Monday, April 17, 2006

Personality Through Birth Date..

Assalamualaikum...

Just something to share.. actually, dah banyak jenis personality test yang saye buat..saje jek nak tahu ape jenis orang saye nih.. although i claim that only me understand myself better than anybody else, buy sometimes other people's opinion is good in order to reflect myself..hahaha.. so, here u go..



Kalau anda dilahirkan pada 1Hb, 10Hb,
19Hb, 28Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah
no.1

Kalau anda dilahirkan pada 2Hb, 11Hb, 20Hb,
29Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.2

Kalau anda dilahirkan pada 3Hb, 12Hb, 21Hb,
30Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.3

Kalau anda dilahirkan pada 4Hb, 13Hb, 22Hb,
31Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.4

Kalau anda dilahirkan pada 5Hb, 14Hb, 23Hb
dalam mana-mana bulan, anda adalah no.5

Kalau anda dilahirkan pada 6Hb, 15Hb, 24Hb
dalam mana-mana bulan, anda adalah no.6

Kalau anda dilahirkan pada 7Hb, 16Hb, 25Hb
dalam mana-mana bulan, anda adalah no.7

Kalau anda dilahirkan pada 8Hb, 17Hb, 26Hb
dalam mana-mana bulan, anda adalah no.8

Kalau anda dilahirkan pada 9Hb, 18Hb, 27Hb
dalam mana-mana bulan, anda adalah no.9


no.1
----
Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-
terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik
hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului
dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang
berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di
bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta
dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada
usia yang matang. Anda tidak suka akan orang
yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah
anda juga menyimpan dendam dengan orang yang
bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat
belanja. Pada masa hadapan anda adalah
professional dalam kerjaya yang anda ceburi.
Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan
pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang
bahagia. Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.

no.2
----
Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua
orang kerana anda berperanankan Bulan dan
semua orang suka akan bulan. Em...bagus! Anda
suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan
terhadap diri sendiri. Jadi and perlu membuat
perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah
seorang yang sukar diramal kerana anda membuat
perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda
juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi
and mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan
komunikasi lisan. Sikap anda seperti bulan yang
datang keredupan dan pudar jadi semua orang
boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh
menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta
akan keamanan. Anda juga seorang yang
bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan ideal
anda adalah no.2, 5, 9.

no.3
----
Anda adalah seorang yang berhati keras,
pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka
untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda
mempunyai masalah keluarga dan anda dapat
mengharungi dengan kesabaran anda. Anda
sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi
ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa
yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda
perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga
seorang yang menghormati orang yang lebih tua
daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan
hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan
atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan
sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan
berpanjangan. Anda suka akan kebebasan,
pencipta di mana ada anda akan membawa
harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini.
Pasangan ideal anda adalah no.6, 9.

no.4
----
Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin.
Mungkin anda akan menjauhkan orang lain
daripada anda kerana kata-kata anda. Anda
seorang yang bertimbang rasa akan masalah
orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan
seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau
kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa
berfikir panjang. Anda kena berhati-hati dengan
orang sekeliling anda kerana mereka mungkin
akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda
akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda
dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila
anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau
bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan
tegas. Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.

no.5
----
Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh
menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara
lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam
menjalani perniagaan. Namun anda terlalu terburu-
buru. Anda adalah seorang yang humor di
kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-
kawan dan ahli keluarga anda juga akan minta
bantuan anda apabila mereka memerlukan
bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam
hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan
kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri seorang
pengembara dan ahli silap mata. Anda
mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan
ideal anda adalah no.1 , 2, 9.

no.6
----
Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda
tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin
berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat
pandai dalam pelajaran dan pengurusan
perniagaan. Anda seorang genius, baik hati (tapi
hanya orang yang beranggapan anda orang baik),
mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak.
Semua benda yang baik akan datang pada anda.
Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan
kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka,
anda adalah seorang yang murah hati, peramah,
adil saksama dan mempunyai penilaian yang
tajam. Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9.

no.7
----
Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa
saja. Anda adalah seorang yang realistik, yakin,
gembira dan merupakan seorang yang genius
dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan
nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu
panas baran. Namun demikian, anda banyak
melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda
meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi
sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan
kebahagian diri sendiri. Anda telah dilahirkan untuk
memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda
seorang yang bagus dan seorang yang amat
gembira. Pasangan ideal anda adalah no.2.

no.8
----
Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi
tak ada orang yang memahami anda. Kepakaran
anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda.
Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam
hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda
lebih kuat dan tabah. Anda memperjuangkan
keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan
bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda
seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa
dan berani. Faktor-faktor ini telah membawa anda
ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang
ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat
bagus. Pasangan ideal anda adalah no.1, 4.

no.9
----
Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi
fizikal dan juga mental. Anda mempunyai penilaian
yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang
yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda
adalah orang yang boleh menerima cabaran dan
berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia
yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu
bapa anda. Tapi apabila usia anda telah semakin
meningkat anda adalah seorang anak yang taat
dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi bigan
kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain
percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan
model teladan kepada orang lain. Pasangan ideal
anda adalah no. 3, 5, 6.

No comments: