Friday, November 10, 2006

Ghazwah Mu'tah Part 2..

...bersambung...

Maka tibalah giliran ‘Abdullah ibn Rawahah mengambil tempat sebagai panglima perang menggantikan Ja’far. Dengan lantang, ‘Abdullah berteriak kata semangat untuk para mujahidin dan dirinya sendiri agar tetap berjuang sehingga ke titisan darah terakhir, dengan menjadikan syurga sebagai motivasi mereka. Akhirnya dia juga gugur sebagai seorang satria yang sejati..

Ketiga-tiga yang Rasulullah lantik sebagai panglima perang sudahpun syahid, maka apa akan terjadi pada tentera Muslimin?? Nun jauh di Madinah, Rasulullah sedang bersama sahabat-sahabat. Tiba-tiba, baginda terdiam dan air mata baginda mengalir.. Perkhabaran tentang apa yang terjadi kepada Zaid, Ja’far dan ‘Abdullah ibn Rawahah telah pun sampai kepada baginda tanpa utusan dari medan perang pun.. kata Rasulullah “Panji perang di tangan Zaid bin Haritsah. Ia bertempur bersama panjnya sampai ia tewas. Kemudian panji tersebut diambil Ja’far yang bertempur pula bersama dengan panjinya sampai ia gugur pula. Kemudian giliran ‘Abdullah ibn Rawahah memegang panji tersebut sambil bertempur maju, hingga ia gugur sbg syahid pula.” Kemudian Rasulullah menyambung lagi, “Kemudian panji itu pun diambil alih oleh suatu pedang dari pedang Allah, lalu Allah membukakan kemenangan di tangannya.”

Hah…cuba teka siapakah gerangannya pahlawan itu? Okay, kite ikuti kisah seterusnya.. Sesudah syahidnya ‘Abdullah ibn Rawahah, dengan cepat Tsabit bin Arqam terus menyambar panji perang tersebut dari tangan ‘Abdullah dan mengangkatnya tinggi2 di tengah2 pasukan Islam, supaya tentera Muslimin tak menjadi kacau bilau dan agar semangat juang mereka masih tinggi.. maka dia terlihat seseorang yang dia yakin dapat menggantikan tugas sebagai panglima perang.. terus dia memecut kuda ke arah orang itu dan berkata “Peganglah panji ini, wahai Abu Sulaiman!” Siapakah dia? Ya, dialah Khalid ibn al-Walid.. tetapi Khalid merasakan bahawa dia tak layak mengetuai perang yang getir ini kerana dia baru sahaja memeluk Islam dalam bulan Safar pada tahun yang sama.. dengan rendah diri, dia menolak dan mengatakan yang Tsabit lebih layak lagi kerana dia lebih tua dan telah pun menyertai perang Badar bersama Rasulullah, yang mana ketika itu Khalid adalah dari pihak musuh yang menentang kuat kaum Muslimin.. tetapi Tsabit menolak, kerana dia tahu bahawa Khalid lebih arif dan bijak dalam mengatur strategi perang berbanding dirinya.. atas persetujuan semua anggota pasukan Islam, maka Khalid menerima tanggungjawab.. Pantas, dengan tangkas bliau terus melompat naik ke kudanya dengan membawa panji perang seolah2 seperti tombak yang terhunus kukuh di hadapannya dan memecut kudanya membelah pihak lautan tentera pihak musuh..

Di saat itu, tentera Muslim telah pun terkepung di antara ribuan tentera musuh.. dengan izin Allah, atas kebijaksanaan Khalid dan ketangkasan beliau, tentera Muslimin dapat meloloskan diri di celah-celah perang itu dan menyusun semula strategi perang mereka.. Alhamdulllah, kemenangan telah berpihak kepada pihak Muslimin dan itulah janji Allah.. dari Ghazwah Mu’tah inilah Khalid mendapat gelaran “Pedang Allah”..

Actually, semasa membaca kisah Mu’tah ni, memang meremang bulu roma saye, seolah-olah saye dapat menyaksikan sendiri keadaan ketika perang itu.. memang cukup membangkitkan semangat dan kagum.. and personally, Khalid bin al-Walid merupakan salah seorang sahabat yang amat saye sanjungi, bersama-sama dengan Umar al-Khattab..

So, itu je kot yang dapat saye share kat sini.. buku rujukan saye untuk kisah ni adalah Fiqh al-Sirah siri 3 tulisan Muhammad Sa’id Ramadan Al-Buty dan Karakteristik Perihidup 60 Sahabat Rasulullah tulisan Khalid Muhammad Khalid. Dan complemented by lecture given by Dr Khairidzan few weeks ago.. Wallahua’lam…

No comments: