Sunday, November 26, 2006

Dah Selamat Bertunang...






Wah... kepenatan banget semalam, baru balik dari Ipoh for my elder bro's engagement ceremony.. and unfortunately, Abe was not around since he's got some work to do in Jakarta... Alhamdulillah, everything went on smoothly.. rombongan pihak kami sahaja ade 8 buah kereta, with about 40 people.. macam nak pi kawen jek.. but since cuti sekolah, so ramai le yang boleh join.. nih belum ramai lagi.. kalo adik2 Ummi semua ikut, tambah ngan anak2, maybe lagi ramai since my mum has 8 younger siblings..

Basically, nothing much different except that Kak Su (my future sis-in-law) nih ade two elder sisters yang belum kawen, so kire nih melangkah bendul.. actually, nak buat ikut adat ke tak nak tu, terpulang pada family but since this is the first marriage in their side (as well as our side), so the family decided to follow the custom of 'melangkah bendul' nih... and insya-Allah, my bro's wedding would be somewhere in May-June next year, during the school holiday..

p/s: hantaran tuh kitorang buat sendiri tau.. wah wah wah... ade bakat.. hehehe!

Friday, November 10, 2006

Ghazwah Mu'tah Part 2..

...bersambung...

Maka tibalah giliran ‘Abdullah ibn Rawahah mengambil tempat sebagai panglima perang menggantikan Ja’far. Dengan lantang, ‘Abdullah berteriak kata semangat untuk para mujahidin dan dirinya sendiri agar tetap berjuang sehingga ke titisan darah terakhir, dengan menjadikan syurga sebagai motivasi mereka. Akhirnya dia juga gugur sebagai seorang satria yang sejati..

Ketiga-tiga yang Rasulullah lantik sebagai panglima perang sudahpun syahid, maka apa akan terjadi pada tentera Muslimin?? Nun jauh di Madinah, Rasulullah sedang bersama sahabat-sahabat. Tiba-tiba, baginda terdiam dan air mata baginda mengalir.. Perkhabaran tentang apa yang terjadi kepada Zaid, Ja’far dan ‘Abdullah ibn Rawahah telah pun sampai kepada baginda tanpa utusan dari medan perang pun.. kata Rasulullah “Panji perang di tangan Zaid bin Haritsah. Ia bertempur bersama panjnya sampai ia tewas. Kemudian panji tersebut diambil Ja’far yang bertempur pula bersama dengan panjinya sampai ia gugur pula. Kemudian giliran ‘Abdullah ibn Rawahah memegang panji tersebut sambil bertempur maju, hingga ia gugur sbg syahid pula.” Kemudian Rasulullah menyambung lagi, “Kemudian panji itu pun diambil alih oleh suatu pedang dari pedang Allah, lalu Allah membukakan kemenangan di tangannya.”

Hah…cuba teka siapakah gerangannya pahlawan itu? Okay, kite ikuti kisah seterusnya.. Sesudah syahidnya ‘Abdullah ibn Rawahah, dengan cepat Tsabit bin Arqam terus menyambar panji perang tersebut dari tangan ‘Abdullah dan mengangkatnya tinggi2 di tengah2 pasukan Islam, supaya tentera Muslimin tak menjadi kacau bilau dan agar semangat juang mereka masih tinggi.. maka dia terlihat seseorang yang dia yakin dapat menggantikan tugas sebagai panglima perang.. terus dia memecut kuda ke arah orang itu dan berkata “Peganglah panji ini, wahai Abu Sulaiman!” Siapakah dia? Ya, dialah Khalid ibn al-Walid.. tetapi Khalid merasakan bahawa dia tak layak mengetuai perang yang getir ini kerana dia baru sahaja memeluk Islam dalam bulan Safar pada tahun yang sama.. dengan rendah diri, dia menolak dan mengatakan yang Tsabit lebih layak lagi kerana dia lebih tua dan telah pun menyertai perang Badar bersama Rasulullah, yang mana ketika itu Khalid adalah dari pihak musuh yang menentang kuat kaum Muslimin.. tetapi Tsabit menolak, kerana dia tahu bahawa Khalid lebih arif dan bijak dalam mengatur strategi perang berbanding dirinya.. atas persetujuan semua anggota pasukan Islam, maka Khalid menerima tanggungjawab.. Pantas, dengan tangkas bliau terus melompat naik ke kudanya dengan membawa panji perang seolah2 seperti tombak yang terhunus kukuh di hadapannya dan memecut kudanya membelah pihak lautan tentera pihak musuh..

Di saat itu, tentera Muslim telah pun terkepung di antara ribuan tentera musuh.. dengan izin Allah, atas kebijaksanaan Khalid dan ketangkasan beliau, tentera Muslimin dapat meloloskan diri di celah-celah perang itu dan menyusun semula strategi perang mereka.. Alhamdulllah, kemenangan telah berpihak kepada pihak Muslimin dan itulah janji Allah.. dari Ghazwah Mu’tah inilah Khalid mendapat gelaran “Pedang Allah”..

Actually, semasa membaca kisah Mu’tah ni, memang meremang bulu roma saye, seolah-olah saye dapat menyaksikan sendiri keadaan ketika perang itu.. memang cukup membangkitkan semangat dan kagum.. and personally, Khalid bin al-Walid merupakan salah seorang sahabat yang amat saye sanjungi, bersama-sama dengan Umar al-Khattab..

So, itu je kot yang dapat saye share kat sini.. buku rujukan saye untuk kisah ni adalah Fiqh al-Sirah siri 3 tulisan Muhammad Sa’id Ramadan Al-Buty dan Karakteristik Perihidup 60 Sahabat Rasulullah tulisan Khalid Muhammad Khalid. Dan complemented by lecture given by Dr Khairidzan few weeks ago.. Wallahua’lam…

Ghazwah Mu'tah Part 1

Ghazwah Mu’tah nih terjadi tahun ke-8 Hijrah, dalam bulan Jamadil-awwal. Mu’tah nih sebenarnye adalah sebuah kampong yang bersempadan dgn Sham (Jordan). Punca berlakunye perang ni adalal kerana pembunuhan Al-Harith ‘Umair al-‘Azdi, utusan Rasulullah kepada raja Busra. Sepatutnya, utusan mana-mana pihak yang datang secara aman adalah dipelihara dan dilarang untuk diperapa-apakn, apatah lagi dibunuh. Disebabkan itulah, kaum Muslimin menjadi sangat marah dan bala tentera pun dengan cepatnya dibentuk, mengumpulkan lebih kurang 3 ribu pejuang Muslim yang sedia untuk menyerang Mu’tah.

Dalam ghazwah ni, Rasulullah tak ikut serta disebabkan beberapa factor. Maka, Rasulullah pun melantik 3 orang panglima perang untuk memimpin. Kata Rasulullah, “Amir kamu ialah Zaid ibn Haritsah. Jika Zaid gugur maka Ja’far akan menggantikannya. Jika Ja’far gugur, ‘Abdullah ibn Rawahah akan menggangtikannya. Jika ‘Abdullah gugur maka hendaklah kamu pilih orang yang kamu suka menjadi ketua kamu.” Baginda berpesan supaya menyeru orang2 Mu’tah kepada Islam dahulu, tetapi jika mereka enggan maka perangilah mereka.

Maka, bertolaklah mereka ke Mu’tah. Pihak musuh apabila mendengar tentang kedatangan tentera Islam, mereka pun segera mengumpulkan tentera. Hiraqla (Hercules) yang pada ketika itu adalah raja Rom turut menghantar bantuan tentera seramai lebih dari seratus ribu orang, lengkap dgn peralatan perang yang canggih pada masa tu. Sharhabil iaitu raja Busra pada ketika itu pon mengumpulkan tentera dari kabilah2 lain juga, sehingga akhirnya terkumpul le lebih kurang dua ratus ribu tentera. Maka kalo ikutkan, lebih kurang tiga ratus ribu tentera musuh nak lawan dengan 3 ribu tentera Muslimin. Satu perkara yang kalo kite pikir secara logiknye adalah sure kalah le sape yang sikit.. timbul le sedikit kegerunan dalam hati tentera Muslim nih. So, ade la beberapa orang yang mencadangkan supaya mereka tulis surat pada Rasulullah, bagitahu tentang perbezaan julah tentera yang amat ketara itu.. manalah tahu, untung2 dapat bantuan tentera tambahan atau pun balik semula ke Madinah tanpa perang. Ade rase ragu-ragu dalam diri mereka nih. Tetapi tidak bagi ‘Abdullah ibn Rawahah. Dia tetap berkeras dan menaikkan semangat tentera Muslimin semuola. Katanya “Wahai orang2 Muslimin, demi Allah, apa yang ditakutkan? Untuk apa kita keluar ini? Tidakkah dengan tujuan syahid? Kita berperang bukan kerana berdasarkan bilangan ramai dan bukan dengan kekuatan. Tetapi kita berperang kerana menegakkan Islam, dengannya kita mendapat kemuliaan dari Allah. Ayuh maju ke hadapan! Satu dari dua kejayaan sudah pasti akan tercapai, iaitu kemenangan atau syahid!”

Maka naik semula le semangat tentera Muslimin. Mereka pun mara ke medan pertempuran dan bertarung dengan musuh . Tentera Muslimin diketuai oleh Zaid ketika itu yang memegang panji2 perang bertempur dengan penuh semangat dan tak kenal erti takut langsung. Zaid akhirnya gugur di medan perang dan belum sempat pun panji2 Islam jatuh ke tanah, Ja’far telah menyambarnya dengan pantas, dan terus mengetuai bala tentera Muslimin.

Ja’far menyambung peranan Zaid dan bertempur dgn hebatnya. Pada suatu ketika, dia merasakan kuda perang dia tuh telah mengganggu konsentrasi dia lalu dia pun turun dari kuda lalu menetak musuh-musuh dengan pedangnya. Then, dia nampak ade seorang tentera musuh yang telah berjaya naik ke atas kudanya. Disebabkan dia tak rela kudanya dinaiki oleh musuh untuk memerangi kaum Muslimin, maka dia pon menetak kudanya itu sampai mati. Betapa kuatnya Ja’far berlawan, sampai satu saat dia dikepung oleh tentera musuh. Tangan kanannya yang sedang memegang panji ditebas oleh musuh.. belum sempat pun panji itu jatuh ke tanah, cepat disambarnya dengan tangan kiri. Lalu mereka tebas pula tangan kiri Ja’far.. tapi Ja’far tetap mengepit panji itu dengan kedua pangkal lengannya ke dada. Takkan dibiarkannya panji itu jatuh ke tanah selagi hayat dikandung badan.. akhirnya, jasad suci Ja’far telah pun kaku tetapi panji itu tetap tertancap di antara dua pangkal lengan dan dadanya. Sahabat rasulullah yang ikut sama berperang, Abdullah ibn Umar berkata, “Aku sama-sama terjun di perang Mu’tah dgn Ja’far. Waktu kami mencarinya, kami dapati ia beroleh luka-luka bekas tusukan dan lemparan lebih dari 90 tempat!” Alhamdulillah, syahid sudah seorang sahabat Rasulullah yang mulia..


...bersambung...

Wednesday, November 01, 2006

Survey Ketika Ngantuk..

Assalamualaykum...actually tengah ngantuk then i read this fun survey posted by Farah Norlaily kat bulletin board... hahahah.. dah lama tak fill in benda2 kelakar camni.. so, have fun reading it...

When was the last time you can remember being happy?
mase raye, jumpa my cute buncit cousin.. age 3 years old but weight 22kg.. baby gergasi ke hape..?!

Can you see yourself being with one person forever without getting bored?
herm.. so far dengan Gorgon Busyuk.. hehehe!

If you could get in your car right now and go anywhere, where would you go?
Putrajaya.. nak balik umah.. rindu kat bilik..

Would you change anything about your life?
can I be a teacher with medical knowledge background??

When are you happiest?
bile menang main basketball and played the best..

What makes you lucky?
lucky to be born as a Muslim...

What has been your greatest experience so far?
experience ek?! naik bot kat Kuala Tahan, pi Kpg Bantal buat community service.. time puasa pulak tuh..

What would you rather be doing right now?
doing my unfinish seminar presentation..

What do you do when you're nervous?
nervous? avoid eye contact...

When you're upset regardless of the reason, how do you cheer yourself up?
jalan2 kat tasik bagi makan ikan.. or just be in my quiet room for some nap..

When do you feel you can be most like yourself?
when i am alone, of course..

When can you relax the most?
after habis major exam like pro exam, be in my room and read interesting books... waaaaa...

Who do you trust most?
myself, of course..

In your life, who have you been able to be 100% like yourself around?
Babeh.. dulu la.. right now, my close friends like Cik Senah and Asek..

What do you worry about?
duh...pro exam of course.. why on earth we have to take this exam?? kalo takde exam kan baguss..

Are you scared of anything right now?
scared of kena panggil balik (saqaratul maut) before getting ready for it..

Assuming you have a significant other, how do you feel when they're upset?
sympathy and curious.. tumpang upset le jugak, regardless of the reasons behind it..

Have you ever felt so much love, you almost forgot how to breathe?
erk.. kang kena masuk ICU pulak untuk intubate.. never la forgot how to breathe.. because everytime i breathe, i feel presence of the love..

Do you ever feel like you're living in a movie?
nope..

When do you feel the most attractive?
secret.. hahaha!

When does time move the fastest for you?
masa keje banyak and exam nak dekat, tak sempat nak study..

What scent(s) relax you most?
my Ummi's scent..

If you could tell someone one thing right now, who would you choose?
Tokey Zack's Corner kat depan tuh..

And what would you tell them
macam bagussss jek!! huh!

Three things that scare me:
cicak, thunder or lightning, errr..kucing....?! hehehe..

Three people who make me laugh:
Gorgon busyuk, Haziq buncit, Apih..(i miss him so much..!)

Three Things/Ppl I love:
my family, my sunshine (hehehe!) , my watch and the person who gave it to me..

Three Things I hate:
lelaki poyo and suke amik kesempatan, traffic jam yang teruk gile, and cicak!!!

Three things I don't understand:
1. men
2. kenapa kena ade perkataan 'exam'?
3. ape hal Zack's Coner tak bagi parking...

Three things on my desk:
1. komputer
2. photo frame of people whom i love..
3. books..

Three things I'm doing right now:
1. jawab survey
2. buat seminar
3. buat tak buat pape..

Three things I want to do before I die:
1. get married and have children and let them marry early
2. pi Mekah
3. work to benefit others so that i can help them overcome their sorrow.. pi Palestine boleh tak??

Three things I can do:
tak makan 2 hari, baca novels 5 books per day, bawak keta laju2..

Three ways to describe my personality:
let others to describe.. Gorgon nak try? hehehe..

Three things I can't do:
bawak motor, makan pedas2 sgt, jadik rajin macam org lain yang tetiap hari pagi petang pi ward.. argghhh!

Monday, October 30, 2006

Puasa Syawal? Puasa Qada' ?

Manakah yang lebih baik, berpuasa qada’ terlebih dahulu baru berpuasa sunat, atau menggabungkan kedua-duanya sekali? Contohnya seperti puasa qada’ ramadan dengan puasa enam.

Jawapan :
i) Jika anda bertanya manakah yang lebih baik antara puasa sunat syawwal dan puasa qadha, jawapannya adalah puasa Qadha. Ini terbukti dari hadis Qudsi yang sohih ertinya : “ Tidak hampir kepadaku orang yang ingin hampir kepadaKu sebagaimana apabila mereka melaksanakan amalan fardhu / wajib mereka, dan sentiasalah mereka ingin menghampirkan diri mereka kepadaKu dengan mengerjakan amalan sunat sehinggalah aku kasih kepadanya…” ( Riwayat Al-Bukhari )

Amat jelas hadis ini menjelaskan amalan fardhu atau wajib lebih utama di sisi Allah SWT dari yang sunat, walau sehebat mana sekalipun yang sunat itu.

Hadis tadi sebagai asasnya, tetapi dari sudut praktikal jawapannya
mungkin berbeza menurut keadaan diri seseorang. Maksud saya begini, jika seseorang itu perlu qadha puasanya selama 30 atau berpuluh-puluh hari (kerana nifas atau haid yang lama di bulan Ramadan sebagai contoh) dan tubuhnya juga sihat dan di yakini masih kuat sehingga mampu mengerjakan syawwal terlebih dahulu, ketika itu mungkin ia boleh mendahulukan puasa syawwal bagi mengejar waktunya yang singkat berbanding qadha. Tapi harus di ingat, walaupun waktu bagi puasa qadha adalah panjang, tetapi kita tidak pasti adakah kita mampu sampai ke tarikh itu atau ajal menjelang dahulu.

Seseorang yang mati sebelum qadha puasa tetapi sudah berpuasa sunat
syawwal akan pasti bermasalah kerana ia masih berhutang dengan Allah. Bagaimanapun seseorang yang mati setelah qadha puasanya tetapi tidak sempat sunat syawwal, maka tiada sebarang masalah pun, malah mungkin ia juga mungkin boleh mendapat pahala sunat syawal itu sekali.

Kita harus memahami bahawa darjat puasa qadha adalah lebih tinggi dan tanggungjawab bagi menunaikannya adalah jauh lebih besar dari sunat Syawwal, ini kerana puasa qadha adalah puasa wajib dan merupakan ‘hutang’ ibadah dengan Allah berbanding puasa syawwal yang hanyalah sebagai tambahan pahala.

Isu menggabungkan puasa qadha dan syawal sememangnya amat popular,
pandangan saya seperti berikut :-
Tidak elok menggabungkan kedua-duanya bagi mereka yang mampu ( dari
sudut kesihatan tubuh dan lain-lain) untuk memisahkannya. Ini kerana
sepengetahuan saya tiada dalil yang specific membuktikan Nabi SAW pernah melakukannya atau menganjurkan kepada para sahabat untuk digabungkan.
Apabila Nabi, sahabat dan salaf soleh tidak melakukannya maka pastinya ia bukanlah amalan yang terpilih dan terbaik kerana pilihan Nabi SAW dan para sahabat selamanya adalah yang terbaik.

Malah terdapat juga hujjah-hujjah yang menyebabkan pandangan yang
membolehkan penggabungan menjadi tandatanya iaitu :-
• Jika anda mengatakan boleh gabung puasa qadha (yang wajib) dengan
puasa syawwal (yang sunat) maka sudah tentu selepas ini timbul pula
individu yang cuba menggabungkan solat wajib dengan solat sunat, seperti gabungan solat isyak dengan terawih, atau subuh dengan tahiyyatul masjid atau dengan solat unat fajar, atau solat jumaat dengan solat sunat tahiyyatul masjid. Maka ini pasti menyebabkan masalah lain timbul dalam ibadah wajib termasuk rekaan-rekaan pelik seperti solat fardhu subuh campur istikharah dan lain-lain.
• Menurut guru saya Prof. Dr Syeikh Abd Malik as-Sa’dy (ex-Lajnah Fatwa Iraq) dan Prof Dr Mohd ‘Uqlah el-Ibrahim (Jordan) mereka berpendapat bahawa amalan wajib tidak boleh digabungkan dengan apa-apa amalan wajib atau sunat lain, kerana amalan wajib memerlukan tumpuan khusus yang tidak berbelah bahagi semasa pelaksanaannya dan ia perlu bagi mengangkat tuntutan kewajibannya. Justeru, tindakan menggabungkan ini pasti mengurangkan kesempurnaan hamba dalam menunaikan tuntutan wajib mereka. Wallahu a’lam.
• Tindakan A’isyah ra yang melewatkan qadha pula boleh di jadikan
hujjah bahawa beliau mengasingkan kedua-dua puasa qadha dan syawwal. Maka ini lah yang terpilih sepatutnya. ( tidak gabungkan kerana aisyah tidak menggabungkannya)
• Amalan wajib (qadha) memerlukan niat yang ‘jazam’ (tepat dan pasti) maka tindakan mengabungkan ia dengan niat puasa sunat mungkin boleh
merosakkannya kepastiannya. Kerana itulah ulama yang mengizinkannya
mencadangkan agar diniat puasa qadha sahaja, adapun syawwal itu dipendam sahaja dengan harapan Allah menerimanya. Bagaimanapun , ulama yang mencadangkan ini jelas menyatakan bahawa tindakan menggabungkannya tetap mengurangkan pahala sunat syawwal ini kerana tidak diniat sepenunya (Hasyiah As-Syarqawi ‘ala al-Tahrir, Syeikh Zakaria Al-Ansary, 1/427; naqal dari Min Ahsanil Kalam Fil Fatawa, Atiyyah Saqr, 2/23)
• Malah ada pula yang berhujjah bahawa amalan sunat tidak boleh
ditunaikan sebelum amalan fardu. Demikian menurut Syeikh Ihsan Muhammad 'Aayish al-'Utaibi. Ini ada asasnya kerana berdasarkan hadith Nabi SAW ertinya “ Barangsiapa telah berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan 6 hari dari dari Syawwal (puasa) maka ia adalah seperti (pahala) puasa ad-Dahr (setahun)” (Riwayat Muslim). Kita dapat melihat penggunaan ‘fe’il madhi’ iaitu ‘past tense’ bagi puasa Ramadan, mungkin sahaja boleh membawa makna sesiapa yang belum lengkap puasa Ramadannya perlulah melangkapkan dahulu, kemudian barulah mereka layak bagi mendapat peruntukan pahala sunat Syawwal.
• Hujjah ulama yang mengharuskan adalah hadith “ Sesungguhnya amalan
itu berdasarkan kepada niat, dan bagi seseorang apa yang diniatkan.”
(Riwayat Bukhari, no 1, 1/12) dilihat agak umum, memang benar apa yang diniatkan adalah penting, tetapi niat mempunyai kaedah dan cara-caranya bagi diterima, contohnya seperti niat solat dalam mazhab Syafie mestilah dimulakan semasa lafaz takbiratul ihram di sebut, jika tidak niat itu tidak dikira. (Rujuk Al-umm, hlm 78, cet Baytul Afkar; Rawdhah At-Tolibin, An-Nawawi, cet Baytul Afkar, hlm 103)
Justeru, niat juga ada displinnya dan tidak boleh di buat sesuka hati di dalam ibadah.
• Qiyas haji Qiran (iaitu menggabungkan Haji dan Umrah) kepada Puasa
Qadha wajib dan Sunat Syawwal adalah qiyas yang kurang tepat. Malah
terdapat majority ulama yang tidak setuju dengan konsep “qiyas’ dalam isu ibadat. ( Rujuk Nihayah As-Sull, Jamaluddin al-Isnawi)
Kesimpulan pandangan saya yang terbatas ini : Elok sangat tidak
digabungkan dan elok sangat didahulukan yang wajib (qadha) daripada sunat (syawwal) ; bagaimanapun, pandangan yang membolehkan saya anggap sebagai rukhsah “keringanan” bagi mereka yang mempunyai kesukaran kerana uzur dan tidak mampu untuk mengasingkannya. Antara ulama yang membolehkan adalah beberapa ulama mazhab Syafie (Mughni al-Muhtaj, 1/602), Assembly of Muslim Jurists in America (AMJA), Syeikh Atiyyah Saqar, panelis fiqh Islam online.net dan beberapa yang lain.


Okay, saje nak share ngan kawan2 so that kalo ade orang lain tanye, kite boleh jawab.. this is an email from a friend and from a reliable source.. sye dah check few books yang dia rujuk. Cuma regarding niat ketika solat ataupun ,ahu berpuasa tuh, ade kemusykilan sket.. nanti saye tanye balik dan bagitahu kat sini. Semoga mendapat manfaat..

Sunday, October 15, 2006

Ayat-Ayat Cinta


Assalamualaykum...

Sekali-sekala dengar tazkirah tentang sirah para sahabat Rasulullah nih, memang terusik jugak hati nih... terbayang betapa tinggi cinta mereka terhadap Allah, Rasulullah dan Islam sehinggakan sanggup mengetepikan kepentingan diri...

Last Friday, ade IRK session dengan Dr. Khairidzan.. dalam banyak2 benda yang beliau sampaikan, ade satu kisah jek yang melekat dalam kepala saye.. tentang Perang Mu'tah... memandangkan saye berhajat nak taip panjang tentang kisah perang Mu'tah nih, saye akan post next time...

Just nak share dengan all readers tentang buku yang saye pernah mention kat sini dulu.. tajuk Ayat-Ayat Cinta yang ditulis oleh penulis Indonesia, Habiburrahman El-Shirazy.. macam jiwang jek kan, tapi sebenarnye buku nih menceritakan tentang kehidupan seorang penuntut Al-Azhar yang berasal dari Indonesia, berada di Mesir untuk menuntut ilmu dan berdakwah... secara peribadi, saye sukakan buku nih sebab pengisian Islam yang banyak dan pengkisahan tentang bagaimana keadaan Mesir yang diperincikan secara detail, sampaikn terasa seolah-olah saye berada di Mesir sendiri.. hehehe..

Kisah Fahri Abdullah yang menyewa bersama2 kawan, mengajar saye bagaimana seharusnya adab bersahabat itu.. tinggal serumah dan saling kasih-mengasihi antara sahabat sehinggakan kesusahan seorang sahabat itu adalah kesusahan seisi rumah! terus teringat mase kat Jerantut, serumah dengan Shade, Asma', cik Yah and kak Alin.. best walaupon sekejap...

Kisah Fahri yang diminati oleh 3 orang gadis, yang mane bukan calang2 orangnye gadis-gadis tersebut.. dalam konflik nih, secara tertib diceritakan bagaimana seharusnya perhubungan antara lelaki dan perempuan itu dibatasi oleh syarak dan pengharapan pada redha Allah dalam setiapnya.. dan secara tak langsung jugak memberi ilmu kepada saye tentang bagaimana seorang suami itu bertanggungjawab ke atas isterinya, sehinggakan perkara utama yang perlu dilakukan selepas ijabkabul itu adalah membetulkan bacaan Al-Fatihah si isteri.. bukankah surah Al-Fatihah adalah tonggak solat seseorang...

Tak boleh nak cerita secara penuh kat sini sebab saye syorkan kawan2 baca sendiri buku nih... it is an alternative to typical romance novels yang ade kat pasaran sekarang, yang lebih mementingkan kisah2 cinta yang mengelirukan dan merosakkan jiwa... so, silalah beri kalo berminat... actually, yang saye baca tuh adalah dalam bahasa Indonesia so agak konfius tapi saye dengar dah ade yang diterjemahkan dalam bahasa Melayu.. so, carik le kat bookstore berhampiran anda.. sesuai jugak untuk dijadikan hadiah pada yang anda sayangi.. har har har...



" Andaikan aku halal baginya tentu aku akan turun
mengusap airmatanya dan membawanya ke tempat yang jauh
dari linangan airmata selama-lamanya " - Fahri


[ Ayat-ayat Cinta - Habiburrahman El Shirazy ]


p/s : To be an informative Muslim, we have to read a lot.. kelemahan yang ada pada Muslim sekarang, especially Melayu adalah kurangnye sikap membaca tuh.. nih ditujukan kepada saye, saye, saye dan anda semua....

Wednesday, October 11, 2006

Engkau Sibuk Dengan Dunia!

Assalamualaykum...

Terbaca poem nih kat Tazkirah On-line yang bersepah-sepah kat library.. tertarik dengan kata-kata sinis yang digunakan, walaupon begitu, masih berkesan untuk membuatkan saye berfikir.. "betul jugak tu.." so would like to share with all..


Engkau sibuk dengan dunia
Dunia tidak sibuk pun dengan engkau
Mengapa engkau tidak sibuk dengan Tuhan yang punya dunia
Dia lebih sibuk menguruskan hal engkau

Engkau kejar dunia, dunia belum tentu kepunyaan engkau
Sedangkan Tuhan telah engkau tinggalkan
Kalaupun engkau memiliki dunia
Apa ertinya engkau tidak memiliki Tuhan yang punya dunia
Tapi jika engkau memiliki Tuhan
Dunia kepunyaan Tuhan akan menjadi milik engkau

Engkau tersilap hal, engkau tersalah fikiran
Dunia yang akan ditinggalkan ini pun belum tenttu di dalam milik engkau
Padahal Tuhan telah engkau tinggalkan
Macam mana engkau berfikir, bagaimana engkau membuat keputusan

Bersibuklah dengan Tuhan yang sibuk dengan urusan engkau
Janganlah sibuk-sibuk dengan dunia yang tidak sibuk pun terhadap engkau
Engkau bersibuk-sibuk dengan Tuhan
Tuhan tidak akan mengecewakan engkau

Engkau sibuk dengan dunia, belum tentu milik engkau
Kalaupun engkau boleh miliki dunia
Namun satu ketika dunia tetap akan mengecewakan engkau...



So, sibukkan diri anda dengan Tuhan, jangan terlalu menyibuk hal dunia..

Monday, October 09, 2006

Almost A Month..

Assalamualaykum...

Lamanye saye tak update!! busy jugak le sebelum nih, dengan exam and academic stuff.. tambah lagi pulak dengan internet connection yang sangat poor.. ade beberapa citer nak share nih...


Citer 1 : Exam O&G

alhamdulillah, result pon dah tahu and syukur, saye pass.. i had a bad history with O&G posting actually but somehow, i still like the subjects.. probably because of the narrow scope as well as the patients are all female.. hehehe...
Exam yang lepas, dapat dengan lecturers yang baik2 and familiar cases yang sentiasa ade dalam ward.. Allah tolong banyak sebab saye just baca sikit jek for exam but yet, He granted my du'a.. thanks to those who pray for me, namely my family and my Pakcik and family orang yang kena operate sebab ACL tear and meniscus injury.. (",) , my frens and myself..hehehe! great great thanx to the Al-Mighty for His Mercy..


Citer 2 : Cuti seminggu...

adeh..memula ingatkan nak balik lambat sket cuti, however, Ummi dah bising2 suruh balik cepat.. she missed me, i know..hik hik hik... kat rumah, dok masak le, tengok TV la, teman si Fatin tuh main le.. basically, rest secukupnye kat rumah and sesekali jek belek buku.. belek je tau, tak baca pon... then temankan Ummi shopping new furnitures.. wah, menarik jugak.. tetiba terus terlintas nak decorate rumah sendiri nanti camane.. hehehe.. anyway, ade jugak yang tak best tapi takpelah, malas nak tulis kat sini.. cuma saye yakin ape yang saye buat sekarang nih tak bertentangan dengan syarak.. salah ke kalo saye berdegil demi masa depan? isk..


Citer 3 : balik Kuantan dah...

masuk posting baru, Paediatrics or Bahagian Kanak2... agak relaks jugak posting nih cuma banyak benda yang nak baca.. hope boleh catch-up le.. first day was not bad, briefing with Dr. Wahab and pi ward for wardround..



okay lah, cukup le dulu... next time saye update lagi, insya-Allah, taknak lambat dah.. baju raye saye Ummi jahitkan... kaler ape? hermm... heheheh! tengok sendiri le nanti..

so, selamat berpuasa dan selamat memburu Lailatul-qadar nanti.. bukan memburu Lailatul "KAMDAR" dengan bertungkus lumus shopping baju raye kat Kamdar ye..

p/s : cepat sembuh ye encik... ade perkara penting yang perlu disettlekan..

Monday, September 18, 2006

Weird But Fun To Know...

A multitude of weird things that you probably
didn't know:

-All porcupines float in water.

-Armadillos are the only animals besides humans
that can get leprosy.

-Your stomach has to produce a new layer of mucus
every two weeks otherwise it will digest itself.

-Only one person in two billion will live to be
116 or older.

-A duck's quack doesn't echo, and no one knows why.

-The only 15 letter word that can be spelled
without repeating a letter is 'uncopyrightable'.

-It was discovered on a space mission that a frog
can throw up. The frog throws up its stomach
first, so the stomach is dangling out of its
mouth. Then the frog uses its forearms to dig out
all of the stomach's contents and then swallows
the stomach back down again.

-If NASA sent birds into space they would soon
die, they need gravity to swallow.


-Studies show that if a cat falls off the 7th
floor of a building, it has about 30% less chance
of surviving than a cat that falls off the 20th
floor. It supposedly takes about eight floors for
the cat to realize what is occurring, relax and
correct itself.

-Emus and kangaroos cannot walk backwards, and are
on the Australian coat of arms for that reason.

-The very first bomb dropped by the Allies on
Berlin World War II killed the only elephant in
the Berlin Zoo.

-Norvelle Rogers is the real name of 'Shaggy' in
Scooby Doo.

-More people are killed annually by donkeys than
die in air crashes.

-Certain frogs can be frozen solid, then thawed,
and survive.

-Cat's urine glows under UV light.

-An ostrich's eye is bigger that its brain.

-Every time you lick a stamp, you're consuming
1/10 of a calorie.

-Babies are born without kneecaps. They don't
appear until the child reaches 2-6 years of age.

-In every episode of Seinfeld there is a Superman
somewhere.

-Many hamsters only blink one eye at a time.

-A pregnant goldfish is called a twit.

-The longest recorded flight of a chicken is
thirteen seconds.

-A whale's penis is called a dork.

-If a statue in a park is of a person on a horse
that has both front legs in the air, then the
person died in battle. If the horse has one front
leg in the air, the person died as a result of
wounds received in battle; the horse has all four
legs on the ground, the person died of natural causes.

-No word in the English language rhymes with
month, orange, silver and purple.

-The most common name in the world is Mohammed.

-Sherlock Holmes never said "Elementary, my dear
Watson".

-In "Casablanca", Humphrey Bogart never said,
"Play it again, Sam".

-The average person falls asleep in seven minutes.

-A 'jiffy' is an actual unit of time for 1/100th
of a second.

-The ant can lift 50 times its own weight, can
pull 30 times its own weight and always falls over
on its right side when intoxicated.

-A cockroach will live nine days without its head,
before it starves to death.

-Starfishes have no brains.

-Elephants are the only animals that can't jump.

There you are. Don't you feel better for knowing
all of that? hehe. have a nice day (" ,)

Thursday, September 14, 2006

Monday, September 11, 2006

Dan Kesabaran Diuji...

Assalamualaykum..

Kesabaran saye diuji lagi.. tapi saye sudah bersedia kerana tekad saye takkan mahu mengalah lagi. Saye yakin, setiap ujian itu akan ada bahagia yang menanti.. sedangkan perjuangan Rasulullah menyebarkan Islam juga perlu dibayar dengan darah baginda sendiri.. mengorbankan nyawa sahabat-sahabat ulung.. dugaan yang menimpa saye hanya sedikit, jadi, tak mungkin saye berundur..

Perjuangan saye adalah demi masa hadapan saye..kerana saye yakin, perjuangan saye untuk Islam adalah lebih terjamin dengan sokongan dia. Sesuatu kerja yang besar, iaitu membina ummat, takkan mampu dilakukan sendiri..perlu ada 'share-partner' yang akan memahami tugasan dan peranan, sekaligus bersama-sama mencari keredhaan dari Dia yang Maha Agung..

Doakanlah, kawan-kawan...semoga Allah lembutkan hati 'big boss' saye.. :)

Thursday, August 31, 2006

Dan Pekahwinan Itu...



Got this from a friend, sending me an email..just to share with all...

Sebelum seorang lelaki ingin menghantar pinangan, utuskanlah wakil untuk meninjau latar belakang peribadi wanita pilihannya itu. Begitu juga sebaliknya bagi pihak keluarga wanita dalam membuat keputusan untuk menerima bakal menantunya.

Hendaklah diselidiki dahulu diri lelaki yang hendak meminang itu tentang agamanya, fahamannya dan soal-soal hubungan dengan Tuhan sebagai pokok utama.

Pertama; adakah fardhu ain si lelaki benar-benar beres sebab suamilah tunjang yang bakal untuk mengajar anak-anak dan isteri bila telah mendirikan rumahtangga kelak. Memerhatikan perlaksanaan ibadah lelaki yang meminang itu seperti sembahyang secara individu dan secara berjemaah. Memerhati matlamat perniagaan dan perusahaan atau matlamat dalam pekerjaan lelaki berkenaan.

Orang sekarang tidak lagi memandang soal-soal hubungan dengan Allah sebagai pokok utama sejahteranya rumahtangga. Setiap kali berlangsungnya majlis merisik perkara utama yang akan ditanya ialah hal-hal kemewahan keduniaan saja syarat yang akan mensejahterakan dan mengukuhkan rumahtangga.

Tidak hairanlah bila lepas kahwin kehidupan anak-anak dan isteri terbiar tanpa bimbingan dan tunjuk ajar yang sewajarnya. Akhirnya anak-anak tidak taat kepada ibubapa dan isteri jadi ‘Queen Control’ kepada suami. Akhirnya, suami hilang hemahnya di dalam mentadbir rumahtangga menurut hukum Islam.

Ibubapa tidak boleh menolak pinangan seseorang lelaki itu semata-mata kerana darjat yang rendah. Sebaliknya, mestilah menolak pinangan seseorang lelaki itu apabila diketahui bahawa lelaki berkenaan berakhlak buruk seperti tidak sembahyang atau suka berfoya-foya, berjudi sekalipun dia berpangkat dan mempunyai harta.

Rasulullah saw pernah bersabda yang maksudnya: “Sesiapa yang mengahwinkan akan perempuannya dengan lelaki yang fasik maka sebenarnya dia telah memutuskan silaturrahim dengan anaknya.”

Rasulullah saw bersabda lagi: “Jika datang kepada kamu pinangan daripada seseorang lelaki yang kamu redha terhadapnya agama dan akhlaknya, hendaklah kamu terima. Kalau kamu menolaknya, padahnya adalah fitnah dan kerosakan di muka bumi.”

Setelah membuat perbincangan, wali wanita ada hak menentukan samada mahu menerimanya atau tidak, cuma secara beradapnya eloklah ditanya kepada empunya diri terlebih dahulu. Mana-mana wanita yang tidak pandai membuat keputusan, eloklah memberi keputusan kepada walinya dalam membuat keputusan. Sebab pilihan walinya tentu tepat kerana seseorang bapa tidak akan sanggup menzalimi anaknya.

Wali yang baik akan memilih lelaki yang beragama dan berakhlak mulia. Akan tetapi kalau si anak itu mempunyai pilihan sendiri yang agak lebih baik agamanya dari pilihan bapanya itu, bapa hendaklah menghormati hasrat anaknya itu.

Untuk mendapat keberkatan Allah, dari awal majlis peminangan lagi kita mesti jaga iaitu tidak berlakunya percampuran di antara lelaki perempuan. Keberkatan Allah ini tidak dapat hendak kita gambarkan sebab hati yang akan terasa ketenangan itu. Kesannya bukan seminggu dua tetapi sampai ke hari tua.

Contohnya, orang di zaman salafusaleh, rumahtangga mereka berkat sebab dari awal peminangan lagi majlisnya sudah dijaga. Tetapi kalau dalam majlis peminangan itu, awal-awal lagi kita tidak dapat menjaga syariat dan peradapan menurut Islam. Sampai akhir hayat pun mungkin rumahtangga itu nampak tak cantik, tak bahagia. Ada saja kusut masainya. Hati pun kadang-kadang tidak tenang untuk tinggal di rumah dan inilah yang banyak berlaku hari ini. Sebab itulah amat penting dijaga suasana majlis ini. Biarlah bersusah-susah sedikit asalkan syariat Allah dapat kita jaga dengan baik.

Seperkara lagi, jangan dibebani rombongan peminangan dengan berbagai-bagai hantaran yang mahal-mahal. Contohnya pakaian, makanan, buah-buahan, alat solek, beg tangan, kasut, cincin bertunang, cincin nikah dan cincin hadiah. Memadai dngan sebentuk cincin saja sudahlah.

Malah ajaran Islam tidak pernah menyusahkan umat Islam dengan cara demikian. Bila hantaran terlalu tinggi hilang keberkatan rumahtangga. Harus diingat, yang paling layak dalam menentukan mas kahwin ini ialah diri wanita itu sendiri, kerana mas kahwin itu memang haknya.

Walau bagaimanapun sekarang ini semua negeri sudah menetapkan berapa mas kahwin untuk wanita tersebut bila berkahwin, boleh kita terima, tetapi sekiranya diri wanita tersebut hendak menetapkan berapa mas kahwinnya, kita perlu hormati. Begitulah kehendak syariat.

Sebab itulah dalam soal ini, Rasulullah memaklumkan kepada umat Islam bahawa mas kahwin yang paling baik yang terendah.

Sabda Rasulullah saw: “Bermula yang terbaik perempuan itu iaitu yang terlebih murah mas kahwinnya.”

Sabda Rasulullah saw lagi: “Sebesar-besar berkat pernikahan ialah yang paling sediki mas kahwinnya.”

Bersabda Baginda lagi: “Setengah daripada berkat permpuan itu iaitu segera dipersuamikan dan segera rahimnya itu kepada beranak dan murah mas kahwinnya.”

Kita patut mengetahui setengah daripada mas kahwin isteri Rasulullah saw itu hanya sepuluh dirham saja; sama nilainya dengan harga batu pengisar tepung atau sebiji tempayan atau sebiji bantal di rumahnya. Setengah daripada para sahabat berkahwin dengan mas kahwin hanya seberat sebiji buah kurma (lebih kurang lima dirham) Manakala Said Ibnu Musayyab mengahwinkan anak perempuannya dengan Abu Hurairah berbekalkan mas kahwin sebanyak dua dirham sahaja.

Sayidina Umar sangat melarang jika ada wali-wali perempuan yang menaikkan mas kahwin anak gadis mereka. Katanya: “Tiada berkahwin Rasulullah dan tiada mengahwinkan ia anaknya yang perempuan dengan isi kahwin yang lebih daripada empat ratus dirham.”

Mas kahwin bukanlah semestinya hanya dengan wang atau emas permata, ayat-ayat Al Quran juga boleh dijadikan mas kahwin. Contohnya ayat dalam surah Al Fatihah atau Al Ikhlas, tidak kiralah seberapa banyak yang dikehendaki.

Akan tetapi apa yang dinamakan sebagai hantaran tidak wujud dalam Islam. Hantaran itu merupakan adat yang sepatutnya sudah lama ditinggalkan. Ini adalah kerana hantaran itu sebenarnya akan digunakan oleh pihak keluarga wanita untuk persiapan majlis perkahwinan. Kalau begitu halnya, hantaran tidak patutlah diminta kepada bakal menantunya. Kecuali bakal menantu hendak memberi hantaran, boleh kita terima, inilah cantiknya ajaran Islam dan ada hikmahnya.

Pada hari pertunangan, hendaklah ia menggalakkan tunangnya agar memperluatkan agamanya dan bersikap zuhud (bukan buang dunia, tetapi hati tidak terpaut kepada dunia). Hendaklah bersama-sama berazam di atas satu dasar hidup iaitu qanaah, memadai dengan apa yang telah ada tanpa rasa tamak.

Setelah bertunang, janganlah mengenakan sesuatu tempuh yang agak lama jaraknya dengan penikahan. Sebaik-baiknya dilaksanakan pernikahan itu secepat mungkin agar terhindar dari berbagai fitnah manusia. Elakkan pertemuan yang sia-sia semasa dalam pertunangan. Islam tidak memberikan kebebasan bergaul selepas meminang kerana menjaga maruah wanita dan lelaki itu sendiri. Pertunangan yang dibuat bukanlah sebagai tiket yang membolehkan seseorang lelaki itu untuk bergaul atau berdua-duaan dengan bakal isterinya. Lelaki hanya diberi peluang melihat dan meneliti wanita itu dalam ruang yang aman daripada fitnah sosial dan kerosakan maruah.

Walau bagaimanapun, pertemuan dengan tunang diharuskan sekiranya mengikut syariat. Lelaki hanya dibolehkan melihat pada muka dan kedua pergelangan tangannya sahaja dan tidak melihat bahagian aurat tunang. Perbualan hanya sekadar menanya khabar, memberi maklumat, menerima maklumat dan memberi nasihat. Perbualan yang tidak berfaedah memadu kasih, berjanji mesra, bercinta asmara dan sebagainya sangat dilarang atau haram hukumnya.
Pergaulan yang melibatkan tunang samada waktu melihat atau berbual hendaklah bersama muhrimnya. Di larang melihat tunang secara bersendiri.

Rasulullah saw telah mengingatkan kita di dalam sabdanya: “Barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Kemudian maka jangnlah sekali-kali menyendiri dengan seorang perempuan yang tidak disertai oleh mahramnya, sebab nanti yang jadi orang ketiganya adalah syaitan”

Rasulullah saw bersabda lagi yang maksudnya: “Tidak boleh sekali-kali seorang lelaki menyendiri dengan perempuan yang tidak halal baginya, kerana orang ketiganya nanti adalah syaitan, kecuali kalau ada muhramnya.”


So, jangan terlalu taksub dengan adat kerana yang lebih penting adalah mematuhi syarak..

Dan Suatu Hari...

This week, my busy schedule restrained me from having my own relax time to update the blog… anyway, priority comes first and currently I’m striving hard to finish up my case presentation..alhamdulillah, so far good progress le..

Herm..dah lama tak bagi tazkirah kat sini.. so, hari nih saye nak bertazkirah sket..


Satu hari, saye dok kat library, tengah membelek2 reference book, konon2 nak pinjam le.. tetiba, sehelai kertas melayang keluar dari celah helaian buku yang tebalnye lebih kurang 6cm, beratnye tak ditimbang tapi mampu membuatkan tangan saye lenguh selepas memegangnya selama 2 minit... Eh, ape nie? Siap ade tulisan2 jawi dan ayat-ayat suci Al-Quran lagi.. saye baca isi kandungan kertas tuh, yang tak tertulis nama sesiapa pun… dia tulis dalam point form. Tulisan tak le kemas mana tapi masih boleh dibaca.. orang yang budiman nih menulis..

Muhasabah Harian…

Sudahkah akhi / ukhti membaca Al-Quran hari ini?
Sudahkah akhi / ukhti membaca wirid al-Ma’thurat?
Adakah akhi / ukhti solat 5 waktu berjemaah di masjid / surau?
Adakah akhi / ukhti terus iltizam melakukan solat nawafil (qabl / ba’d)?
Adakah sudah berpuasa sekurang-kurangnya 3 hari pada bulan ini?
Pernahkah cuba biasakan diri bangun qiyamullail sekurang-kurangnya 1 jam sebelum Subuh?
Sudahkah melaksanakan 2 raka’at solat Dhuha pagi ini?
Sudahkah infaq di jalan Allah dari sedikit rezeki kurniaan Ilahi pada hari ini?
Akhi / ukhti, ikhlas itu kunci diterima-Nya amal soleh kita, riya’ merugikan kita di sisi Allah.
Menghina, mengherdik dan buruk sangka bukan dari akhlak mu’min.
Mengumpat, memfitnah bukanlah sifat dan malakah orang mu’min.
Akhi, diam di rumah walaupun tak melakukan yang haram adalah satu ke’aiban.
Apakah yang telah akhi / ukhti lakukan untuk dakwah dan tarbiyyah hari ini?


Kita adalah du’ah di jalan Allah…


Dia ade taruk initial / signature but tak jelas.. anyway, thanks to this person, for making me thinking of something that I’ve never thought, that is ‘muhasabah’.. kebanyakan jawapan dalam diri saye pada soalan2 di atas tuh tak memberangsangkan, membuatkan saye terfikir balik, apa yang saye dah buat ni?? How much time I’ve wasted for not realizing that I’ve done nothing to improve myself as a Muslim..

So, this tazkirah is for all.. let us do some muhasabah in order to reflect back what have we done..

p/s : kertas tu masih tergantung kat meja study saye, so that everytime saye terpandang kertas tuh, saye akan ingat kerugian yang telah saye alami kerana tidak berbuat apa2…sebagai motivasi pada saye untuk berbuat sesuatu..

Thursday, August 17, 2006

Dan Kisah Baru Bermula...

Assalamualaykum all..

Sorry sebab lama sangat tak update blog nih...actually, kind of busy ngan new posting, Obs and Gynae (O&G) or secara Bahas Melayu nye, bahagian sakit puan dan perbidanan.. hehehe..and thus, as the name applies, of course le banyak benda yang kena settlekan.. as for this block, each final year student must conduct 5 deliveries (yup..sambut baby tu..) and present 10 cases to be filled in the logbook.. alhamdulillah, dah berjaya habiskan deliveries in the first week and now struggling to finish up the case presentations..

Erm..i'd like to give some tips to those yang belum masuk O&G, so that tak le terkial-kial nak settle banyak kerja last minute..

1) focus on the current posting..i know for pro exam this coming april, we're going to be asked the whole load of nedical stuff but just relax and plan properly.. having a study group would be an advantage..and of course, pray hard..

2) masuk labour room @ ward bersalin nanti, staff nurses memang tahap potong kapla punye garang... jangan melawan, just diam and be strong! if u made mistake, admit it and apologise.. never bodek them, coz they can detect.. and pada sape yang pandai buat muka kesian kalo dah buat silap, try le buat muka kesian sehabis baik.. it works, man! i've tried.. :)

3) habiskan deliveries secepat mungkin so that u can focus on CPs.. memang payah nak habiskan tapi good plan will overcome it.. thehehehe...

4) jangan ponteng kelas sebab banyak MCQs and important points yang lecturers stress on, yang tak de dalam buku...

5) banyak lagi..last but not least, be humble and down to earth.. jangan perasan bagus sgt coz Allah tak suke orang yang arrogant..

Herm.. simple jek advice nih. But alhamdulillah, tak le rase stress sgt banding ngan 3rd year dulu coz banyak tahu medical terms and important cases to stress on..

Jumpa ngan 'seseorang' bawak wife dia untuk medical check-up..pregnant 8 months dah.. just tegur and tanye khabar..that's all.. Alhamdulillah, takde rase pape pon.. just rase happy tgk dia bahagia ngan wife dia.. 'seseorang' tu adalah masa silam saye yang dah lama lenyap..masa sekarang, ade sang 'suria' yang sudi menerangi hidup saye..dan untuk masa depan, doa saye semoga Allah izinkan sang 'suria' terus hadir menemani dan menceriakan hidup saye... :) hermmm..malu pulak!

Next week ade convocation ceremony kat UIA Gombak.. insya-Allah, our turn would be soon.. hermm...kenapa saye yang berdebar2.. :)

Okayla, nanti saye tulis lagi...


p/s : ade patient yang cakap, dia doakan saye akan jadi O&G specialist... hermm.. erk!!

Wednesday, July 26, 2006

Exam Dah Habis...


Assalamualaykum...

Alhamdulillah, exam dah habis.. frankly, this is the most hampeh exam i've ever faced.. tak ready langsung..2 days before exam, tidor sepanjang hari sebab tak berapa sihat.. memang menggeletar le nak jawab exam..

MCQ and OSCE were quite hard..PMP jek yang beri sedikit sinar harapan.. arghh..

Clinical exam pulak, memang dah expect akan jadik teruk sket.. just imagine, we are given 1 hour to meet the patient and ask them about their illness, and at the same time examine their body system.. For long case, saye dapat patient yang electively admitted for some procedure yang dia tak tahu kenapa dia kena buat.. after 40 minutes clerking her, i was about to start examining har and the nurse came.. "patient nih nak pergi CT scan sekarang ye.." arrgghhh..saye tak check dia lagi la! Nasib baik Dr. How datang and saved my day.. dia suruh clerk another patient and ...OH MY GOD.... meningitis!! baru le saye faham kenapa saye tergerak hati nak baca meningitis je 2-3 hari before exam... and memang Allah nak tolong, patient nih ade jangkitan Toxoplasma pada otak (cerebral toxoplasmosis) dan dia HIV positive.. the same case yang saye buat untuk case write up cuma patient jek lain.. alhamdulillah...

Short case pulak, pleural effusion..i think a did quite bad and Dr Yousuf pon macam berkerut2 muka.. berdebar2 nak tahu result, alhamdulillah takde orang yang kena re-examine... tak tahu le semua pass ke tak..

Anyway, tomorrow I'm going home.. banyak program nak buat kat rumah nih.. all my siblings berkumpul kat rumah so Abah ajak pi picnic.. Wah..lama tak pi picnic... Apih pon ade dinner college dia and ajak saye temankan.. no problem.. nak cuti puas2... letih dah..

Hairiah nak walimah this coming Sunday, 30th July..kat Seremban.. Alhamdulillah, sorang lagi sahibah yang nak menyempurnakan sebahagian daripada agama.. :) insya-Allah, saye akan sampai ke Seremban nanti...

esok nak balik dah.. rindu kat rumah...


p/s : agak2 nye, saye pass tak? :

Tuesday, July 18, 2006

Kisah Hari Ini..

Bukak jek suratkhabar, terpampang muka Siti Nurhaliza dan Datuk Khalid Jiwa... kire sequelae daripada press conference yang diorang buat semalam untuk umumkan their true relationship and future planning regarding their wedding.. Tak puas hati!! saye bukan tak puas hati sebab diorang memang ade pape (walaupun tanpa sidang media tuh pon, saye dah tahu diorang ade ape2), tapi saye tak puas hati kenapa isu tuh yang menjadi tajuk utama akhbar?? tak patut betul.. pastu, ade ruang2 kecik kat tepi2 tuh menyatakan tentang satu lagi Tsunami berlaku kat Pulau Jawa yang mengorbankan pulhan nyawa.. tak pulak jadi tajuk besar.. iskk.. pihak media Malaysia nih dah terlalu terpesong.. benda2 hiburan, sensai, gossip panas artis2 dan fitnah yang tak benar tuh boleh dapat tempat sebagai tajuk utama nih...

Dulu kisah Mawi putus tunang, 3-4 hari dok siar berita hal tuh... padahal, si Israel laknatullah tuh tgh menyerang Lebanon, bom sesuka hati, bunuh anak2 kecil kat Palestine, tak dapat pulak kisah hangat kat muka depan... tak lama lagik, mungkin Syria dan Iran pulak jadik sasaran Israel dan Amerika yang angkuh... masya-Allah!!! tiap2 hari pon hati saye sayu, mata saye sakit melihat mangsa bom especially kanak2 terlantar.. mereka dibunuh kerana mereka adalah Muslim, yang tinggal di negara Islam.. berpegang teguh pada aqidah tauhid meng-Esakan Allah, maka itu hukuman yang mereka terima daripada musuh2 Islam..?? Insya-Allah, mereka syahid dan mendapat tempat istimewa di sisi Allah..

Malu...malu saye! Tak dapat berbuat ape2 ketika melihat saudara2 seIslam saye sendiri terseksa..hanya doa yang mengiring perjuangan kalian, saudara-saudaraku.. satu hari nanti, saye teringin nak menabur khidmat dan join MERCY, menolong mangsa2 bencana alam yang memerlukan.. teringin nak ke Bam, Iran ketika gempa bumi yang dahsyat dulu.. teringin jugak nak ke Acheh mase tsunami melanda... ke Iraq mase Amerika mula nak menceroboh.. dan nak ke Palestine, sama-sama merawat saudara2 tercinta dan merasai ape yang mereka rasa.. tapi, Ummi tak merestui.. Abah melarang.. itu satu hasrat saye..satu hari, saye harap saye dapat berbuat bakti..

p/s : Ya Allah, kekalkanlah hatiku teguh di atas landasan-Mu yang Engkau redhai.. Berikanlah kekuatan hati kepada Muslimin di seluruh dunia yang sedang ditindas hanya kerana mengagungkan kalimah tauhid "Laa ilaaha illallah"....hapuskanlah musuh-musuh Islam sebagaimana Engkau menghancurkan kaum 'Aad dan Tsamud...amiin..

Another Survey..

Q: NAME A FRIEND WHO'S NAME STARTS WITH
THE LETTER "M"
A:Mocque...guess she's in Malaysia now..

Q: NOW NAME SOMETHING THAT REMINDS
YOU OF HER/HIM:
A: Sunshine..hehehehe..

Q: 4TH PERSON ON YOUR MISSED CALL
A: Asek..

Q: WHAT DID THE LAST TEXT MESSAGE YOU
RECEIVED SAY?:
A: from Naja : "waahh..sejak kenal ******* nih jadik makin rajin nampaknye..."

Q: DO YOU CHEW ON YOUR STRAWS?
A: depends..if the food i've ordered lambat sgt sampai.

Q: DO YOU HAVE CURLY HAIR?
A: nope..

Q: WHAT IS THE NEXT CONCERT YOU'RE GOING TO?
A: i don't go to any concert..kecuali kat skolah dulu la, anjuran skolah..

Q: WHO IS THE COOLEST PERSON IN YOUR LIFE?
A: my Ummi..:)

Q: WHAT WORD DO YOU SAY A LOT?
A: mentibang laut betul..

Q: WHAT IS THE LAST THING YOU ATE:
A: breakfast, nasi goerng..

Q: WHAT WAS THE LAST THING YOU SAID TO SOMEONE AND WHO WAS IT?
A: Abing.."seminar pukul 9 kat lecture hall 4."


Q: DO YOU WATCH TV?
A: time cuti jek..

Q: HAVE YOU SEEN THE MOVIE DONNIE DARKO?
A: never..

Q: DO YOU HAVE WORK TOMORROW?
A: everyday i work..belajar tak habis2 lagi..

Q: EVER BEEN HUNTING?
A: nope..

Q: IS MARRIAGE IN YOUR FUTURE?
A: oh yes..:) the sooner the better..

Q: WHAT SHOULD YOU BE DOING RIGHT NOW?:
A: baca buku coz the final exam is on Monday.. gegege..

Q: DO YOU BELIEVE IN LOVE AT FIRST SIGHT?
A: not applicable on me...

Q: WHO'S THE YOUNGEST ONE IN THE FAMILY ?
A: Fatin Zawani..actually my late youngest bro, Luqman Hakim..

Q: ARE YOU A HEAVY SLEEPER?
A: not really..except after exam le..

Q: DO YOU CLEAN UP NICE?
A: when i'm in the mood to clean up.

Q: LAST TIME YOU USED A SKATEBOARD?
A: form 2..curik2 guna my bro's skateboard.

Q: WHERE WAS THE LAST PLACE YOU SLEPT
BESIDES YOUR HOUSE?
A: hostel laa..

Q: BEST MOVIE YOU'VE SEEN IN THE PAST TWO
WEEKS?
A: not a single movie.. tak sempat le..

Q: WHAT'S YOUR FAVORITE FORM OF
TRAVEL?
A: by my own car..tapi kalo ade org bawakkan, lagi best..

Monday, July 10, 2006

Survey Dalam Bahasa Melayu

Saje jek nak menjawab survey yang saye dapat dari member saye...:)


1. Bekas kekasih saya adalah :
*sudah pun menjadi suami orang.. :)

2. Saya sedang mendengar :
* bunyi aircond di library

3. Mungkin saya patut :
*keluar dan pergi berjalan-jalan. petang nih kena jadi pengadil untuk perlawanan bola keranjang lelaki. sempat lagi ni..

4. Saya suka :
* berada di tempat yang tenang dan menenangkan. pulau ke, pantai ke, tasik ke...

5. Sahabat-sahabat baik saya :
* menerima saya sebagaimana adanya saya..baik dan buruk saya.

6. Saya tak paham :
* kenapa Brazil terkeluar awal dalam Piala Dunia..:(

7. Saya kehilangan :
* masa untuk bersantai dan membuat perkara yang menyeronokkan..

8. Ramai yang berkata :
* kenapa saya kelihatan seolah-lah tidak pernah mempunyai masalah? padahal, semuanya sarat dalam otak saya. :)

9. Makna nama saya di muka depan Friendster
saya bererti :
* Hanin = kerinduan...

10. Cinta itu :
* hanya pada yang Kekal dan Haq..

11. Disuatu tempat, seseorang sedang :
* bekerja keras di atas kapal, mengira-ngira hari bila dia dapat balik jumpa ibu dia.. :)

12. Saya akan cuba :
* berusaha menjadi seorang insan yang berguna pada orang lain..

13. Ayat SELAMANYA membawa maksud :
* tiada pengakhiran..kecuali atas ketentuan Dia..

14. Saya tidak akan/pernah mahu :
* pakai mekap tebal-tebal.. yuck!

15. Telefon bimbit saya :
* nokia jenos lama yang papan kekuncinya sudah hilang nombor.. ade sesiapa nak belikan yang baru??

16. Bila saya terjaga dari tidur di waktu pagi,
perkara pertama yang akan saya fikirkan ialah :
* Alhamdulillah, hidup lagi... :)

17. Saya paling meluat bila :
* orang tak mengakui kesilapan diri dan menuding jari pada orang lain..

18. Pesta/Parti adalah :
* ermm...mungkin tidak sesuai dengan jiwa saya..

19. Haiwan yang paling comel yang saya pernah
temui ialah :
* seekor landak yang bernama Mazlan..

20. Peringkat umur yang paling menyeronokkan
bagi saya ialah :
* zaman sekolah rendah..main dan belajar benda yang mudah2 je..

21. Hari ini :
* hari isnin yang menenangkan..

22. Malam ini saya akan :
* ulangkaji pelajaran macam biasa, selepas pergi berenang..

23.Esok pula saya akan :
* bagun pagi macam biasa, pergi hosptial dan jumpa pesakit macam biasa... huh...

24. Saya betul2 inginkan :
* sebuah keluarga bahagia yang mengamalkan nilai2 Islam

25. Ketika anda lihat wajah anda di hadapan
cermin pagi ini, apakah perkara pertama yang
terlintas di fikiran anda ?
* bila nak kawin ni? hahahaha!

26. Pusat membeli-belah atau arked permainan :
* pusat membeli-belah!

27. Makanan Barat atau Jepun :
* Jepun pon okay, Barat pon okay..

28. Bilik yang terang atau gelap :
* terang untuk membaca, gelap sikit untuk tidur..

29. Makanan segera adalah :
* makanan yang dimakan ketika poket kososng..contohnya maggi...

30. Ayat terakhir yang anda katakan pada
seseorang :
* saye okay je..

Saturday, July 01, 2006