Assalamualaykum...Herm.. dah lama tak update blog.. sampaikan ade yang bertanya.. "Hanin merajuk ke, sampaikan tanak update blog langsung?" , "busy sgt ke kerja, blog pon dah bersawang?" , "dah lama tak update blog awak, rindu ngan tulisan awak.." Huhuhu...
Bukan merajuk, bukan busy.. cuma memang kurang idea sket nak update.. Tapi bile idea mencurah, memang kena buat there and then.. Kalo tak, tahun depan pon tak buat..
Dan kerana kenyataan yang ketiga itu lah, saye update blog kali ni.. :)
Banyak perkara yang terjadi, tapi kebanyakannya berkisar tentang kerja dan kisah pesakit saye.. Let me share with all readers tentang seorang pesakit saye, back in O&G dulu.. I wonder if she still strong up to today..
Dia seorang guru.. bukan calang2 guru kerana telah dipilih untuk mengikuti kursus menjadi pengetua.. berumur 38 tahun, dia seorang yang aktif di sekolah dan peringkat kementerian kerana penyertaan dalam sukan bola jaring di kalangan pelajar2 dan juga guru2.. early this year, she started to feel uneasy.. lethargy, sleepy and abdomen started to become bloated... berat badan semakin susut and selera makan makin berkurangan.. dia pergi ke klinik untuk mendapat rawatan...
Sesuatu berlaku... dia dirujuk ke HUKM.. dan dalam bulan April, dia dikejutkan dgn berita yang dirasakan seperti batu menghempap atas kepala.. dia menghidap Kanser Ovari (kilang telur) tahap yang ke-3.. denial.. that was what she experienced in the early part of the news-breaking.. she went to other hospital for second opinion, still the same diagnosis.. 3 months she didn't go to hospital and mourning at home.. dia bertukar menjadi seorang yg pendiam, pemarah dan tidak lagi ceria.. until something happened to his nephew, passed away because of testicular cancer..
She prayed a lot.. Leaving all the decision to Allah the Al-Mighty.. and later she realized that she needs to seek treatment because there is always a cure for every disease.. dengan harapan dan azam baru, dia datang semula ke HUKM dan mula mendapatkan rawatan.. pembedahan berjaya, dan diteruskan dengan 6 cycles of chemotherapy yang mane setiap cycle memerlukan ubat berharga hampir mencecah RM 2 ribu..
Dan hari itu, dia bercerita dengan saye.. bagaimana hidupnya penuh dengan dugaan.. bercinta dengan orang lain, dan kerana halangan dari pihak lelaki, terpaksa melupakan majlis pertunangan yang telah hampir sempurna persiapannya gara-gara perkara kecil.. berkahwin dengan pilihan keluarga, rupa-rupanya suaminya itu pendera orangnya.. wang gaji dipegang dan dibelanjakan oleh suami sesuka hati.. bila lewat sediakan makanan, dia dipukul.. bile cuba menasihati, dia dicaci dan dihina.. atas kekuatan diri yang dibina setelah dugaan hidup yang dia hadapi, dia memohon cerai dan alhamdulillah, berhasil.. luckily, mereka tak dikurniakan anak lagi.. kalau tidak, nak berebut hak penjagaan pulak nanti..
Kemudian, dia bertemu jodoh dengan rakan sekerja.. alhamdulillah, baik dan bertanggungjawab.. baru 3 tahun berkahwin, dia dikejutkan dengan berita perit ini.. mereka tidak dikurniakan anak.. bahkan, tidak akan mempunyai anak hasil perkongsian hidup mereka kerana pesakit saye ini telah pon dibedah dan dibuang organ-organ peranakan.. walaupun ini yang terjadi, si suami tetap di sisi.. tidak mahu beralih arah kerana kukuhnya kasih sayang.. dan saye bertemu dgn suaminya petang itu.. tenang dan sentiasa tersenyum, dengan hikmah menasihati saye supaya berpegang dengan apa yang saye rasekan betul.. tak perlu takut atau gentar dengan ujian yang sedikit kerana kebahagiaan akan datang selepas diri sendiri berjuang mempertahankan apa yang dirasakan hak milik kita.. dia berpesan, kalau kite rasakan ape yang berlaku pada kite itu berat dan besar, bayangkan kesengsaraan dan kesusahan yang orang lain hadapi.. lebih perit dan mencabar..
Dan petang itu, saye berasa lebih bersemangat.. YA, saye ade hak untuk menentukan masa depan saye.. selagi tindakan saye ini bukan menentang suruhan Allah, selagi itu saye akan berusaha.. Allah sendiri mengatakan "tidak akan berubah nasib sesuatu kaum, kalau kaum itu tidak mengubahnya sendiri"..
Kadang2, ade beberapa ketika yang saye terasa seperti nak give-up.. tak kisah la, sama ada dalam kerja atau personal life.. Terlalu banyak yang terjadi, tapi saye yakin, semuanya untuk menjadikan diri saye lebih tabah..
Dan sampai ke hari ini, saye masih mampu tersenyum kerana dalam hati saye terselit satu kata semangat..
" Kalau aku rasa apa yang jadi pada aku nih teruk, masih ramai lagi kat luar sana yang mengalami pengalamn yang jauh lebih teruk daripada apa yang aku alami.."p/s: hanya yang faham akan faham apa yang disampaikan..
anyway, MO saye kat Urology tu.. still reading my blog ka?? hehehe.. dah update le nih..