Thursday, April 17, 2014
Bismillah..
Menyepi agak lama..
Entah apa alasan yang mahu diberi..
Tapi percayalah..
Saya baik-baik sahaja..
Syukur dengan nikmat Tuhan Yang Maha Pemurah..
Sekarang berada di bumi Birmingham, UK. Dalam satu episod kehidupan menuntut ilmu di perantauan.
Sebuah persinggahan seketika menuju Sang Kekasih.. Semoga ilmu yang diperolehi mendapat berkat..
Dan semoga ilmu ini dapat digunakan untuk bebakti kepada ummat..
Saya merasakan diri semakin tua..
Semakin hampir kepada pengakhiran..
Entah apa perasaan itu..
Baikkah? Burukkah?
Selamatkah saya di sana?
Namun ada sesuatu yang pasti..
Di setiap penghujung hari sebelum menutup mata seketika..
Sering terlintas di hati sanubari..
Adakah esok saya akan bangkit melihat cahaya semula?
Atau tersedar dalam keadaan gelap dan sepi..
Dapatkah saya berjumpa kembali dengan mereka yang tercinta?
Atau menuju kepada kehidupan hakiki yang belum pasti nasib ku nanti..
Maafkan saya sekalian dosa..
Ampunkan saya pada setiap perkara...
Doakan saya baik-baik sahaja..
Di dunia ini dan di akhirat sana...
Subscribe to:
Posts (Atom)