Assalamualaykum warahmatullahi wabarakatuh
Alhamdulillah, sudah menjelang 4 Ramadhan. Hampir genap 4 hari berpuasa yang panjang di bumi Birmingham ni. Kami di sini berpeluang bertadarrus bersama-sama komuniti Malaysia setiap petang, dengan tujuan untuk menyemak bacaan dan mengkhatamkan Al-Quran di bulan yang mulia ini.
Sekuat mana pun kita rasa diri kita mampu menahan lapar, hanya Allah Yang Maha Mengetahui di mana tahap kemampuan kita. Hari kedua berpuasa, kami dijemput untuk beriftar bersama-sama di rumah salah seorang sahabat di sini. Segalanya molek, berjalan lancar dan teruja untuk berbuka beramai-rama. Namun, 5 minit sebelum berbuka, tiba-tiba pandangan saya menjadi berpinar-pinar. Gelap. Kepala rasa ringan dan berpusing. Saya cuba duduk dan menundukkan kepala. Sah. Keadaan saya yang physiologically hypotensive ini tidak mampu menahan apabila berdiri terlalu lama dalam keadaan berpuasa yang terlalu panjang. Sejenak, terus gelap. Saya hanya mendengar sahabat-sahabat dan suami memanggil nama saya.. Seketika kemudian, suara mereka menjadi sayup dan hilang.. Saya pengsan rupanya! 5 minit sebelum berbuka. Apabila sedar, saya terbaring dengan ditemani suami yang jelas tampak riak risau di wajahnya. Bikin cemas betulla!
Alhamdulillah, kembali pulih selepas disuap air manis, kurma, kuih-muih dan beberapa potong tembikai. Syukur, dikurniakan suami dan sahabat-sahabat yang sangat prihatin. Pengajarannya, perlu bersahur seelok mungkin untuk menghadapi tempoh puasa yang panjang. Walaupun saya bersahur pagi itu, namun kuantiti yang terlalu sedikit mungkin tidak mencukupi untuk menampung kehilangan glukosa dalam badan ketika berpuasa.
Selamat berpuasa!