Monday, December 05, 2011

Aktiviti Hujung Minggu

Ini entry pasca hujung minggu...

Hujung minggu datang lagi. Cuti sekolah, selalunya ade kenduri. Memang ada, tapi tak dapat nak pergi. Satu, sebab GPS rosak. Kedua, takde teman nak pergi sekali. Ketiga, erm... tu je alasan yang ade. :P

Sabtu, plan dengan adik-adik nak pergi melantak. Seoul Garden IOI Mall, makanan Korea secara buffet. Pukul 11am, bertolak. Makan punye makan punye makan sampai kenyang. Adeh.. banyak lagi yang ter-ambik lebih yang tak habis. Argh.. Terdesak! Grill semua skali, pastu sorok-sorok masukkan dalam plastic kecik yang entah macam mana ade dalam handbag Kimah. kuikuikui.. Jaga-jaga ade CCTV. Fatin, si bongsu pandai berlakon. Masukkan seketul kecik dalam mulut, tangan lagi satu masukkan daging ayam yang dah masak ke dalam plastik bag. Tak kantoi. Hihihihi. Next time, ingat! Kalau nak datang makan situ lagi, kena bawak tupperware / plastic bag.

Lepas makan, jalan-jalan cari pasal. Masuk The Body Shop, saye nak beli shower gel. Adik-adik jadi mengganas.. beli perfume, body butter, lotion. Isk.. Total perbelanjaan mencecah RM 400 utk 4 orang punye barang. Okay la tuh. Saye dah guna Body Shop sejak 7 tahun yang lepas. So far, sangat puas hati. Banyak choice. Perfume wangi dan kekal lama. Husband pon suka. Adik beradik pon dah terpengaruh. Feedback dari mereka, semua nya okay. So, berbaloi la jadi regular customer The Body Shop. :)



Next, shopping baju. Pergi Jusco, carik baju. Jumpa kasut, sambar satu. Hehehe. Masuk FOS, masuk Brands Outlet. Adik-adik dapat barang yang dicari, saye pon puas hati. Dah pukul 4pm, masa untuk pulang..

Oh.. tadi ternampak Tutti Frutti. Jom try, nak tengok kat mane yang sedap sangat sampai orang semua dok kecoh pasal tutti Frutti. Adik belanja, amik cup besar untuk share 4 orang. Frozen yogurt katanye, banyak choice kot. Pilih Lemon, Lychee and Chocolate. Topping fresh fruits (strawberry, kiwi, apricot) dan gummy bear. Time nak bayar... KAAACHING!!! RM 19.75. Not bad. Tengok kat screen dia, RM 0.53 per 10 gram. Taste, okay la jugak, tapi takleh lawan Baskin Robbins. Even Wall's Double Dutch pon lagi sedap kot.. Conclusion : Tutti Frutti boleh tahan le, cuma tak de la sampai nak craving for one.



Pastu, balik rumah. Petang, pergi swimming kat Kompleks Kejiranan Presint 9. Konon-konon nak tebus rase bersalah sebab makan banyak sangat. Malam, buat mee goreng basah tambah ayam and daging yang di-kidnap dari Seoul Garden. Sedap weh!!

Ahad, bangun pagi.. kemas rumah siket, basuh baju then sidai. Ade mamat Bangla datang nak potong rumput. Bagus la, rumput pon dah panjang. Lagipon, Mr. Sunshine balik dalam minggu ni. Settle potong rumput. Dah penat mengemas, nak mandi dulu. Cuci bathroom, sambil-sambil isi air dalam bath tub. Why not, buat aromatherapy bath sendiri kat rumah. Letak siket dewberry aromatherapy oil dalam bath tub, pastu ade rose petals dari pokok kat bawah. Mak aii!!! bestnye!!! Berendam dalam setengah jam, sambil rehat-rehat minda. Pastu guna bath gel Body Shop yang baru beli. Pergh.. Badan wangi sampai ke petang!


Mr. Sunshine balik nanti, boleh buat camni.. :P

Lunch simple-simple je, pastu TV time! Petang, berkebun kejap. Alamak, gelapnye langit.. Hujan lebat. Astro tak dapat siaran. Herm... Layan video masa majlis kahwin dulu. kuikuikui. Maklumlah, rindu kat Encik Suami.. Kuikuikui..

Malam, sambung tengok TV pastu Skype dengan Mr. Sunshine. Prepare baju untuk kerja, pastu.. ZZZZZZ...

Itu la hujung minggu saye kalau ditinggalkan sorang-sorang. Hehehe. Try to fill up the time with some activities. :)

What about yours???

p/s : Insya-Allah Mr. Sunshine balik minggu ni.. Selasa atau Jumaat, mungkin. Hopefully Selasa! Plan : nak dating tengok Ombak Rindu! Hehehe..

No comments: