Wednesday, March 22, 2006

Di Berikan Tangannya (siri 3)

...bersambung...

Hari ini sudah dua tahun Angelina menghilang. Aku tidak pernah berharap untuk menemuinya lagi setelah membaca berita-berita menyayat hati yang menimpa manusia Iraq, wartawan asing serta warga asing di Irq. Angelina mungkin menjadi sebahagian daripada tanah keramat Iraq itu. Angelina sudah menjadi sebahagian daripada biri-biri yang disembelih dan dilapah, Angelina sudah mejadi sebahagian daripada debu-debu pasir Iraq, Angelina sudah dua tahun tanpa berita, Angelina mungkin sudah menjadi tanah.

Namun aku amat tergamam bila tadi, aku temui Angelina di perpustakaan pada waktu sebelum masuk Zuhur, pada tarikh hari ini, 9 Februari 2005. Ah..tak mungkin dia, tak mungkin Angelina Eliseo. Dua tahun dia enghilang, tak mungkin dia kembali. Mungkin orang lain, ya dia tidak seperti Angelina, dia lain, Cuma wajahnya mirip Angelina.

Dia senyum padaku. Dia seperti mengenaliku. Dia sejelita Angelina yang ceria dan kaya dengan senyuman Italinya. Cuma dia kurus…amat kurus. Tak mungkin. Namun aku membalas senyumannya. Aku memejamkan mata…menampar-nampar pipiku. Mungkin segala-galanya hanyalah halusinasi. Tak mungkin dia Angelina. Tak mungkin !

“ Hello Mulya…” dia dulu menegurku. Aku seperti tidak percya. Aku melopong melihat dia.

“Angel?”

“Forget me, Mulya?”

“My goodness! Is it you? Are you real?” dia tersenyum lebar dan dia seperti mahu ketawa.

Dari wajahnya aku dapat melihat kepuasan yang mewah, kepuasan yang terhasil daripada perjuangannya, daripada falsafah besarnya, daripada prinsip warga jagatnya yang lumayan. Tetapi akulah yang kecewa. Apakah aku akan menangis lagi di bumi England ini? Janganlah... aku malu untuk menangis lagi. Tolong…jangan.

“Please hold my books,” katanya. Aku hulurkan tanganku untuk membantunya. Aku lihat tangan kirinya sudah tiada. Tangannya hilang sehingga ke bahu. Dia tahu aku tertanya-tanya tentang tangannya. Dia dapat merasakan daripada pandangan kecewa yang berbaur simpati terhadapnya. Dia dapat membaca hatiku daripada kekecewaan yang mewarnai raut wajahku. Dia membaca traumayang bergelindangan dalam jiwaku.

“I gave my hand to them,” katanya, masih dalam senyuman.

Dia berikan tangannya? Lagi aku tergamam. Apa yang hendak aku katakan padanya tanda simpatiku yang menggunung? Apa yang boleh aku katakana supaya dia tidak terluka? Dia amat gagah dan terasa sekali akulah manusia yang lemah dan pengecut. Aku seperti mahu lari jauh daripadanya. Aku malu. Lututku sekonyong-konyong menjadi longlai ketika aku mengekori Angelina. Dia mencari bilik air, katanya…dia mahu mengambil wudhuk. Katanya dengan senyumannya yang tersembunyi di sebalik tudung rambutnya. Aku terus melopong.

Aku teringat lagi…Maka bagi mereka pahala balasannya di sisi Tuhan dan tidak ada kebimbangan kepada mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita. Benarlah firman Allah itu.

Dan tidak dapat aku tahan lagi air mata ini. Aku pergi ke sebalik pintu perpustakaan itu. Aku menangis semahu-mahunya di bumi England yang asing ini. Aku menangis kerana melihat gadis jelita berdarah Itali-Inggeris-Sepanyol yang kudung tangan kirinya, mahu mengambil wudhuk. Gadis itu mahu sujud pada Allah.



So...harap kisah nih akan membangkitkan semangat juang dan jihad dalam diri dan sanubari kite.. ingatlah, mukmin yang sebenar itu adalah seperti lebah.. apabila membuat sarang pada dahan sebatang pokok, lebah dan sarangnya tidak pernah merosakkan pokok tersebut. Apabila lebah meninggalkan sarangnya, dia meninggalkan sesuatu yang amat berharga, iaitu madu. Tetapi, apabila ada yang mengacau dan menjolok sarangnya, maka NAHAS!!!

assalamualaykum...

No comments: