Tuesday, March 28, 2006

Calon Solehah?! Susah ke?












Assalamualaikum...

Terbaca this posting kat Friendster..Asma' yang hantar.. ana pinjam and paste kat sini ek.. hehehe..jadik panduan untuk mereka yang sedang mencari 'calon' solehah...nyeh nyeh nyeh!



“Susah betul nak cari isteri solehah,” luah seorang pemuda selepas Seminar Keluarga Bahagia anjuran sebuah badan kebajikan.
“Macam cari gagak putih,” tambahnya.
“Memang dah hukum dunia, yang berharga itu susah nak dapat,” katanya lagi.Tunggu respon sayalah tu. Saya cuma tersenyum.

“Dah kahwin?” Akhirnya saya bertanya.
“Belum lagi….”
“Kenapa?” dia pula tersenyum.
“Belum dapat yng solehah?” saya terus mengusik.

“Saya dah 28 tahun.Sepatutnya umur 25 dah kahwin … Dah terlajak le ni.”
“Oh gitu ..... biar terlajak usia, jangan tersalah pilih!” usik saya lagi.
“Nak cari yang betul-betul solehah bukan senang”.
“Kalau tak jumpa, macam mana?”
“Tulah yang saya pening ni. Syarat-syarat saya ni susah sangat ke?”
“Apa syaratnya?”
“Syarat-syarat wanita solehah … mesti solat, taat ibu bapa, berakhlak, tutup aurat, pandai mengaji, puasa sunat….”
“Macam tu tak susahlah… ramai yang ada syarat- syarat macam tu,” balas saya.

UKUR TAKWA

“Tu yang lahiriah. Yang paling penting bertakwa,” katanya lagi.
“Macam mana pula nak ukur takwa tu?”tanya saya.
“Tu yang pening.Takwa tu dlm hati. Ni soal hati. Tapi apa boleh buat, saya nak jugak isteri solehah, isteri yg bertakwa!”
“Nak tak kalau saya bagi tips mudah, dapat isteri solehah?” pelawa saya.

ADA CARA LAIN

“Saya tak paham.Macam mana kita boleh nilai calon isteri tanpa menilai syarat-syaratnya. Itukan panduan daripada hadis?”
“Untuk dapat isteri solehah, jadikan diri kita dulu calon suami soleh …Cuba cari ciri-ciri suami soleh ….bina semua ciri tu dalam diri kita. Bina sahsiah, lahiriah seorang lelaki soleh kemudian muhasabah pula soal hati …. Ukur iman dan takwa kita”.
“Nak ukur iman & takwa kita …susah tu. Itu soal maknawi”
“Tapi,jauh lebih mudah dari nak ukur iman dan takwa orang lain.”

LEBIH TEPAT

“Semuanya terletak pada diri kita sendiri. Lebih cepat kita bina sifat-sifat lelaki soleh, tingkatkan iman dan takwa … lebih cerahlah peluang untuk dapat isteri solehah. Semuanya atas usaha kita sendiri. Sblm ni, kita bincang pasal menilai diri orang lain dulu.Tu yg kita silap. Bukankah Allah dah jamin, lelaki mukmin untuk wanita mukminat? Lelaki soleh jodohnya wanita solehah? Insya- Allah.”

TERLALU IDEAL

“Habis tu … saya kenalah berhenti cari wanita solehah sbb nak jadi lelaki soleh?”
“Tak gitu. Lebihkan nak jadi lelaki soleh sambil tu teruslah cari isteri solehah.”
“Ok gak tu!Serampang dua mata,”katanya.
“Satu lagi, berpada-padalah dengan piawai solehah awak tu. Jangan terlalu tinggi. Nanti tak tercapai. Cukuplah dgn tahap sederhana.”
“Maksudnya?”
“Jangan terlalu ideal menilai calon isteri sbb sifat- sifat solehah itu ‘on going process’(dibina secara berterusan) Mungkin sebelum kahwin tahapnya rendah sket, tapi dengan pimpinan suaminya nanti tahap solehahnya boleh diupgradekan lagi.”

MUDAH BUKAN UNTUK DIPERMUDAHKAN

“Boleh lebih kurang lah ni ye?”
“Salah tu …. Panduan dan ajaran islam mudah. Tapi bukan alasan untuk dipermudahkan.”
“Apa kaitannya dengan yg kita bincang skang ni?”
“Gini, awak mesti lebih ketat dlm menilai diri sdr. Jgn amik mudah soal iman & takwa diri sdr. Letakkan piawai tinggi utk diri sdr. Bukankah lelaki akan jadi pemimpin r/tangga? Penilaian calon isteri sepatutnya rendah sket … nanti senanglah nak bentuk bila dah jadi isteri kita….”
“Oh saya faham”
“ Bagus tu. Sayangnya kebanyakan lelaki menilai sebalikya … untuk dirinya dinilai dengan piawai soleh yg rendah. Tetapi utk calon isterinya dinilai dgn solehah yg tinggi. Itu silap!”
“Alhamdulillah… saya harap jodoh saya akan tiba nanti.”
“Amin …tamatkanlah penantian solehah itu dengan mempercepatkan pembinaan soleh diri.”


Hmmm....so, kesimpulannya, kalo nak mencari kena lah bermula dari diri sendiri dulu.. saye teringat satu kisah yang saye baca, seorang bapa yang kesemua anak2nya alhamdulillah, soleh dan solehah serta berjaya dalam kehidupan..apabila ditanya, bagaimana dia mendidik anak2 dan apa formula yang dia pakai.. jawabnya, " takde formula ape pon..saye mendidik mereka sejak saye belum berkahwin lagi, sejak saye remaja lagi. Pendidikan anak2 bermula daripada pendidikan rohani dan jiwa ibu bapa sejak awal lagi.."

So, renung2kan ek..

p/s: banyak betul undangan walimatul-urus yang saye terima..kawan2 dan orang kampung..herm..

Wednesday, March 22, 2006

Di Berikan Tangannya (siri 3)

...bersambung...

Hari ini sudah dua tahun Angelina menghilang. Aku tidak pernah berharap untuk menemuinya lagi setelah membaca berita-berita menyayat hati yang menimpa manusia Iraq, wartawan asing serta warga asing di Irq. Angelina mungkin menjadi sebahagian daripada tanah keramat Iraq itu. Angelina sudah menjadi sebahagian daripada biri-biri yang disembelih dan dilapah, Angelina sudah mejadi sebahagian daripada debu-debu pasir Iraq, Angelina sudah dua tahun tanpa berita, Angelina mungkin sudah menjadi tanah.

Namun aku amat tergamam bila tadi, aku temui Angelina di perpustakaan pada waktu sebelum masuk Zuhur, pada tarikh hari ini, 9 Februari 2005. Ah..tak mungkin dia, tak mungkin Angelina Eliseo. Dua tahun dia enghilang, tak mungkin dia kembali. Mungkin orang lain, ya dia tidak seperti Angelina, dia lain, Cuma wajahnya mirip Angelina.

Dia senyum padaku. Dia seperti mengenaliku. Dia sejelita Angelina yang ceria dan kaya dengan senyuman Italinya. Cuma dia kurus…amat kurus. Tak mungkin. Namun aku membalas senyumannya. Aku memejamkan mata…menampar-nampar pipiku. Mungkin segala-galanya hanyalah halusinasi. Tak mungkin dia Angelina. Tak mungkin !

“ Hello Mulya…” dia dulu menegurku. Aku seperti tidak percya. Aku melopong melihat dia.

“Angel?”

“Forget me, Mulya?”

“My goodness! Is it you? Are you real?” dia tersenyum lebar dan dia seperti mahu ketawa.

Dari wajahnya aku dapat melihat kepuasan yang mewah, kepuasan yang terhasil daripada perjuangannya, daripada falsafah besarnya, daripada prinsip warga jagatnya yang lumayan. Tetapi akulah yang kecewa. Apakah aku akan menangis lagi di bumi England ini? Janganlah... aku malu untuk menangis lagi. Tolong…jangan.

“Please hold my books,” katanya. Aku hulurkan tanganku untuk membantunya. Aku lihat tangan kirinya sudah tiada. Tangannya hilang sehingga ke bahu. Dia tahu aku tertanya-tanya tentang tangannya. Dia dapat merasakan daripada pandangan kecewa yang berbaur simpati terhadapnya. Dia dapat membaca hatiku daripada kekecewaan yang mewarnai raut wajahku. Dia membaca traumayang bergelindangan dalam jiwaku.

“I gave my hand to them,” katanya, masih dalam senyuman.

Dia berikan tangannya? Lagi aku tergamam. Apa yang hendak aku katakan padanya tanda simpatiku yang menggunung? Apa yang boleh aku katakana supaya dia tidak terluka? Dia amat gagah dan terasa sekali akulah manusia yang lemah dan pengecut. Aku seperti mahu lari jauh daripadanya. Aku malu. Lututku sekonyong-konyong menjadi longlai ketika aku mengekori Angelina. Dia mencari bilik air, katanya…dia mahu mengambil wudhuk. Katanya dengan senyumannya yang tersembunyi di sebalik tudung rambutnya. Aku terus melopong.

Aku teringat lagi…Maka bagi mereka pahala balasannya di sisi Tuhan dan tidak ada kebimbangan kepada mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita. Benarlah firman Allah itu.

Dan tidak dapat aku tahan lagi air mata ini. Aku pergi ke sebalik pintu perpustakaan itu. Aku menangis semahu-mahunya di bumi England yang asing ini. Aku menangis kerana melihat gadis jelita berdarah Itali-Inggeris-Sepanyol yang kudung tangan kirinya, mahu mengambil wudhuk. Gadis itu mahu sujud pada Allah.



So...harap kisah nih akan membangkitkan semangat juang dan jihad dalam diri dan sanubari kite.. ingatlah, mukmin yang sebenar itu adalah seperti lebah.. apabila membuat sarang pada dahan sebatang pokok, lebah dan sarangnya tidak pernah merosakkan pokok tersebut. Apabila lebah meninggalkan sarangnya, dia meninggalkan sesuatu yang amat berharga, iaitu madu. Tetapi, apabila ada yang mengacau dan menjolok sarangnya, maka NAHAS!!!

assalamualaykum...

Monday, March 20, 2006

Dia Berikan Tangannya (siri 2)

Bersambung…..

“ Tidak Mulya, suara kerdilmu menjadi besar dalam kelompok jutaan umat manusia itu,” kata Adnan. “Tanpamu, tanpaku, ia tidak menjadi jumlah jutaan itu. Kita penyumbang dalam usaha menyekat peperangan itu dan Allah melihat apa yang kita buat.”

Aku mengangguk saja atas pendirian Adnan. Tak pernahlah dalam hidupku, aku terlibat dalam mana-mana perhimpunan sebegini kecuali ketika menyambut Tun Dr Mahathir di kampus di tanah air suatu ketika dahulu atas dasar ‘nasionalisme’ku yang amat dangkal sekali, namun amat aku banggakan.

Aku tidak nampak Angelina dalam mana-mana bas yang bertolak dari universiti pada pagi itu. Tetapi apabila rombongan behimpun di Piccadilly Circus untuk berarak ke Hyde Park, aku terdengar dia memanggil namaku. “Mulya, Mulya…glad to see you here.” Aku senyum tapi tak dapat hendak berbual panjang dengannya kerana di situ sahaja sudah terdapat ratusan ribu manusia. Dalam asakan manusia yang seprti semut itu, Anelina Eliseo sempat memberitahuku bahawa dia sudah beada di London sejak semalam lagi. Dan dia..katanya, “I’m going to Iraq, I’m becoming human shield to stop the war”, kata Anelina dengan telo Itali, negara asalnya.

Aku tersentak dengan kata-kata Angelina itu. Sekelip mata Angelina hilang dalam kelompok jutaan manusia yang berpusu-pusu. Dan aku terkedu. Aku rasa urat tengkukku meremang.

“Dia mahu ke Iraq, Nan. Dia mahu menjadi perisai manusia?” Berkali-kali aku ulangi pertanyaan itu kepada Adnan. Dan berpuluh kali juga aku tanyakan soalan itu kepada diriku sendiri. Malah aku juga tenggelam dengan persoalan, “Siapakah Angelina ini?” Dia berganda-ganda lebih berani daripada aku yang sebenarnya juga hanya pandai memberikan sokongan lidah tetapi pengecut untuk tampil menawarkan nyawa. Bodohkah Angelina, gadis cendekia-akademia yang bukan sebangsa dengan rakyat Iraq tapi mahu mempertahankan mereka? Sekurang-kurangnya aku ini seagama, namun aku pengecut, aku hanya sanggup menawarkan air liurku yang tiada harganya!

Sejak itu aku rasa amat malu terhadap diriku sendri. Aku juga berasa amat malu kepada Angelina kerana semangatku tidak sekuatnya. Aku malu juga kerana aku adalah umat Islam. Akulah yang sepatutnya ke Iraq, akulah yang sepatutnya menjadi perisai manusia, bukan gadis jelita yang kaya dengan kelembuatn seperti Angelina. Apatah lagi dia bukan Muslim.

“Agama bukan lagi bukan sempadannya, Mulya, tetapi prinsip kemanusiaan sejagat melampaui kekangan,” kata Adnan. Prinsip sejagat meleburkan sempadan agama, alam dan budaya,” tambah Adnan lagi. Ketika itu aku teringat firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 62 yang kira-kira bermaksud:

“Sesungguhnya orang yang beriman dan orang-orang Yahudi, orang-orang Nasrani dan orang-orang Sabien, sesiapa di antara mereka itu beriman kepada Allah dan percaya adanya hari Akhirat serta beramal soleh, maka bagi mereka pahala balasannya di sisi Tuhan dan tidak ada kebimbangan kepada nereka dan mereka pula tidak akan berdukacita.”
Dan aku beristighfar panjang. Kerana itulah aku mengagumi Angelina Eliseo. Apakah Angelina sebahagian daripada Nasrani yang Allah maksudkan? Astaghfirullah…dan siapakah aku ini?

Tiba-tiba aku diruntun keinginan untuk bertemu Angelina. “Adnan…mari kita cari Angelina. Sekurang-kurangnya kita berikan sokongan moral… aku rasa brtanggungjawab untuk mengucapkan selamat jalan dan selamat kembali kepadanya.”

Tanpa berlengah kami pun meredha jutaan manusia di Hyde Park itu untuk mencari kumpulan ‘perisai manusia’ yang akan berangkat ke Iraq. Setelah berpeluh, akhirnya kami temuinya.

Angelina tersenyum lebar apabila ternampak kami. Dialah yang kukira paling muda dalam rombongan 60 orang itu. Yang lainnya tua-tua belaka dalam lingkungan umur lima puluhan, enam puluhan malah ada yang kukira sudah berumur tujuh puluhan. Terdapat tiga buah bas dua tingkat dan sebuah teksi London di pinggir Hyde Park itu yang akan membawa mereka ke Baghdad. Mereka akan bertolak pada malam itu juga dan dijangkakan tiba di Baghdad pada 12 Oktober 2002.

“Is there anything that I can help you, Angel?” tanyaku.
“Please pray that God will help me…”
“I will…definitely I will..”

Aku lihat majah Adnan amat sayu melihat Angelina serta manusia-manusia tua yang tebal dengan keprihatinan dan semangat kemanusiaan sejagat itu. Aku juga dapat melihat kekecewaan Adnan, sebagaimana kecewanya aku. Mengapa tidak aku? Mengapa tidak Adnan? Bukankah yang akan diserang dan dibunuh di Iraq itu adalah umat Islam? Aduh… aku tak tahan lagi.. aku menjadi sebak, aku menangis… sudah lama aku tidak menangis. Aku menangis melihat insan-insan tua yang mahu menggadai yawa untuk menyelamatkan umat Islam di Iraq. Aku menangis melihat Angelina Eliseo. Sesungguhnya mereka bukan Muslim. Ke mana perginya orang Muslim? Memandang wajah ceria Angelina ketika itu sesungguhnya merobek-robekkan jiwa lelakiku yang lemah ini. Sesungguhnya…air mataku tak dapat aku bendung lagi…

Dalam sanubariku yang lemah ini tiada yang aku pinta pada Allah. “Walaupun mereka ini bukan muslimin atau muslimat, ya Allah selamatkanlah mereka. Kau selamatkanlah mereka. Kau selamatkanlah mereka. Kau selamatkanlah Angelina.”

Kami kembali ke Birmingham dalam kemurungan, kegentaran, kekecewaan berbaur juga kemarahan; kemarahan kepada kerakusan manusai yang bersembunyi di sebalik perjuangan anti-terrorisme yang palsu. Dan Angelina akan menjadi sejarah. Angelina hanya akan menjadi kenangan silam. Angelina akan menjadi sebahagian daripada debu-debu pasir Iraq. Angelina pasti tak akan meneruskan pengajian kedoktorannya lagi, Angelina hanya akan menjadi perbualan yang lama-kelamaan akan pupus dan lenyap perlahan-lahan, perlahan-lahan dan akhirnya dilupakan. Itulah yang terbisik di hatiku.

Tuesday, March 14, 2006

Psychiatry...herrmm...


2 weeks of Psychiatry posting...Am i able to survive soundly?? hermm...actually, Psychiatry is not my favourite subject previously.. I always worried, if i learn Psychiatry too deeply, i'll be like one of the patient.. and perhaps the phobia of being chased by a mad person makes me really careful with anything that is related to this topis, including the LECTURERS...

anyhow, i think i have to do something about it, probably trying to LOVE the subject.. maybe... i can't really understand how does Akramul has this idea of being a psychiatrist?? hermm..maybe he enjoys being around with people with the same wave-length with him..? hehehe...

Just now, we learnt about delusions and hallucinations..seminar presented by those 4 guys was quite okay but when it reached to the discussion part, or when someone asked questions, Dr.H would interfere and making the statements more confusing..somehow or rather, i developed this 'over-valued' idea that discussing too much about psychiatry problem will cause more illness, or in a better understandable verse, "Psychiatric-induced Psychosis"... argghhh...

Hope i can have the chance to experience the pleasure of learning Psychiatry..or at least, i hope i can survive...

Friday, March 03, 2006

Dia Berikan Tangannya


Assalamualaikum...kali nih saye nak share satu cerpen dari Utusan Malaysia yang saye kire cukup bagus untuk menilai kembali, di mana sensitiviti kite sebagai seorang Muslim apabila berbicara tentang penindasan terhadap saudara2 kite di serata dunia nih.. since it's quite long, so i'll make it in 2-3 series le... ditulis oleh seorang penulis yang saye rase amat peka dengan isu semasa dan tidak hanya menulis novel2 dan cerpen picisan yang sekadar berbentuk hiburan...so, enjoy it and leave your comment...



Dia Berikan Tangannya (oleh: Rahmat Purnama Mulya)


Sudah lama aku ingin menulis kisah ini. Ia meruntun dan mengheret jiwaku saban hari supaya aku uraikan dalam komputerku ini. Sejak lama. Sejak 28 September tahun 2002 lagi. Sejak pada hari dua juta warga dunia berhimpun di Hyde Park untukl menentang serangan Amerika ke atas Iraq. Dan dua juta itu disokong oleh ratusan juta lagi pehimpunan yang sama di Bandar-bandar besar di seluruh jagat alam ini.

Pasti juga ada perhimpunan sebegini di Malaysia, negara yang aku kasihi. Keinginan aku untuk menulis ini bukan kerana perhimpunan raksasa itu, tetapi ia diruntun oleh kekagumanku kepada keprihatinan Angelina Eliseo terhadap satu bangsa yang tiada kena-mengena dengannya. Keprihatinan universal yang amat hebat bagiku.

Keinginan itu meruntun dan menjadi trauma bagiku, tetapi kutangguhkan kerana pada mulanya aku rasa ia hanyalah fenomena biasa bagi individu Barat yang prihatin terhadap keamanan dunia. Namun akhirnya perlahan-lahan aku sedar bahawa persepsi aku itu meleset, kerana ia bukan hanya sekadar keprihatinan, tetapi ia adalah pengorbanan, ia adalah hidayah, dan ia membuka pintu kebenaran.

Angelina Eliseo bukan bintang seni persembahan atau penyanyi pop Barat yang gila-gila. Dia bukan sesiapa, dia hanya seorang gadis cendekia yang tebal dengan prinsip ‘warga dunia’ atau warga tanpa negara. Dia adalah rakan kuliah pasca-graduat kedoktoan yang aku sedang hadiri di Universiti Birmingham. Aku tidak pernah mahu brkenalan dengannya, tetapi perkenalan itu berlaku begitu-begitu sahajadan secara kebetulan belaka kerana dia rakan kuliahku. Seperti Angelina, aku juga suka berdebat tetapi dengan dia, aku lebih banyak menyokong kerana aku rasa falsafah yang dia tunggangi tiada jauh bezanya dengan dogma yang aku pegang.

Namun Angelina Eliseo secara diam-diam menjadi kajian kes aku yang tidak rasmi. Dia gadis Itali dengan darah campuran Inggeris dan Sepanyol. Dia memang jelita dengan matanya yang biru kehijauan, kulitnya putih lembut kemerah-merahan, tetapi hatinya keras, falsafah dan prinsip hidupnya melangkaui batas-batas agama dan etnik. Namun bkan kejelitaannya yang membangkitkan traumaku untuk menulis. Tidak, sekali-kali tidak.

Memang aku hormat padanya kerana dia sering kali berani untuk berdebat bagi menyanggah kerakusan Amerika dalam program rakus mereka yang bertopengkan alasan memerangi terorisme. Ironinya dalam memerangi terorisme itu, mereka sendiri menjadi teroris, mereka menjadi mafia dunia, mereka menjadi samseng global. Lantas untuk menghalalkan prejudis mereka, mereka mencipta Al-Qaeda, mereka menggilap watak Osama bin Laden, mereka memfatamorganakan senjata pemusnahan massa. Merekalah sebenarnya teroris. Dan itulah kata Angelina Eliseo yang masih keras menerobosi pendengaranku dalam satu debat fakulti tentang terorisme Amerika. Dan hujah-hujah Angelina itu menerima tepukan gemuruh.

Dia banyak menyelidik tentang dasar-dasar luar Amerika yang baginya banyak menjerumuskan warga dunia kepada kemusnahan. Amerika telah menempa dosa yang amat besar pada rakyat Iraq. Bukan sahaja warga Iraq namun juga kepada warga Vietnam, Afghanistan dan penglibatan mereka di negara Balkan, di negara-negara Benua Afrika dan jutaan lagi warga jagat ala mini. Sejak selepas Perang Dunia Kedua, Amerka telah menyerang lebih dua puluh buah negara dan menyebabkan jutaan warga dunia musnah. Merekalah teroris.

Dan Amerikalah yang mencipta situasi kepalsuan bagaikan halusinasi yang diada-adakan. Amerikalah yang mencipta ‘terorisme’, mereka juga mencipta ‘Al-Qaeda’, mereka juga mencipta ‘tembakan persahabatan’, mereka jugalah yang mencipta ‘Osama’ dan mereka jugalah yang mencipta ‘pemusnahan kolateral’. Yang paling menyakitkan, Amerikalah yang mencipta ‘senjata pemusnahan massa’. Dan dengan tak malunya mereka mahu menggeledah Iraq untuk mencari senjata itu. Namun kini terbukti bahawa semuanya sekadar mitos yang dimomok-momokkan. Benarlah kata Voltaire, bahawa manusia mencipta istilah untuk mewajarkan perlakuannya. Dan penciptaan istilah inilah sebahagian daripada agenda terorisme Amerika. Itulah hujah-hujah Angelina yang membuatkan aku segera mencari rasionalnya. Dia benar, tetapi bagiku ketika itu Angelina hanya gadis cendekia-akdemia yang hanya pantas berbicara, dia hanya bijak berkata-kata, dan tidak lebih daripada itu.

Apabila ditanya mengapa dia amat menentang Amerika sedangkan dia adalah warga Barat yang seharusnya berada dalam kumpulan yang bersekongkol dengan Amerika. Lantas dia bangun dengan kejelitaannya dan berkata bahawa dia warga duna, sesiapa yang merosakkan dunia ini adalah musuhnya dan dia akan menentang. Dia tidak emosional. Dia tenang apabila merungkaikan hujahnya. Dia berkata dengan lembut dan perlahan tetapi keras prinsipnya. Dia tenang dalam redupan wajahnya yang jelita.

Patutlah namanya Angelina yang bermaksud bidadari dalam bahasa Itali. Aku kagum pada Angelina bukan kerana itu semua. Bukan bukan dan tdak seklai-kali. Ada perkara lain yang amat aku kagumi tentang Angelina Eliseo. Begitu juga Adnan, rakan senegara dan rakan karibku di kampus. Kami sama-sama mengagumi Angelina Eliseo. Itulah yang aku ingin tuliskan. Persepsiku bahawa Angelina hanyalah ‘seorang lagi’ watak Barat yang hanya pandai berbicara terus meleset. Akhirnya aku sedar dia bukan sekadar gadis cendekia-akademia yang petah berbicara, dia bukan sekadar ‘eorang lagi watak Barat’ tetapi dia adalah gadis hebat yang diturunkan Allah satu dua sahaja di maya pada zaman ini. Inilah yang aku ingin ceritakan.

Pada 28 September 2002, sejak selepas solat Subuh lagi, aku sudah bersedia. Adnan bermalam bersama di biliku supaya nanti kami dapat bersama-sama dalam satu bas untuk ke Hyde Park, London. Lima buah bas bertolak dari universiti ke Hyde Park pada pukul 6 pagi. Sebenarnya aku tidak tahu kenapa aku harus bersama jutaan manusia di Hyde Park itu. Untuk menunjukkan sokonganku supaya serangan ke atas Iraq dihentikan? Ya, benar, tapi suara manusia kerdil sepertilku tidak ada kesannya.



bersambung.......

Monday, February 20, 2006

Some Things Are Better Left Unsaid..


Assalamualaikum wbt...

Huiyooo..lama sungguh tak update blog nih..maaf le, saye sibuk + malas + takde idea... sekarang idea dah mencurah dah... thehehehe...

Part 1
Dah masuk week 10 dah..lagi 2 weeks, exam final . Ortho pulak tuh..actually, posting nih agak menarik cuma nak memenuhkan karenah lecturer yang macam2 tuh yang penat..ingat students je ke banyak songeh..?? whatever it is, hope everything would be okay, sampai exam habis..dah rindu nak balik rumah and jumpa Ummi dah ni.. kalo tak dapat balik, mungkin Ummi + family nak balik Kelantan and akan singgah jap kat Kuantan to visit me..sebagaimana saye dok kempunan nak tengok muka Ummi, sebegitu jugalah kempunan Ummi nak tgk muka saye dan Ma, nenek saye...hmmm..tak sabar nak habis exam..

Part 2
Kesian le pulak tgk makcik tadi...merintih kelaparan sebab kena puasa untuk operation...saye tak paham le kenapa kadang2 pengurusan hospital nih macam sangat lambat dan lembab.. susah! padahal, kebanyakan staff hospital banyak relaks jek..macam hari tuh, sorang makcik tuh tak dapat nak buat operation mase weekend sebab doctor Medical tanak buat echo, dengan alasan weekend mane ade orang buat echo...hishh!!! orang lain boleh on-call, kenapa diorang susah sangat nak berkorban sket...ade banyak sistem kat hospital nih yang saye nampak tak berapa membina sangat..hmm..macam mane nak maju..ade kawan2 tanye, saye nanti akan stay kat hospital government ke, akan pergi ke private??? buat mase skarang, saye tak pikir mane2 lagi tapi mane lah tahu akan datang nanti, saye tgk makin teruk ke perkhidmatan kat government hospital nih...tapi target sekarang nih, nak jadi lecturer...

Part 3
banyak le pulak game basketball minggu nih..saye kena main dan jadik referee untuk game orang lain..huhuhu! teringat zaman skolah, main ngan geng2 yang memang dah sekepala.. especially si Mocque...yang best nye main ngan dia, saye tak payah nak tengok sangat dia nak pergi lari ke mana sebab saye dah tahu dia nak pergi mana.. dia pon sama, tak payah tgk saye..dia akan tahu saye nak pi mana.. maybe experience and 5 years of training punye formula... huahuahua..rindunye nak main ngan korang!!!


okaylah, lain kali tambah lagi...

p/s : isk..tak membina sangat le posting kali nih..

Monday, February 06, 2006

Hectic Life..

Assalamualaikum...

Maaf lama tak update.. busy sangat ngan kerja2 skolah.. homework encik Belalang pon tak sempat habis, hantar je mane yang sempat ... CPC this coming Thursday, belum buat slide lagi.. Last weekend, dapat info yang tak berapa seronok.. Hermm..sejak dulu lagi dia tak pernah setuju.. tapi saye ade reason sendiri kenapa saye berpendirian sebegitu..takpelah, time will heal everything, i hope...

Thursday, January 26, 2006

Birthday Again...

Assalamualaikum..

Hmm...last 24 years, pukul 6.30pm pada tarikh ini, Ummi dah melahirkan saye kat rumah nenek saye di Kpg Pohon Buloh, Pasir Mas.. isk..how time flew so fast, sampai saye pon dah lupa ape yang dah jadik for the past 23 years... Sadly, Ummi takde kat Malaysia to shine my birthday.. Still remember, mase birthday yang ke 21 kot, my frens celebrated it with so-called a surprise party yang saye dah dapat detect dari awal (nyeh nyeh nyeh!), I called my mum and told her "Thanks sebab dah melahirkan Ina 21 tahun yang lalu, and never give up raising me up sampai sekarang.." well, I can heard she's sobbing a little bit but personally i felt that i owe her very very much! Herm....

So, saye harap Allah akan balas budi Ummi saye kelak, dan semoga Dia akan sentiasa melindungi Ummi saye di mana saje dia berada...

Aminn....

Monday, January 16, 2006

Alhamdulillah...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, settle satu seminar hari nih..goodie goodie, not much doubt and questions being thrown to us..actually, Mr. Amin sendiri pon dah suruh buat sesimple yang boleh so that other frens can capture the facts easily, without having to be sleepy...lagipon, dia nak pergi tempat lain before 4 o'clock..

Okaylah...actually nak share banyak cerita kat sini.. but let me go one by one le..

First...
Ummi dah nak dekat 5 munggu kat Mekah..alhamdulillah, so far she's okay there.. insya-Allah, she'll be coming back to Malaysia end of this month, 30th January 2006.. 31st Jan tuh pulak my parents punye 26th anniversary of being together as husband and wife...waaa! I wonder what sort of present that my Ummi bring back for Abah...u know, my Ummi is a shopping-type lady.. she just can't resist the temptations to go shopping, unlike Abah whom is so careful with his expenditure. I still remember when she went for Umrah last 2 years with Abah..macam2 benda dia nak beli sampaikan coklat kacang bercampur susu unta tuh pon dia nak beli! kalo siket takpe la, masalahnye banyak sampaikan ade lagi dalam peti ais kitorang sekarang nih...anak2 nih mane nak makan benda pelik macam tuh..pergi bawak 2 bag, balik bawak 4 bag!! herm...itu la Ummi saye..bakat shopping dia tuh tak jatuh kepada anak-anak lagi, so far yang saye perati le.. I'm more like Abah..I'll go to a shop with something that I've planned to buy..kalo tidak, sekadar window shopping le..i admit, i'm a little bit stingy towards myself..hahaha!

Second....
Ortho posting dah masuk 5th week but i hardly digest whatever i've learnt so far...macam blur jugak lagi ni! padahal dah banyak kali pergi ward and try to learn from the patient... perghhhh.. maybe i haven't try hard enough, huh... need to polish back my anatomy so that i won't face more trouble with Mr. Anatomist in the future..case presentation, satu hapak pon tadak! malas sebenarnye, plus not interested and didn't get the chance yet.. takpelah.. hahahha! that's the problem with me.. i oftenly take things for granted when it involves academic things.. tapi takpe, still room for improvement..lagipon, learning process nih kan for the whole life...hahahahha! bestnye kalo selama2 nye boleh hidup senang macam dulu, sekolah rendah..

Third...
Friendship...well, bebaru nih terpaksa buat keputusan yang sangat payah, dengan melukakan hati seorang kawan..bukan sengaja tapi saye tak suke dipaksa..bile saye kate tak nak, that means tak nak.. kalo jadi nak pon, lama2 akan jadi tak nak jugak..jadi, jangan paksa saye buat benda yang saye tak suka, or else akan ade hati yang terluka (chewah!)... harap dia faham, perasaan bukan boleh dipaksa...saye banyak tanggungjawab lain.

Fourth....
Dah le...nak banyak mane lagi..next time le sambung..hehehe!

Friday, December 30, 2005

Lepaskan Dia Pergi...


Seseorang berbicara dengan saye tentang cinta...hahaha..walaupon bukanlah topic kegemaran saye (belum amik master dalam hal nih..) tapi pendapat dan idea saye slalunye berupa empathy..saye cenderung meletakkan diri saye dalam tempat si penanya dan kemudian mengeluarkan pendapat berdasarkan ape yang saye akan buat jika perkara itu terjadi pada saye..anyway, saye terjumpa sesuatu yang menarik dan kelakar untuk dikongsi bersama..boleh le nak pikirkan kite nih tergolong dalam yang mane..

Lepaskan Dia Pergi!!

Madah asal
Jika anda mencintai seseorang,
lepaskan dia pergi...
jika dia kembali, dialah milikmu...
jika dia tidak kembali, dia bukanlah jodohmu...


Pesimis
Jika anda mencintai seseorang,
lepaskan dia pergi...
jika dia kembali, dialah milikmu...
jika dia tidak kembali, dah agak dah pun... dia bukanlah jodohmu...


Optimis
Jika anda mencintai seseorang,
lepaskan dia pergi...jangan bimbang,
dia mesti datang balik!


Curiga
Jika anda mencintai seseorang,
lepaskan dia pergi...jika dia kembali,
tanya dia kenapa??


Tak Sabar
Jika anda mencintai seseorang,
lepaskan dia pergi...Jika dia tak kembali dalam satu tempoh yg diberi,
lupakan dia saja!


Penyabar
Jika anda mencintai seseorang,
lepaskan dia pergi...
jika dia tak kembali
teruskan menunggu sampai dia pulang!


Main-main
Jika anda mencintai seseorang,
lepaskan dia pergi...
Jika dia kembali, dan anda masih mencintainya
lepaskan dia pergi sekali lagi ....


Aktivis Haiwan
Jika anda mencintai seseorang,
lepaskan dia pergi...
Malah, semua makhluk hidup punya hak utk hidup bebas!!!


Peguam
Jika anda mencintai seseorang,
lepaskan dia pergi...
Clause1 a of Paragraph13 a- 1in the Second
Amendment of the Matrimonial Freedom


Biologis
Jika anda mencintai seseorang,
lepaskan dia pergi...Dia akan berevolusi...


Pakar Statistik
Jika anda mencintai seseorang,
lepaskan dia pergi...Jika dia menyintaimu,
kemungkinan dia akan balik semula adalah tinggi
Jika dia tak kembali, hubungan awak memang tiada kepastian...

Peminat Schwarzenegger
Jika anda mencintai seseorang,
lepaskan dia pergi...
SHE'LL BE BACK!

Pengongkong
Jika anda mencintai seseorang,
Jangan sesekali lepaskan dia pergi...

MBA (Married But Available)
Jika anda mencintai seseorang,
cepat-cepat lepaskan dia pergi
dan cari yang lain secepat mungkin!

Psikologis
Jika anda mencintai seseorang,
lepaskan dia pergi...Jika dia kembali,
super egonya adalah dominan
Jika dia tak kembali, cintanya memang tiada
Jika dia tak pergi2...dia mesti gila!!!

Somnambulist
Jika anda mencintai seseorang,
lepaskan dia pergi...Jika dia kembali,
itu menjadi mimpi ngeri!
Jika dia tak kembali, awak hanya bermimpi!!

Pakar Kewangan(tp bkn yg kejer kat BNM)
Jika anda mencintai seseorang,
lepaskan dia pergi...
Jika dia kembali, masanya untuk anda buat pinjaman kewangan baru
Jika tak, kirakan dia sebagai pelaburan yang merugikan!

Pakar Pemasaran
Jika anda mencintai seseorang,
lepaskan dia pergi...
Jika dia kembali, dia memang setia pada satu jenama lelaki
Jika tak kembali, fikirkan jenama lain yg lebih memikat di pasaran


Hmm...people keep on asking me what is my status right now.. well, i'm single and available but not interested and would consider if the right one comes...nyeh nyeh nyeh!

Wednesday, December 28, 2005

Ortho..


Bismillahirrahmanirrahiim..

Second week in Ortho posting..has started going to ward and some seminar presentation.. Hope everything would be okay.. oh ya, I bought 2 paintings from a "talented" painter... one is for someone special as a birthday gift (erk..dah berkurun dah pon..) . Another one, haven't decide yet.. okay lah, that's all.. next, i'll be posting a tale from Kpg Gumum...nyeh nyeh nyeh...

Tuesday, December 20, 2005

Be Yourself...





Assalamualaikum...

Conflict diri betul laa... takpe, i'll think about what he has said and i know he has the point there.. hermmm... betul jugak, i should be what i want to be. Not what others want me to be...hehehe. I really love doing forensic but my Ummi didn't allow me to. I don't favour O&G because i personally think the workload and burden is so demanding. I'm a family-person type and i enjoy doing other activities apart from medicine..so, i think i better be a Family Medicine Specialist (FMS)...hahaha! personality conflict le pulak...

Friday, December 16, 2005

Atas Permintaan..

gambar yang saye amik mase kat Teluk Chempedak, Kuantan...


Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum...

Saye minta maaf sebab lama tak update blog..sebenarnye, takde idea nak post ape..kalo ade pon, bile menghadap komputer jek, tetiba blank.. hehehe..anyway, thanks to Asma' sebab mengingatkan saye untuk update blog nih dengan satu soklan thru sms.."kenapa dah lama x update blog?" hehehe..thanks fren...

Okay, this time saye nak share tentang tazkirah Jumaat yang saye dengar dalam tv tadi, disampaikan oleh Ustazah Baiyah yang dulunye glamer ngan 'teknik cakar harimau' tuh...herm.. tazkirah yang disampaikan sebenarnye dah banyak kali dengar tapi takde inisiatif dari diri saye untuk share ngan kawan2..so, this time saye nak share le sebelum terlupa lagi..

Beliau menyampaikan pengajaran tentang 'Perkara-perkara yang Dilaknat oleh Allah SWT'..
1) orang yang memutuskan silaturrahim..
2) anak2 yang derhaka terhadap ibu bapa.
3) orang yang menyambung rambut / memakai rambut palsu.
4) wanita yang mencukur dan membentuk bulu kening.
5) orang yang membuat tatoo pada badan.
6) isteri yang menolak ajakan suami untuk tidur.
7) isteri yang meninggikan suara kepada suami.
8) lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki.
9) isteri yang keluar dari rumah tanpa izin suami.

Bile terdengar pasal perkara-perkara nih, terlintas dalam pikiran saye tentang sesuatu perkara. Maklumlah, bebaru nih saye terima banyak sangat undangan perkahwinan, daripada kawan2 sekolah, kawan2 UIA dan sedara kepada kawan2... tentang perkara ke-3 dan ke-4. terutamanya kepada pengantin perempuan, mesti nak nampak cantik dan paling 'cun' le pada hari yang bersejarah kan?! walaupon demikian, jangan le sampai melakukan perkara2 yang dilaknat Allah..sebenarnye, saye perasan jugak dalam upacara perkahwinan Melayu nih, terlampau banyak adat2 yang mengarut dan bercanggah daripada ajaran Islam..contohnye, bersanding. Kalo tak silap saye, saye pernah dengar kuliah dari seorang Ustaz, bersanding nih adalah adat yang diambil dari agama Hindu..sejauh mana kebenarannye, saye tak pasti tapi sekarang nih, makin banyak pulak persandingan pasangan pengantin Islam yang saye tengok..kalo kat Kelantan sendiri, sebelum nih memang payah nak tengok pengantin bersanding di Kelantan tapi kebelakangan ni, macam dah jadi popular balik..in fact, 2 orang bapa saudara saye yang berkahwin bulan Jun tahun ni jugak bersanding ketika majlis di sebelah pihak perempuan.. deep in my heart, saye tak suke sebenarnye tapi kalo orang2 tua dan pengantin sendiri dah setuju, apelah kudrat saye untuk mennetang..tapi, it's easier said than done..saye punye turn belum pon tiba so saye takleh nak cakap banyak..but if possible, saye tanak segala jenis persandingan or adat-adat yang mengarut nih dilaksanakan dalam majlis saye..kalo boleh, barang2 hantaran kawen pon takyah le susah2 nak sediakan..membazir je banyak.. tu pandangan saye la...

okaylah, rasenye dah banyak melalut nih..anyway, ahad ni saye akan balik ke Kuantan..kepada kawan2 sekulliyyah, jumpa di Kuantan ye.. started to miss u all le..hehehe..ilalliqa' wa fi amanillah kepada semua...

Thursday, December 01, 2005

Exam!!!

Saye dan Abe...hahaha..manja le pulak!



Bismillahirrahmanirrahim....


Day1

MCQ was terrible..banyak tak dapat jawab daripada yang dapat.. felt useless a little bit. ape kes le nak jadik doctor tapi tak tahu nak jawab exam nih..??? akhirnye, bantai je la..dah le Dr J lalu-lalang tempat saye, peeking to my answer sheet and laugh...nampak sgt le salah tuh. takpelah, try next time..
PMP was quite okay..alhamdulillah, i do know a little bit pasal avian flu and SARS thru newspaper and television..unfortunately, camane nak control outbreak tuh banyak mengarut le.. apply balik ape yang saye ingat mase tengok filem kisah Ebola dulu tuh...kahkahkah!! ade gak untungnye tengok TV nih...
Family Med pon quite okay...takde le memeranjatkan sgt..
Short notes...multivariate analysis?? hapo tuh? lempeng ke? hahahah...terus jek tolak tepi answer booklet kaler putih tuh...others were questionnaire, occupational health, compliance, insulin counselling and setting up pap smear screening clinic....boleh le jawab sket..setakat nak dapat separuh markah tuh, mungkin boleh kot..

Day 2

Viva Public Health..i was the 4th person..soklan yang dah dapat agak from Dr. J..unfortunately tak berapa lancar and tersekat2..dgn Dr. S, dia tanye pasal hypothesis and garbage disposal...garbage???? ingat saye nih kerja ngan Alam Flora ke?? haaa...okayle cuma tak scientific langsung jawapan tuh..Dr. N tanye pasal occupational helath ...alhamdulillah, she seemed satisfied with my answer...

Day 3

Viva Family Medicine....hancus!! saye org yang ke-4 terakhir...dah sangap menunggu, alih2 sampai turn.. pergh, dia bagi Chicken Pox in pregnancy pulak....hancur lagi...kantoi kot! :( overall, saye tak puas hati ngan performance saye for this exam..macam kartun bagaskara jek... takpe, esok nak balik dah!!! yea yea!!

Friday, November 25, 2005

The Final Week..


Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum wbt..

At last, dah nak habis satu lagi block dlm 4th year nih..cepat betul masa berlalu, macam tak sedar jek dah nak masuk ortho..ORTHO??? Arghh..!!! all my friends yang dah masuk ortho complaining about the busy and hectic life in that posting...pergh..sedangkan Public Health and Family Medicine ni pon dah busy bagi saye, apetah lagi ortho nanti..hmm..better enjoy betul2 mase cuti nanti so that i won't get depression syndrome bile masuk ortho..

Next Tuesday dah nak final exam..menggelabah jugak tapi tak tahu nak buat camane dah..rase macam tak bersedia langsung nak exam nih.. dah le takde revision week.. memang tak patut betul la buat camtu..nak students jawab question superbly tapi tanak bagi revision week..camane tuh?! hmmm....bantai jelah, asalkan saye tahu saye dah buat yang terbaik..

Last weekend, i went for a home visit with Raihan and Suhana..we decided to choose a postnatal case where the mother is just gave birth to a baby boy last 5 days.. mase mintak idea dari nurses kat klinik tuh, they highly suggested this case since there are a lot of social problems involve..well, i'm not suppose to reveal the identity of my patient but just to share with all of u regarding the other aspects of life that we never experienced..(well, i never thought of being in her condition, anyway..nauzubillah)

Let's call her Mdm ES..she's 30 yr old and married to a lorry driver. This is the second child with history of miscarriages 3 times before. Her eldest son is approaching 2 year old this coming january....duduk dalam kawasan kilang bata tuh, diorang dapat satu rumah kecik yang sangat dhaif..toilet pon kena share ngan other occupants kat rumah kongsi tuh.. kesimpulannya, rumah tuh sgt kecik dan tak selesa..pack sgt.. husband dia pulak baru sekali jek balik since dia bersalin, just malam dia bersalin tuh jek..then lesap tak tahu ke mana..dah le rumah sebelah tuh org Vietnam bujang yang duduk ramai-ramai..macam menakutkan jek cara diorang pandang kitorang mase kitorang sampai.. and pernah ade history ade Indonesian woman yang kena rogol and she lived in the same house yg Mdm ES nih duduk... after borak-borak ngan akak nih and interview pasal dia punye life, jelas yang dia sangat tertekan dan feel lonely bile husband dia buat camtu.. few times le jugak, bile dia dah bengang sangat, anak lelaki sulung dia yang kena bantai ngan dia..kesian budak kecik tuh tak pasal-asal kena pukul ngan mak..akak tuh pon cakap dia betul2 need attention from her husband and frankly, she's quite desperate le nampaknye.. isk.. nak beli makanan pon takde orang yang boleh tolong.. nak buat keja berat-berat pon dia tak larat.. as the conclusion, kalo dibiarkan keadaan dia nih, dia boleh dapat post-partum psychosis or gila meroyan le dalam layman term.. dia belum namakan anak lelaki dia yang baru lahir and ask for our opinion.. i suggest a name and she seemed happy with the name...Luqman Hakim... :)

Daripada kisah akak nih, saye baru tersedar yang dugaan hidup nih datang dalam banyak cara.. kesusahan, kesenangan, kemewahan dan kemiskinan...semua tuh dugaan, nak tgk kite bersyukur ke tak... so, pengajaran yang saye boleh dapat, restu keluarga tuh sgt penting dalam menentukan pilihan masa depan kite.. thus, saye tanak buat keputusan yang boleh mengecewakan parents saye, especially Ummi...

Itu je kot...sekian. Doakan kami berjaya dalam exam kali nih.. wallahua'lam..

Wednesday, November 16, 2005

Mixed Feelings...


Assalamualaikum...

Saye sedih ngan someone hari nih..makin lama pendam, makin tak tahan.. terase macam diri saye nih asyik dipergunakan..nak cakap direct, saye tahu dia takkan berubah..nak suruh orang lain cakapkan, saye tak suke melibatkan pihak ketiga..dia tak perasan ke? rasenye saye dah bagi banyak hint yang menggambarkan bahawa saye tak suke perbuatan dia tuh... BOSANNYE!!!
Malas nak layan....

Allah Knows Best
Allah knows what's best for us,
So why should we complain ...
We always want the sunshine,
But Allah knows there must be rain.

We love the sound of laughter
And the merriment of cheer;
But our hearts would lose their tenderness
If we never shed a tear.

Allah tests us often
With suffering and with sorrow;
He tests us, not to punish us,
But to help us meet "tomorrow."

For growing trees are strengthened
When they withstand the storm;
And the sharp cut of the chisel
Gives the marble grace and form.

Allah never hurts us needlessly,
And Allah never wastes our pain;
For every loss Allah sends to us
Is followed by rich gain.

And when we count the blessings
That Allah has so freely sent;
We will find no cause for murmuring
And no time to lament.

For Allah loves us,
And to Allah all things are plain;
So Allah never sends us "pleasure"
When the "soul's deep need is pain."

So whenever we are troubled,
And when everything goes wrong,
It is just Allah working in us
To make "our spirits strong."

Tuesday, November 08, 2005

What's Next?


Assalamualaikum...alhamdulillah, back in one piece after Eid holiday..terubat rindu saye nak jumpa ngan Ma (my maternal Grandma) dan sepupu-sepupu yang comel dan montel.. Kat kampung tuh, biase la kena jadik all-rounders since saye adalah cucu perempuan yang paling tua..so kena jadik bibik kat dapur as well as jadik guru tadika mengasuh babies..takpe, preparation to be a real 'mother' nanti..hahahaha! kidding okay.. mase raye ketiga tuh, teringat lagi tetiba jek dari pagi ade ramai orang ziarah rumah kami..ape lagi, jadik pembancuh air professional le saye..tak putus-putus sampai le ke Zuhur..nasib baik le ade Adek yang menolong. Kalo kena kutuk air tak sedap pon, at least sama-sama kena kutuk...takde la saye sorang...

Musim perayaan nih, Kelantan specifically kampung saye Pasir Mas was very crowded..asal nak bergerak dengan kereta jek, sure traffic jam punye la...tension gak kekadang sampaikan rase malas je nak keluar rumah..cuma, satu yang saye perasan, Kelantanese are a high-risk behaviour group in terms of road/traffic users...daripada bus, lorry and car drivers sampai le ke motorbikers, yang naik basikal, pembawa beca mahupon pejalan kakinye...pergh..!! tertekan jugak jiwa bile ade atas jalan tuh nak menghadap kerenah orang yang tak ikut peraturan dan buat jalanraya macam hakmilik dia...jalanraya nih Samy Vellu yang punya tau!! ntahle, cakap lebih2 kang terasa pulak...

After raye, my academic and non-academic schedules are quite unbelieveably pack.... this is the list of my unfinished tasks...
1) case write-up OPD
2) KAP scoring of Breast Cancer yang public health punye kerja research
3) projek Gumum (since Andak takde, i have to take over his job..kan senang kalo dia ade kat Kuantan..nyeh nyeh nyeh!)
4) Home Visit punye report
5) Seminar Domestic Violence..
6) study nak exam lagi....

Overall, i think i have to rearrange my schedule supaya sempat nak siapkan mane2 yang penting and nak dekat dateline dulu...non-academic works (eg. main basketball, swimming and etc.) yang tertangguh pon kena buat jugak..argh! sape kate 4th year nih honeymoon year?? Honeymoon cystitis aku...!!

Okaylah, nak buat benda yang sepatutnye dibuat..to all my frens, Babeh, Asek, Asma' Ghajo, Shade, Ana, Maton, Lini, and sumer2 yang tak sempat nak mention kat sini, just nak wish u all.... EID MUBARAK AND MAY ALLAH BLESS ALL OF US....

Thursday, October 27, 2005

Syawal Is Coming Up..


Assalamualaikum...after a long silence, here i am again, updating this page..pergh! how i miss posting something in this blog..4 weeks of duties in Jerantut really left me with valueless experience and memory. Not to forget, the 'Kampung Bantal Syndrome' that hit me and some of my beloved friends (including K.Hanim)... all the nausea and vomiting, fever and diarrhoea.. hahaha! macam2 differential diagnosis keluar, including Malaria and Dengue...but alhamdulillah, all of us recovered safe and sound...:)

Okay, now i'm entering the 2nd phase of Public Health and Family Medicine block..me and 5 other friends are posted to Poliklinik Masyarakat Jaya Gading..frankly, i enjoy the posting, so far...it really enhance my interest for being an FMS, specifically a lecturer-to-be in IIUM Kuantan...hahahha..yup, too early to decide on that but it's worth hoping for, right?! at least i have my own vision and i'll work hard on it..tapi, tak tahu le kalo in the future i've got a better offer..

Hmmm...Eid is just around the corner. Less than a week je lagi..insya-Allah, i'll be going back to Pasir Mas this coming Saturday..konvoi naik keta with some of my Kelantanese friends.. actually, raye tahun nih tak terasa sangat macam nak raye pon. Mungkin sebab terlalu busy ngan kerja yang tak habis2 lagi..tambah pulak, umur pon dah meningkat so just nak jumpa family and relatives yang dah lama tak nampak..

Okaylah, rasenye tu jek kot..lain kali saye tambah lagi..oh ya! thanx to a friend yang dah menegur saye pasal gambar tuh..budi anda dikenang..:)

Selamat meneruskan perjuangan memburu Lailatul Qadr dan Selamat Hari Raya Aidilfitri..

Sunday, October 09, 2005

Ramadhan al-Mubarak


Ramadhan dah datang.. Alhamdulillah, bersemangat untuk menjalani Madrasah Ramadhan kali ini..di Jerantut nih, we have the chance to cook by ourselves so no problem with the food.. in fact, Pasar Ramadhan pon ekat jek but i prefer to cook by myself rather than buying food from there..boleh jimat duit. Lagipon, ade jek orang yang tolong kejutkan for sahur.. alhamdulillah, so far tak pernah miss sahur lagik..but the most precious one was when Abah gave me a wake-up call on the first Ramadhan...hermmm.. :)

So far, i'm having great time in Jerantut altho few of my friends are dying to go back to Kuantan.. hehehe..i love the situation here..tranquil and adventure..but, if i have the chance, i prefer to do my posting or housemanship in Kelantan..nearer with my GrandMa and family and other relatives.. kenapa dah rindu kat Ma and Ummi nih ek..?!

Okaylah pal, i have other job to do..hope i can complete my fasting this year like the previous 2 years...hehehehe.. ade orang yang jeles tuuu...take care people..

Friday, September 30, 2005

Hmmm....Pelangi!


Buat 'pelangi' yang datang selepas guruh dan kilat....

Kadangkala Allah hilangkan sekejap matahari...
kemudian Dia datangkan pula guruh dan kilat....
puas kita menunggu dan mencari di mana matahari...
Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi....

Hehehe...kalo dalami sedalam-dalamnya kata2 kat atas tuh, seolah-olah memberi satu kata semangat kepada saye..satu masa dalam hidup saye, matahari seolah-olah terang menyinar, indah dan cerah seolah-olah hidup saye sentiasa ceria rasenye...namun kemudian, hidup saye mula diduga dengan guruh yang kuat berdentum hinggakan keyakinan diri kian tergugat...pernah jugak dipancari kilat yang menyilaukan mata yang selama ini terang melihat kejadian alam ciptaan Allah dan menimbulkan rasa takut dalam hati saye..takut pada bayang-bayang kelam..takut pada kegagalan...tapi saye masih berpegang teguh pada kata hati saye, bahawa satu hari nanti matahari akan datang balik menyinari hidup saye, seperti satu waktu dulu..namun saye silap kerana Allah dah hadiahkan saye cahaya pelangi, yang lebih indah, cantik dan berseri....adakah saye masih berharap pada matahari? yup, masih lagi...kerana tanpa matahari, saye takkan mampu menghargai keindahan pelangi...bagaimana pula dengan kilat dan guruh? masih lagi saye ingati, kerana ia mengajar saye bahawa hidup tidak selalunya indah... kekelaman, kegagalan dan jatuh adalah salah satu cabaran dalam hidup yang akan mematangkan diri... malah, perkara inilah yang akan menjadikan saye sentiasa beringat...

Luahan hati yang sedikit, harap mengerti...mohon dengan sangat... :)