Sunday, January 22, 2012
Kenapa Sombong???
Assalamualaykum..
Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah, semalam berpeluang pergi ke kursus persiapan umrah, together with my parents. Insya-Allah, dalam sebulan lagi kami akan pergi..
Dalam kursus semalam, Ustaz Sahabuddin Muhaimin lebih banyak memberi penerangan tentang persediaan diri dan hati untuk menunaikan umrah.. Tapi banyak perkara yang saye belajar dan diberi peringatan semula.. Syukur dapat peluang dengar tazkirah sebegini lagi sebab dah lama tak dengar Ustaz mengajar.. Let me share some :
Kenapa sesetengah orang masih ada sifat takbur dan sombong, walau pun sudah berada di Makkah, tanah suci..?? Kerana...
1. Kekayaannya :
Ini yang paling selalu dijumpai.. kerana dia kaya, kerana dia orang berada, dia merasakan orang lain adalah lebih rendah daripada dia. Padahal, kite perlu ingat kekayaan itu hanya milik Allah.. apabila kembali kepada-Nya, satu sen pon kite takkan mampu nak bawa.. bayar berapa banyak pon, kite takkan mampu menahan siksaan kubur.. sebab itu lah, kite kena bersyukur kerana dikurniakan harta yang banyak, bukannya bersikap sombong.. bantu orang yang memerlukan, keluarkan zakat, bersederhana dengan kemewahan, itu lebih dituntut...
2. Pangkat / jawatan
Seseorang tu mungkin tak kaya, tapi pangkatnya tinggi, mempunyai jawatan besar dalam ofis, mungkin.. Jadi dia mula rasa sombong dgn jawatan yang dia ade.. Bila beribadat, kite takkan dapat pahala lebih kerana jawatan kite.. Itu perlu ingat. Di sisi Allah SWT, jawatan atau pangkat yang kite ade tidak memberi apa-apa.. yang akan dihitung adalah bagaimana kite menggunakan jawatan dan pangkat kite untuk berbakti pada orang lain.. untuk menjalankan tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan kepada kite sesuai dengan jawatan dan pangkat kite.. Jadi, janganlah sombong kalau kite berpangkat Doktor ke, Professor ke, Datuk ke, Datin ke... semua kite akan bertelanjang dan dihitung sama sahaja ketika di Akhirat kelak.. Allah takkan panggil kite berpangkalkan pangkat yang kite ada.. semua tu dunia!
3. Keturunannya
Mungkin kite takde kekayaan, takde pangkat atau jawatan besar, tapi keturunan kite bagus-bagus dan dikenali.. Itu juga boleh membawa sifat sombong dan takbur.. pernah kan kite dengar orang cakap "ayah saye orang terkenal, jadi saye ni anaknya, patut dapat penghormatan yang lebih dari orang lain.." isy isy isy.. nak jugak menumpang tu.. jangan sampai sombong dan takbur dgn keturunan kite, sbb semua itu hanya sementara.. malah, kite mungkin lebih hina di sisi Allah berbanding anak-anak luar nikah / tak sah taraf.. mereka ini bukan meminta untuk lahir sebagai anak luar nikah atau orang skrg panggil anak haram la... Malah mereka mungkin lebih mulia di sisi Allah berbanding kite..
4. Kepandaiannya
Kadang-kadang, seseorang tu takde la kaya, takde jawatan, keturunan biase-biase je, tapi dia sangat pandai dan bijak.. maka jadilah dia sombong dgn kepandaiannya.. kedekut ilmu, tanak orang lain pandai macam dia.. mungkin dia akan rase tahap kepandaiannya akan jadi berkurang kalau dia kongsi ilmu dgn orang lain.. hermmm... ini juga salah satu sebab yang menjadikan seseorang takbur.. nauzubillah, saye berlindung dari menjadi orang yg sombong dgn kepandaian.. malahan, saye tidak lah pandai mana, cuma banyak memandai-mandai je.. harap Allah berikan kesungguhan dan istiqamah kepada kite semua untuk berkongsi kelebihan ilmu atau kepandaian kite dgn orang lain..
5. Tubuh badan / Rupa paras
Ini tak payah elaborate banyak la.. sedangkan budak-budak skolah pon dah mula sombong dengan eloknya paras mereka, sampaikan tak nak kawan dgn budak-budak yang hitam / tak cantik / ade kecacatan.. Jadi takbur dgn paras rupa yang cantik.. menunjuk-nunjuk tubuh badan yang elok dan lawa.. hmm... maaf cakap, tapi golongan artis ramai yang macam ni.. alah... bukan artis pon ramai!
6. Umurnya
"Kau kena dengar cakap aku, aku ni lebih dahulu makan garam daripada kau.." familiar tak? ini salah satu sebab kenapa orang menjadi sombong.. tanak dengar pendapat orang lain, dia sahaja yang betul.. sebab? dia lebih berpengalaman dan lebih berusia dari orang lain... ye lah, kalaupon lebih dahulu makan garam atau lebih berpengalaman, janganlah sampai takbur, sombong dan riak.. bersederhana sudah...
7. Terkenal / famous / glamour
Hmm.... yang ini tak perlu elaborate. kadang-kadang, tumpang glamour orang lain pon dia nak sombong.. padahal, tumpang je!
8. Degil / Keras kepala
Orang yg sombong juga sebenarnya degil.. Orang degil pon sombong dgn kedegilannya.. Bila org tegur atau tak sependapat dgn dia, dia degil tanak dengar dan terus-terusan menjadi sombong..
9. Kejahilan / kebodohan
Sombong dalam kejahilan, ini yang paling susah nak handle. Sebab dia tak tahu bahawasanya kebodohan dan kejahilannya telah menyebabkan sikap takbur dan sombong. Itulah yang dikatakan bodoh sombong..
So, ini lah 9 perkara yang menjadi sebab kenapa seseorang itu sombong. Ada tak yang kena dgn kite? Jadi, sama-sama kite bersifat tawadhu' (merendah diri) kerana kite hanyalah hamba Allah yang hina.. nasib kite di Akhirat kelak belum tahu bagaimana.. maka tak wajar untuk kite bersikap sombong sesama insan, apatah lagi sombong dgn Allah.
Wallahua'lam..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment