Thursday, August 31, 2006

Dan Pekahwinan Itu...



Got this from a friend, sending me an email..just to share with all...

Sebelum seorang lelaki ingin menghantar pinangan, utuskanlah wakil untuk meninjau latar belakang peribadi wanita pilihannya itu. Begitu juga sebaliknya bagi pihak keluarga wanita dalam membuat keputusan untuk menerima bakal menantunya.

Hendaklah diselidiki dahulu diri lelaki yang hendak meminang itu tentang agamanya, fahamannya dan soal-soal hubungan dengan Tuhan sebagai pokok utama.

Pertama; adakah fardhu ain si lelaki benar-benar beres sebab suamilah tunjang yang bakal untuk mengajar anak-anak dan isteri bila telah mendirikan rumahtangga kelak. Memerhatikan perlaksanaan ibadah lelaki yang meminang itu seperti sembahyang secara individu dan secara berjemaah. Memerhati matlamat perniagaan dan perusahaan atau matlamat dalam pekerjaan lelaki berkenaan.

Orang sekarang tidak lagi memandang soal-soal hubungan dengan Allah sebagai pokok utama sejahteranya rumahtangga. Setiap kali berlangsungnya majlis merisik perkara utama yang akan ditanya ialah hal-hal kemewahan keduniaan saja syarat yang akan mensejahterakan dan mengukuhkan rumahtangga.

Tidak hairanlah bila lepas kahwin kehidupan anak-anak dan isteri terbiar tanpa bimbingan dan tunjuk ajar yang sewajarnya. Akhirnya anak-anak tidak taat kepada ibubapa dan isteri jadi ‘Queen Control’ kepada suami. Akhirnya, suami hilang hemahnya di dalam mentadbir rumahtangga menurut hukum Islam.

Ibubapa tidak boleh menolak pinangan seseorang lelaki itu semata-mata kerana darjat yang rendah. Sebaliknya, mestilah menolak pinangan seseorang lelaki itu apabila diketahui bahawa lelaki berkenaan berakhlak buruk seperti tidak sembahyang atau suka berfoya-foya, berjudi sekalipun dia berpangkat dan mempunyai harta.

Rasulullah saw pernah bersabda yang maksudnya: “Sesiapa yang mengahwinkan akan perempuannya dengan lelaki yang fasik maka sebenarnya dia telah memutuskan silaturrahim dengan anaknya.”

Rasulullah saw bersabda lagi: “Jika datang kepada kamu pinangan daripada seseorang lelaki yang kamu redha terhadapnya agama dan akhlaknya, hendaklah kamu terima. Kalau kamu menolaknya, padahnya adalah fitnah dan kerosakan di muka bumi.”

Setelah membuat perbincangan, wali wanita ada hak menentukan samada mahu menerimanya atau tidak, cuma secara beradapnya eloklah ditanya kepada empunya diri terlebih dahulu. Mana-mana wanita yang tidak pandai membuat keputusan, eloklah memberi keputusan kepada walinya dalam membuat keputusan. Sebab pilihan walinya tentu tepat kerana seseorang bapa tidak akan sanggup menzalimi anaknya.

Wali yang baik akan memilih lelaki yang beragama dan berakhlak mulia. Akan tetapi kalau si anak itu mempunyai pilihan sendiri yang agak lebih baik agamanya dari pilihan bapanya itu, bapa hendaklah menghormati hasrat anaknya itu.

Untuk mendapat keberkatan Allah, dari awal majlis peminangan lagi kita mesti jaga iaitu tidak berlakunya percampuran di antara lelaki perempuan. Keberkatan Allah ini tidak dapat hendak kita gambarkan sebab hati yang akan terasa ketenangan itu. Kesannya bukan seminggu dua tetapi sampai ke hari tua.

Contohnya, orang di zaman salafusaleh, rumahtangga mereka berkat sebab dari awal peminangan lagi majlisnya sudah dijaga. Tetapi kalau dalam majlis peminangan itu, awal-awal lagi kita tidak dapat menjaga syariat dan peradapan menurut Islam. Sampai akhir hayat pun mungkin rumahtangga itu nampak tak cantik, tak bahagia. Ada saja kusut masainya. Hati pun kadang-kadang tidak tenang untuk tinggal di rumah dan inilah yang banyak berlaku hari ini. Sebab itulah amat penting dijaga suasana majlis ini. Biarlah bersusah-susah sedikit asalkan syariat Allah dapat kita jaga dengan baik.

Seperkara lagi, jangan dibebani rombongan peminangan dengan berbagai-bagai hantaran yang mahal-mahal. Contohnya pakaian, makanan, buah-buahan, alat solek, beg tangan, kasut, cincin bertunang, cincin nikah dan cincin hadiah. Memadai dngan sebentuk cincin saja sudahlah.

Malah ajaran Islam tidak pernah menyusahkan umat Islam dengan cara demikian. Bila hantaran terlalu tinggi hilang keberkatan rumahtangga. Harus diingat, yang paling layak dalam menentukan mas kahwin ini ialah diri wanita itu sendiri, kerana mas kahwin itu memang haknya.

Walau bagaimanapun sekarang ini semua negeri sudah menetapkan berapa mas kahwin untuk wanita tersebut bila berkahwin, boleh kita terima, tetapi sekiranya diri wanita tersebut hendak menetapkan berapa mas kahwinnya, kita perlu hormati. Begitulah kehendak syariat.

Sebab itulah dalam soal ini, Rasulullah memaklumkan kepada umat Islam bahawa mas kahwin yang paling baik yang terendah.

Sabda Rasulullah saw: “Bermula yang terbaik perempuan itu iaitu yang terlebih murah mas kahwinnya.”

Sabda Rasulullah saw lagi: “Sebesar-besar berkat pernikahan ialah yang paling sediki mas kahwinnya.”

Bersabda Baginda lagi: “Setengah daripada berkat permpuan itu iaitu segera dipersuamikan dan segera rahimnya itu kepada beranak dan murah mas kahwinnya.”

Kita patut mengetahui setengah daripada mas kahwin isteri Rasulullah saw itu hanya sepuluh dirham saja; sama nilainya dengan harga batu pengisar tepung atau sebiji tempayan atau sebiji bantal di rumahnya. Setengah daripada para sahabat berkahwin dengan mas kahwin hanya seberat sebiji buah kurma (lebih kurang lima dirham) Manakala Said Ibnu Musayyab mengahwinkan anak perempuannya dengan Abu Hurairah berbekalkan mas kahwin sebanyak dua dirham sahaja.

Sayidina Umar sangat melarang jika ada wali-wali perempuan yang menaikkan mas kahwin anak gadis mereka. Katanya: “Tiada berkahwin Rasulullah dan tiada mengahwinkan ia anaknya yang perempuan dengan isi kahwin yang lebih daripada empat ratus dirham.”

Mas kahwin bukanlah semestinya hanya dengan wang atau emas permata, ayat-ayat Al Quran juga boleh dijadikan mas kahwin. Contohnya ayat dalam surah Al Fatihah atau Al Ikhlas, tidak kiralah seberapa banyak yang dikehendaki.

Akan tetapi apa yang dinamakan sebagai hantaran tidak wujud dalam Islam. Hantaran itu merupakan adat yang sepatutnya sudah lama ditinggalkan. Ini adalah kerana hantaran itu sebenarnya akan digunakan oleh pihak keluarga wanita untuk persiapan majlis perkahwinan. Kalau begitu halnya, hantaran tidak patutlah diminta kepada bakal menantunya. Kecuali bakal menantu hendak memberi hantaran, boleh kita terima, inilah cantiknya ajaran Islam dan ada hikmahnya.

Pada hari pertunangan, hendaklah ia menggalakkan tunangnya agar memperluatkan agamanya dan bersikap zuhud (bukan buang dunia, tetapi hati tidak terpaut kepada dunia). Hendaklah bersama-sama berazam di atas satu dasar hidup iaitu qanaah, memadai dengan apa yang telah ada tanpa rasa tamak.

Setelah bertunang, janganlah mengenakan sesuatu tempuh yang agak lama jaraknya dengan penikahan. Sebaik-baiknya dilaksanakan pernikahan itu secepat mungkin agar terhindar dari berbagai fitnah manusia. Elakkan pertemuan yang sia-sia semasa dalam pertunangan. Islam tidak memberikan kebebasan bergaul selepas meminang kerana menjaga maruah wanita dan lelaki itu sendiri. Pertunangan yang dibuat bukanlah sebagai tiket yang membolehkan seseorang lelaki itu untuk bergaul atau berdua-duaan dengan bakal isterinya. Lelaki hanya diberi peluang melihat dan meneliti wanita itu dalam ruang yang aman daripada fitnah sosial dan kerosakan maruah.

Walau bagaimanapun, pertemuan dengan tunang diharuskan sekiranya mengikut syariat. Lelaki hanya dibolehkan melihat pada muka dan kedua pergelangan tangannya sahaja dan tidak melihat bahagian aurat tunang. Perbualan hanya sekadar menanya khabar, memberi maklumat, menerima maklumat dan memberi nasihat. Perbualan yang tidak berfaedah memadu kasih, berjanji mesra, bercinta asmara dan sebagainya sangat dilarang atau haram hukumnya.
Pergaulan yang melibatkan tunang samada waktu melihat atau berbual hendaklah bersama muhrimnya. Di larang melihat tunang secara bersendiri.

Rasulullah saw telah mengingatkan kita di dalam sabdanya: “Barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Kemudian maka jangnlah sekali-kali menyendiri dengan seorang perempuan yang tidak disertai oleh mahramnya, sebab nanti yang jadi orang ketiganya adalah syaitan”

Rasulullah saw bersabda lagi yang maksudnya: “Tidak boleh sekali-kali seorang lelaki menyendiri dengan perempuan yang tidak halal baginya, kerana orang ketiganya nanti adalah syaitan, kecuali kalau ada muhramnya.”


So, jangan terlalu taksub dengan adat kerana yang lebih penting adalah mematuhi syarak..

Dan Suatu Hari...

This week, my busy schedule restrained me from having my own relax time to update the blog… anyway, priority comes first and currently I’m striving hard to finish up my case presentation..alhamdulillah, so far good progress le..

Herm..dah lama tak bagi tazkirah kat sini.. so, hari nih saye nak bertazkirah sket..


Satu hari, saye dok kat library, tengah membelek2 reference book, konon2 nak pinjam le.. tetiba, sehelai kertas melayang keluar dari celah helaian buku yang tebalnye lebih kurang 6cm, beratnye tak ditimbang tapi mampu membuatkan tangan saye lenguh selepas memegangnya selama 2 minit... Eh, ape nie? Siap ade tulisan2 jawi dan ayat-ayat suci Al-Quran lagi.. saye baca isi kandungan kertas tuh, yang tak tertulis nama sesiapa pun… dia tulis dalam point form. Tulisan tak le kemas mana tapi masih boleh dibaca.. orang yang budiman nih menulis..

Muhasabah Harian…

Sudahkah akhi / ukhti membaca Al-Quran hari ini?
Sudahkah akhi / ukhti membaca wirid al-Ma’thurat?
Adakah akhi / ukhti solat 5 waktu berjemaah di masjid / surau?
Adakah akhi / ukhti terus iltizam melakukan solat nawafil (qabl / ba’d)?
Adakah sudah berpuasa sekurang-kurangnya 3 hari pada bulan ini?
Pernahkah cuba biasakan diri bangun qiyamullail sekurang-kurangnya 1 jam sebelum Subuh?
Sudahkah melaksanakan 2 raka’at solat Dhuha pagi ini?
Sudahkah infaq di jalan Allah dari sedikit rezeki kurniaan Ilahi pada hari ini?
Akhi / ukhti, ikhlas itu kunci diterima-Nya amal soleh kita, riya’ merugikan kita di sisi Allah.
Menghina, mengherdik dan buruk sangka bukan dari akhlak mu’min.
Mengumpat, memfitnah bukanlah sifat dan malakah orang mu’min.
Akhi, diam di rumah walaupun tak melakukan yang haram adalah satu ke’aiban.
Apakah yang telah akhi / ukhti lakukan untuk dakwah dan tarbiyyah hari ini?


Kita adalah du’ah di jalan Allah…


Dia ade taruk initial / signature but tak jelas.. anyway, thanks to this person, for making me thinking of something that I’ve never thought, that is ‘muhasabah’.. kebanyakan jawapan dalam diri saye pada soalan2 di atas tuh tak memberangsangkan, membuatkan saye terfikir balik, apa yang saye dah buat ni?? How much time I’ve wasted for not realizing that I’ve done nothing to improve myself as a Muslim..

So, this tazkirah is for all.. let us do some muhasabah in order to reflect back what have we done..

p/s : kertas tu masih tergantung kat meja study saye, so that everytime saye terpandang kertas tuh, saye akan ingat kerugian yang telah saye alami kerana tidak berbuat apa2…sebagai motivasi pada saye untuk berbuat sesuatu..

Thursday, August 17, 2006

Dan Kisah Baru Bermula...

Assalamualaykum all..

Sorry sebab lama sangat tak update blog nih...actually, kind of busy ngan new posting, Obs and Gynae (O&G) or secara Bahas Melayu nye, bahagian sakit puan dan perbidanan.. hehehe..and thus, as the name applies, of course le banyak benda yang kena settlekan.. as for this block, each final year student must conduct 5 deliveries (yup..sambut baby tu..) and present 10 cases to be filled in the logbook.. alhamdulillah, dah berjaya habiskan deliveries in the first week and now struggling to finish up the case presentations..

Erm..i'd like to give some tips to those yang belum masuk O&G, so that tak le terkial-kial nak settle banyak kerja last minute..

1) focus on the current posting..i know for pro exam this coming april, we're going to be asked the whole load of nedical stuff but just relax and plan properly.. having a study group would be an advantage..and of course, pray hard..

2) masuk labour room @ ward bersalin nanti, staff nurses memang tahap potong kapla punye garang... jangan melawan, just diam and be strong! if u made mistake, admit it and apologise.. never bodek them, coz they can detect.. and pada sape yang pandai buat muka kesian kalo dah buat silap, try le buat muka kesian sehabis baik.. it works, man! i've tried.. :)

3) habiskan deliveries secepat mungkin so that u can focus on CPs.. memang payah nak habiskan tapi good plan will overcome it.. thehehehe...

4) jangan ponteng kelas sebab banyak MCQs and important points yang lecturers stress on, yang tak de dalam buku...

5) banyak lagi..last but not least, be humble and down to earth.. jangan perasan bagus sgt coz Allah tak suke orang yang arrogant..

Herm.. simple jek advice nih. But alhamdulillah, tak le rase stress sgt banding ngan 3rd year dulu coz banyak tahu medical terms and important cases to stress on..

Jumpa ngan 'seseorang' bawak wife dia untuk medical check-up..pregnant 8 months dah.. just tegur and tanye khabar..that's all.. Alhamdulillah, takde rase pape pon.. just rase happy tgk dia bahagia ngan wife dia.. 'seseorang' tu adalah masa silam saye yang dah lama lenyap..masa sekarang, ade sang 'suria' yang sudi menerangi hidup saye..dan untuk masa depan, doa saye semoga Allah izinkan sang 'suria' terus hadir menemani dan menceriakan hidup saye... :) hermmm..malu pulak!

Next week ade convocation ceremony kat UIA Gombak.. insya-Allah, our turn would be soon.. hermm...kenapa saye yang berdebar2.. :)

Okayla, nanti saye tulis lagi...


p/s : ade patient yang cakap, dia doakan saye akan jadi O&G specialist... hermm.. erk!!