Tuesday, December 27, 2011

SBPA : Pandangan Saya..


Assalamualaykum warahmatullah...

Kecoh sana-sini berbicara tentang SBPA.. kalau sign, naik gaji (sedikit la bagi saya) bermula Januari 2012.. kalau tak sign, gaji akan kekal pada tahap sekarang.. nak kerja sampai 60 tahun pon boleh, atau nak pencen pada usia yang lebih awal.. terpulang.. bergantung kepada kudrat dan pilihan masing-masing..

Tapi.. pada hemat saya, SBPA ini hanya akan menambah kekayaan pada mereka yang sedia kaya, sedangkan yang kurang kaya / miskin seperti saya, tidak mendatangkan keuntungan apa-apa.. malah tidak mengurangkan beban yang sedia ada.. malah bakal menyaksikan kerugian dari segi kewangan di masa hadapan.. kenapa saya berkata demikian????

1. Saya "ter"nampak borang SBPA pegawai tinggi di ofis saya. dari gaji pokok RM5000++ dengan skim lama (SSM), gajinya akan bertambah menjadi RM7000++ (almost RM 8k) kalau dlam SBPA.. Nah!! naik banyak kan? sedangkan gaji kami kumpulam marhaen, apetah lagi gaji kumpulan pelaksana (katanya) yang memang sedia rendah, hanya naik dalam RM100-400 sahaja... Maka pada saya, dari segi ini menunjukkan SBPA hanya akan meng'kaya'kan yang sedia kaya dan menyusahkan yang sedia miskin.. menyusahkan kerana kami lah yang akan lebih terasa dengan kenaikan harga barang yang bakal berlaku tak lama lagi akibat "kenaikan gaji" kononnya... tak percaya???? tunggu pengumuman tentang kenaikan harga barang, minyak, tol, baju, beras, atau apa-apa sahaja bil air, letrik, astro yang bakal naik... sedangkan mereka disediakan elaun minyak kereta, elaun itu, elaun ini...
maka, saye lebih kesian kepada mereka yang bekerja dalam syarikat swasta...


2. Beberapa jawatan dari kumpulan pelaksana (kumpulan sokongan kalau ikut SSM) telah dijumudkan.. maksudnya, dihentikan.. maka, akan ada yang hilang pekerjaan.. akan ada yang terbatas mata pencarian.. dah lah gaji tak seberapa, jumud pulak dah! Adil?? bagi saya, tak adil..


3. Tempoh perkhidmatan boleh dilanjutkan kepada 60 tahun umur persaraan.. maka ramailah anak-anak muda lulusan kolej / universiti akan tidak mendapat pekerjaan kerana tempat itu diisi oleh pekerja-pekerja veteran.. maklumlah, mereka ni kalau lagi lama bekerja, lagi banyak dapat duit pencen kelak.. lagi banyak benefit kepada mereka, walaupon mungkin pada umur 55 sudah menurun prestasi.. sudah bakal merugikan negara.. Habis tu, anak-anak muda graduan kolej / universiti ni nak kerja apa?? itu yang banyak pengangguran.. banyak duduk saja-saja tak tau nak buat ape..


4. Ada yang elok, seperti outcome-based performance.. yang mana, prestasi dijadikan kayu ukur utama untuk dilabelkan sebagai pekerja cemerlang.. tapi pemberian markah cemerlang adalah subjektif dan perlu dinilai oleh Ketua.. jadi, akan bermulalah sesi bodek-membodek, tak berani nak menyangkal atau menegur ketua.. kalau tak, markah rendah sangat.. kurang dari 70%, disarankan letak jawatan atau diberhentikan.. hmmm...

Ini hanyalah pandangan peribadi saya berkenaan SBPA..
Kalau ada yang tak setuju, boleh kongsi..
Mungkin kefahaman kita berbeza, pendapat juga berlainan...

2 comments:

milakarim said...

Pergh sesungguhnya aku mmg antara mereka2 yg sgt tidak memahami apa yg sedang berlaku... Aku ikut jeh apa yg org suruh.. Angguk2 geleng2 hahaha.. Rerupa nyeh ada bnyk kelemahan n kekurangan n penindasan yg berlaku d sebalik ke'gah'an nama nyeh... Patut laa ada sorg chekgu kat skool aku yg bersungguh2 x nk sain tp kena sain jgk sbb pihak atasan srh sain hahaha

Hanin Farhana said...

mila : pada aku, setiap benda yang kite nak buat sekarang ni memang kena pikir pro and cons dia.. tambah-tambah pulak kalau kite suspicious kenapa tetiba nak tukar sistem.. mesti ade something.. tunggu je la lepas pilihanraya nanti.. sure ade perubahan lain pulak...