulat serkup hidung n mulut tuh.. especially pada yang kerja kat hospital..

3. Jangan panik..
- kebelakangan ni, ramai yang datang ke hospital untuk dimasukkan ke wad sebab selesema, batuk dan demam.. penuh le jugak bahagian kecemasan sampaikan 3 jam tunggu baru dapat rawatan.. tu pon doktor tak amik ujian darah atau throat-swab untuk H1N1.. jangan salahkan hospital or doctors, sebab kementerian kesihatan mengarahkan kami hanya mengambil ujian darah kepada patient yang teruk dan ada masalah pernafasan.. pastu, marah doktor lagi sebab tak admit ke ward.. isk, ingat ward ni selamat ke? kami ade lagi macam-macam jenis virus, bakteria dan kuman2 pelik dalam ward yang lebih bahaya dari H1N1.. so, kalau doktor tak admit ke ward, kuarantin diri anda atau anak-anak kat rumah, sampai sihat... jangan panik dan nak salahkan doktor.. kami ade sebab yang kukuh untuk berbuat demikian.. malah, adalah lebih selamat kuarantin di rumah, kerana lebih bersih.. tapi kalau keadaan makin teruk atau tak baik2 jugak lebih dari 3 hari, come back to hospital..

4. Doa dan bertaubat banyak-banyak..
- kalo difikirkan dengan penuh keinsafan dan tawadhuk, mungkin ini adalah satu musibah dan amaran dari Allah, tentang kemungkaran yang berleluasa sekarang.. Adakah kite pernah terfikir, apa yang Allah nak sampaikan melalui musibah ni..? Bak kata nabil... Lu pikirlah sendiri.. ape tindakan kite? tepuk dada, tanye iman... Bukan aiman, sebab Aiman tak kisah...

Okaylah.. siket je yang saye boleh share, sebab dah pening otak nak convert english ke bahasa malaysia.. susah weh... Maaf kalau ade salah bahasa atau cacat-cela dalam entry kali ni.. hanyalah sedikit perkongsian dari saye yang penuh kelemahan dan hanya sedikit kelebihan yang Allah berikan pada saye..

Last but not least, jaga diri anda dan keluarga.. dalam masa yang sama, jaga iman dan banyak2 le ingat pada Allah, pada mati.. Sesungguhnya, orang yang paling bijak adalah orang yang paling banyak mengingati mati... Wallahu a'lam...

p/s : Thank you, Allah, for the idea and every breath that You gave to me..
To my beloved husband, sila cepat balik... hehehe...

3 comments:

.:TiNi:. said...

Hanin, nak tanya..
Kenapa di US, diorg macam tak kisah je dgn H1N1 ni? n they have decided to stop counting numbers of infected people.kawan saya pi US pun, dia cakap macam takde apa je. kat airport tak nampak pun sapa2 pakai mask.takde bising2 pun dlm berita. tak mcm kat tempat kita,tiap2 hari ada press report, kat airport ada buat kaunter saringan apa semua-langkah berjaga2.kenapa ye mcm tu?? how serius is it actually? sblm timbul H1N1 ni, ramai tak orang meninggal sbb demam batuk selsema biasa je?..

Hanin Farhana said...

actually, percentage of death or mortality for H1N1 is just about 0.66%, in which just about the same with other common flu or viral flu.. unlike SARS and Avian Flu (bird-flu), they have higher mortality rate, achieving 1.4 to 2%.. kalo ade sedikit medical knowledge, selalunye sape2 yg terdedah pada ape2 pon virus, secara semulajadi badan akan menghasilkan antibodi yang cukup untuk melawan virus tu.. so, selalunye seseorang tu akan immune dah dgn virus jenis tu... problem dgn H1N1 adalah, mutation terlalu cepat dan the more it mutate, the more dangerous the virus would be.. kenapa kat US / UK / other Europe countries macam tak kisah je pasal ni..? first, mentality.. orang kite punye pemikiran, "this is an outbreak.. I might be one of those who got the disease".. unlike org2 putih punye mentality.. diorang pikir "outbreak? I am not going to get it.. she / he will".. hehhehe.. thus, diorang tak kisah pon.. secondly, they only got the not-so-severe cases.. straight forward case. tapi kite, dapat macam2 jenis symptoms. thirdly, they didn't reveal the real / true numbers of death.. because, it will give big impact on their tourism income..

sissomebody said...

kak...
thanks...share bout it...