Sunday, June 29, 2008

Jangan Bersedih...




Untuk diriku dan dirimu...

"Jangan berdukacita, sebab kesedihan hanya akan membuat air yang segar terasa pahit, dan sekuntum bunga mawar yang cantik nampak seperti sebuah labu,
Taman yang rimbun nampak seperti padang pasir yang gersang, dan hidup dunia menjadi penjara yang pengap...

Jangan berdukacita sebab anda masih mempunyai dua mata, dua telinga, dua bibir, dua tangan dan dua kaki, lidah dan hati. Anda masih mempunyai kedamaian, keamanan dan kesihatan...

Jangan berdukacita sebab anda masih mempunyai agama yang anda yakini, rumah yang anda diami, nasi yang anda makan, air yang anda minum, pakaian yang anda pakai dan teman tempat anda berkongsi perasaan. Mengapa mesti bersedih hati?"


- La Tahzan, Dr. 'Aidh Abdullah Al-Qarni -

Yakinlah, Allah Yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita... bukan orang lain, malah bukan juga kita... Kerana itulah, jangan pernah berputus harap pada Dia, kerana Dia Maha Mendengar keluhan kita... mungkin kita rase tak adil, kenapa perkara buruk sering berlaku pada kita.. namun percayalah, itu hanya salah satu cara Dia menguji keimanan dan kecintaan kita..

Sabarlah hati...

Tabahlah diri...

Kuatlah jiwa...

Kerana ganjaran menanti di sana...

A Story and A Lesson..



Assalamualaykum...

Herm.. dah lama tak update blog.. sampaikan ade yang bertanya.. "Hanin merajuk ke, sampaikan tanak update blog langsung?" , "busy sgt ke kerja, blog pon dah bersawang?" , "dah lama tak update blog awak, rindu ngan tulisan awak.." Huhuhu...

Bukan merajuk, bukan busy.. cuma memang kurang idea sket nak update.. Tapi bile idea mencurah, memang kena buat there and then.. Kalo tak, tahun depan pon tak buat..

Dan kerana kenyataan yang ketiga itu lah, saye update blog kali ni.. :)

Banyak perkara yang terjadi, tapi kebanyakannya berkisar tentang kerja dan kisah pesakit saye.. Let me share with all readers tentang seorang pesakit saye, back in O&G dulu.. I wonder if she still strong up to today..

Dia seorang guru.. bukan calang2 guru kerana telah dipilih untuk mengikuti kursus menjadi pengetua.. berumur 38 tahun, dia seorang yang aktif di sekolah dan peringkat kementerian kerana penyertaan dalam sukan bola jaring di kalangan pelajar2 dan juga guru2.. early this year, she started to feel uneasy.. lethargy, sleepy and abdomen started to become bloated... berat badan semakin susut and selera makan makin berkurangan.. dia pergi ke klinik untuk mendapat rawatan...

Sesuatu berlaku... dia dirujuk ke HUKM.. dan dalam bulan April, dia dikejutkan dgn berita yang dirasakan seperti batu menghempap atas kepala.. dia menghidap Kanser Ovari (kilang telur) tahap yang ke-3.. denial.. that was what she experienced in the early part of the news-breaking.. she went to other hospital for second opinion, still the same diagnosis.. 3 months she didn't go to hospital and mourning at home.. dia bertukar menjadi seorang yg pendiam, pemarah dan tidak lagi ceria.. until something happened to his nephew, passed away because of testicular cancer..

She prayed a lot.. Leaving all the decision to Allah the Al-Mighty.. and later she realized that she needs to seek treatment because there is always a cure for every disease.. dengan harapan dan azam baru, dia datang semula ke HUKM dan mula mendapatkan rawatan.. pembedahan berjaya, dan diteruskan dengan 6 cycles of chemotherapy yang mane setiap cycle memerlukan ubat berharga hampir mencecah RM 2 ribu..

Dan hari itu, dia bercerita dengan saye.. bagaimana hidupnya penuh dengan dugaan.. bercinta dengan orang lain, dan kerana halangan dari pihak lelaki, terpaksa melupakan majlis pertunangan yang telah hampir sempurna persiapannya gara-gara perkara kecil.. berkahwin dengan pilihan keluarga, rupa-rupanya suaminya itu pendera orangnya.. wang gaji dipegang dan dibelanjakan oleh suami sesuka hati.. bila lewat sediakan makanan, dia dipukul.. bile cuba menasihati, dia dicaci dan dihina.. atas kekuatan diri yang dibina setelah dugaan hidup yang dia hadapi, dia memohon cerai dan alhamdulillah, berhasil.. luckily, mereka tak dikurniakan anak lagi.. kalau tidak, nak berebut hak penjagaan pulak nanti..

Kemudian, dia bertemu jodoh dengan rakan sekerja.. alhamdulillah, baik dan bertanggungjawab.. baru 3 tahun berkahwin, dia dikejutkan dengan berita perit ini.. mereka tidak dikurniakan anak.. bahkan, tidak akan mempunyai anak hasil perkongsian hidup mereka kerana pesakit saye ini telah pon dibedah dan dibuang organ-organ peranakan.. walaupun ini yang terjadi, si suami tetap di sisi.. tidak mahu beralih arah kerana kukuhnya kasih sayang.. dan saye bertemu dgn suaminya petang itu.. tenang dan sentiasa tersenyum, dengan hikmah menasihati saye supaya berpegang dengan apa yang saye rasekan betul.. tak perlu takut atau gentar dengan ujian yang sedikit kerana kebahagiaan akan datang selepas diri sendiri berjuang mempertahankan apa yang dirasakan hak milik kita.. dia berpesan, kalau kite rasakan ape yang berlaku pada kite itu berat dan besar, bayangkan kesengsaraan dan kesusahan yang orang lain hadapi.. lebih perit dan mencabar..

Dan petang itu, saye berasa lebih bersemangat.. YA, saye ade hak untuk menentukan masa depan saye.. selagi tindakan saye ini bukan menentang suruhan Allah, selagi itu saye akan berusaha.. Allah sendiri mengatakan "tidak akan berubah nasib sesuatu kaum, kalau kaum itu tidak mengubahnya sendiri"..

Kadang2, ade beberapa ketika yang saye terasa seperti nak give-up.. tak kisah la, sama ada dalam kerja atau personal life.. Terlalu banyak yang terjadi, tapi saye yakin, semuanya untuk menjadikan diri saye lebih tabah..

Dan sampai ke hari ini, saye masih mampu tersenyum kerana dalam hati saye terselit satu kata semangat..

" Kalau aku rasa apa yang jadi pada aku nih teruk, masih ramai lagi kat luar sana yang mengalami pengalamn yang jauh lebih teruk daripada apa yang aku alami.."


p/s: hanya yang faham akan faham apa yang disampaikan..
anyway, MO saye kat Urology tu.. still reading my blog ka?? hehehe.. dah update le nih..

When If Meets Must




If we can fight together, we must strive together..
If we can play together, we must pray together..
If we can plan together, we must stand together..
If we can cry together, we must try together..
We must strive together, if we can fight together..
We must pray together, if we can play together..
We must stand together, if we can plan together..
We must try together, if we can cry together..
The future of man is built on a plan..
Of working together whenever we can..
So "if" must stand so tall..
And "must" alone, cannot fall..
For together, forever we bring..
The best, the good of it all..

- James Weldon Lane -

p/s: This poem dedicated to all my bestfriend, bestes friends, and all those who supported me throughout my Journey Of Life...

Friday, June 13, 2008

I'm Finishing...



Assalamualaykum wbt...

I'm finishing my housemanship in HUKM.. huhuhu.. And I've already got the next placement for Paediatrics and Orthopaedics postings.. Well, people... I'm going to PAHANG!!! hehehehe.. Either Kuantan Hospital or Temerloh Hospital, would only be known after I register in Jabatan Kesihatan Negeri Pahang in mid August... At least, I've got about 3 weeks holiday..

Initially, I felt a little bit reluctant to go there.. Dah biasa kerja kat HUKM and dah familiar dengan all the places, environment and work schedule here, surely it would be different from KKM hospitals. At first, ingat nak merayu mintak tukar ke area KL / Putrajaya / Selangor.. Tapi rasenye macam susah nak dapat je.. because I dun have the valid reasons for not going to Pahang.. Dah la single, bukan ade planning nak kawen dalam mase terdekat nih.. Hmmm..

After doing some discussion with few friends and seniors, I decided to go first.. ape salahnya cuba dulu kan?! just to complete my major rotations.. then, insya-Allah nak apply jadi trainee lecturer kat any medical schools.. Currently, macam berminat nak buat Family Medicine .. Second choice, Radiology.. Third, Pathology ie. Forensic Pathology.. huhuhu... Tengah usha-usha UIA, USIM and UiTM..

Tak tahu le kenapa, tapi memang minat nak jadi lecturer.. I wouldn't mind taking any field (except Medicine and Paeds.. hehehe.. tak minat) asalkan boleh jadi lecturer.. minat mengajar.. specifically MENDIDIK... sebab saye nak sebarkan ilmu seciput kuman yang saye ade nih untuk dikongsi dgn orang lain dan diambil manfaat.. sebab, guru2 dan pensyarah2 saye semuanya telah memberikan pelajaran dan didikan yang sangat berguna untuk saye menjalani hidup.. So, it's time for me to share.. bak kata Ustaz Hasrizal, "ERTI HIDUP PADA MEMBERI".... anyway, saye dah dapat buku "Aku Terima Nikahnya"... siap dengan sign Ustaz lagi... huhuhu.. thanks to Kak Muna, isteri Ustaz Hasrizal yang susah-susah je dapatkan untuk saye.. Bestnye!!!

Oleh itu, dengan rela hati and tawadhu', saye akan mendaftar ke Pahang mid August nanti.. Doakan yang terbaik untuk saye ye.. mungkin ape yang saye nak tuh bukan yang terbaik untuk saye.. sebab tu saye harap, mereka-mereka yang sayangkan saye tolong doakan yang terbaik untuk saye..

Okay, enough of that.. From 24th to 28th July, insya-Allah saye dan 3 lagi sahabat akan ber'CUTI_CUTI MALAYSIA' ke Sabah.. so, Shade.. tunggu serangan kitorang ek.. Tak sabarnye!!!

Erm.. dapat pujian dari my specialists.. :)
Ms. D*n* : houseman baru, u belajar dari Hanin ye... She's quite a reliable and dedicated HO..
Mr. Sh*hr*n (while talking among them about HO. diorang tak sedar saye ade kat belakang) : Herm.. tengok la sape lecturer dia. Aku jugak.. She's better than some UKM grad. (referring to one of UKM-grad HO).
Prof N*q*y** : Eh, Hanin.. u keluar dari team je, habis HO team nih jadi kelam-kabut.. tak boleh ke kalo u stay je dalam team ni??

Hehehe.. Alhamdulillah... Praise to Allah.. I work hard and give my full commitment, because I know Allah loves those who carry out the responsibility to the best effort..

Alhamdulillah...
Alhamdulillah...

Take care, all..

p/s : nampaknye, before ke Pahang nanti, saye kena beli laptop and broadband for internet connection.. sape nak teman????