Thursday, June 11, 2015

Hujan Sepi



Love this song.
It describes my feeling and emotion at the moment.
I'll be waiting for you, dear Husband.

Hujan Sepi

Hujan terus turun
Mendengar sayu sepinya hati
Menanti kembalinya irama hati
Pengubat mimpi
Jiwa terisi

Sudah puas sudah
Diri dinanti oh tidak kembali
Terus mendoakannya agar dia tetap ingati
Disini aku
Kau menjelmalah

Aku tak bisa untuk kenangi masa
Tika kita bersama
Peritnya rasa hati tiada yang mengerti
Tetaplah disini
Teruskan menanti

Aku tak bisa untuk kenangi masa
Tika kita bersama
Peritnya rasa hati tiada yang mengerti
Tetaplah disini
Teruskan menanti

Aku tak bisa untuk kenangi masa
Tika kita bersama
Peritnya rasa hati tiada yang mengerti
Tetaplah disini
Teruskan menanti
Tetaplah disini
Teruskan menanti
Tetaplah disin

Thursday, July 03, 2014

Penangan Berpuasa 19 Jam..


Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaykum warahmatullahi wabarakatuh

Alhamdulillah, sudah menjelang 4 Ramadhan. Hampir genap 4 hari berpuasa yang panjang di bumi Birmingham ni. Kami di sini berpeluang bertadarrus bersama-sama komuniti Malaysia setiap petang, dengan tujuan untuk menyemak bacaan dan mengkhatamkan Al-Quran di bulan yang mulia ini.

Sekuat mana pun kita rasa diri kita mampu menahan lapar, hanya Allah Yang Maha Mengetahui di mana tahap kemampuan kita. Hari kedua berpuasa, kami dijemput untuk beriftar bersama-sama di rumah salah seorang sahabat di sini. Segalanya molek, berjalan lancar dan teruja untuk berbuka beramai-rama. Namun, 5 minit sebelum berbuka, tiba-tiba pandangan saya menjadi berpinar-pinar. Gelap. Kepala rasa ringan dan berpusing. Saya cuba duduk dan menundukkan kepala. Sah. Keadaan saya yang physiologically hypotensive ini tidak mampu menahan apabila berdiri terlalu lama dalam keadaan berpuasa yang terlalu panjang. Sejenak, terus gelap. Saya hanya mendengar sahabat-sahabat dan suami memanggil nama saya.. Seketika kemudian, suara mereka menjadi sayup dan hilang.. Saya pengsan rupanya! 5 minit sebelum berbuka. Apabila sedar, saya terbaring dengan ditemani suami yang jelas tampak riak risau di wajahnya. Bikin cemas betulla!

Alhamdulillah, kembali pulih selepas disuap air manis, kurma, kuih-muih dan beberapa potong tembikai. Syukur, dikurniakan suami dan sahabat-sahabat yang sangat prihatin. Pengajarannya, perlu bersahur seelok mungkin untuk menghadapi tempoh puasa yang panjang. Walaupun saya bersahur pagi itu, namun kuantiti yang terlalu sedikit mungkin tidak mencukupi untuk menampung kehilangan glukosa dalam badan ketika berpuasa.

Selamat berpuasa!

Monday, June 30, 2014

Ramadhan in Birmingham

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, diberikan peluang dan kesempatan oleh Allah Taala untuk bertemu kembali Ramadhan.. Kali ini sedikit berbeza, lebih mencabar namun tetap mengujakan. Pertama kali akan berpuasa di perantauan, jauh dari tanahair.. Tempoh berpuasa yang lebih panjang selama 18-19 jam (bermula jam 3 pagi sehingga jam 9.30 malam) tentunya bakal menguji kekuatan fizikal dan ketahanan mental.. oh! dan juga kesabaran.. namun itu cuma picisan.. tidak terbayang bagaimana saudara muslimin dan muslimat di negara-negara bergolak seperti Palestin, Syria, Mesir dan beberapa negara Afrika yang umat Islam ditindas.. hendak berbuka, makanan terhad.. keselamatan juga terancam.. ada yang hanya berbuka dengan air seteguk dua.. Maka nikmat Allah sebagaimana lagi yang harus dikhuatiri?

Komuniti Malaysia di bumi Birmingham sudah seumpama keluarga besar yang pelbagai ragam dan latar belakang, namun tetap mesra antara satu sama lain dan saling berkasih-sayang.. Benarlah, semangat Islam itu lebih subur di tempat-tempat yang Islam merupakan minoriti. Keluarga di sni saling bantu-membantu, bertadarrus bersama-sama, menjiwai dan menghayati keberkatan Ramadhan.. alangkah bahagia dan tenang di sini. Sudahlah persekitarannya bebas dari kesibukan kerja dan tanggungjawab sebagaimana di Malaysia.. Sungguh.. bumi ini akan dirindui sekembali saya nanti ke tanahair..

Tahun lalu, saya dan suami menyusuri Masjid Besi Putrajaya setiap kali usai berbuka dan solat Maghrib untuk bersama-sama mengerjakan solat tarawikh berjemaah. Alhamdulillah, syukur Allah kerana mengurniakan saya seorang suami yang soleh, bijak membimbing saya mencari redha Allah dan sentiasa menjadi pelindung saya. Dan kali ini, walau di bumi sing yang jauh dari ahli keluarga tercinta, kehadiran suami tersayang memberikan rasa kuat dan semangat yang luar biasa untuk meneruskan perjuangan, dari segi akademik, kehidupan dan mencari syurga Allah..

Insya-Allah, akan terus menghayati Ramadhan sebaik mungkin. Kerana belum pasti dapat bertemu Ramadhan yang berikutnya. Syukur Ya Allah, kasih-sayang yang Engkau berikan pada kami tidak ternilai hebatnya..

Ramadhan Kareem...

Thursday, April 17, 2014

Bismillah..

Menyepi agak lama.. Entah apa alasan yang mahu diberi.. Tapi percayalah.. Saya baik-baik sahaja.. Syukur dengan nikmat Tuhan Yang Maha Pemurah.. Sekarang berada di bumi Birmingham, UK. Dalam satu episod kehidupan menuntut ilmu di perantauan. Sebuah persinggahan seketika menuju Sang Kekasih.. Semoga ilmu yang diperolehi mendapat berkat.. Dan semoga ilmu ini dapat digunakan untuk bebakti kepada ummat.. Saya merasakan diri semakin tua.. Semakin hampir kepada pengakhiran.. Entah apa perasaan itu.. Baikkah? Burukkah? Selamatkah saya di sana? Namun ada sesuatu yang pasti.. Di setiap penghujung hari sebelum menutup mata seketika.. Sering terlintas di hati sanubari.. Adakah esok saya akan bangkit melihat cahaya semula? Atau tersedar dalam keadaan gelap dan sepi.. Dapatkah saya berjumpa kembali dengan mereka yang tercinta? Atau menuju kepada kehidupan hakiki yang belum pasti nasib ku nanti.. Maafkan saya sekalian dosa.. Ampunkan saya pada setiap perkara... Doakan saya baik-baik sahaja.. Di dunia ini dan di akhirat sana...

Saturday, May 12, 2012

At Last ! 3rd Anniversary in Hong Kong (Part 1)

Assalamualaykum.. Yes! You've got it right! Berpeluang berjumpa dengan kekasih hati di Hong Kong.. :) Alhamdulillah, the trip was kind of last minute but full of exciting experiences and fun! I have to admit, the best travel buddy for me is my husband.. Yes, we fought sometimes.. Yes, we had some disagreement especially when I am tired.. But, I am very happy to be with him even for the short time.. Okay.. actually, saye beli tiket utk ke Hong Kong 2-3 minggu sebelum trip.. tgh godek-godek tiket, tengok Cathay Pacific punye offer is quite okay.. KUL-HK dalam RM960, boleh tahan la.. so beli je dulu, jadi ke tak jadi tu belakang kire.. but Alhamdulillah, after a lot of hardship, dapat la jugak jumpa kat Hong Kong.. Bertolak 27hb Mei, Mr. Sunshine sampai HK from China dalam pukul 4-5pm, whereas saye bertolak dari KLIA pukul 5.40pm.. Akhirnya, jejak kasih dalam pukul 10.30pm.. :) Husband dah beli Octopus card and dah siap-siap beli simcard for me.. I will have to say, HK Airport sangat systematic.. suke! So, we took Airport Express yg macam ERL tu and turun kat stesen mane ntah.. from there, we had to take taxi to go to our hotel.. We stayed in Imperial Hotel kat Tsim Sha Tsui.. very strategic place sbb sangat dekat dgn segala public transport dan kedai-kedai / shopping complexes.. tapi since dah sampai lewat ke hotel dan dah penat, kitorang pon mandi, makan dan terus tido.. The next trip.... TUNGGUUUUU!!! Sorry, tak dapat nak upload gambar..

Wednesday, April 18, 2012

Dear Husband..




Dear Husband,

Alhamdulillah, we have been married for almost 3 years..
01/05/2009 would always be in my mind..
Believe me, I only felt the palpitation and nervousness while dressing up in the evening for our Akad Nikah ceremony at night..
Exactly 5.30pm, I started to feel anxious, butterfly in my stomach..
More of worried, what if you became so nervous that you couldn't do a proper akad?
What if Tok Kadi cancel it off because of unforeseen event?
What if something bad happened to any of us?
I know it sounds ridiculous but, hey, I was the bride..
Of course I would have bad thoughts.. :P

But alhamdulillah, everything went well..
I don't have to explain in details my feeling that night..
All in all, it was the best thing ever happened in my life so far..
Being your wife, it is just like a dream comes true..


Dear Husband,

We shared tears and laughters..
We quarreled and fight like others..
We laughed at each others' jokes..
We became jealous of each others' fond..
We gave and accepted advices..
We talked and told stories before we dozed off almost every night..
We sent sms and funny emails while at work..
We called and sent text to each other, although you've just sent me to work five minutes ago..
We watched movies together, although it was "........ Dalam Botol" which was not a scary movie at all!
We understood each other and making no fuss when you farted loudly in the public..(haha!)
We consoled each other when either one is in sad moment..
We motivated each other to work hard and pray hard..
No baby? No problem because you have me and I have you..
For all the above, I could never ever thank you enough..

Dear Husband,

It has been almost three years, but we have never get the chance to be together on our anniversary..
Thus, I am making a wish here..
I wish to see cherry blossom..
Be it in New Zealand, Japan, Korea or other places..
I don't mind..
As long as it is cherry blossom..
Nevermind if it's not this year, because we have a lifetime to do that..
Deal???

Dear Husband,

Just in case you don't remember how cherry blossom looks like..
Please refer to the photos above..

I love you..

p/s : this is the art of memujuk husband.. puji melangit, pastu baru buat wish..
Hahaha! genius me! :P

Sunday, April 15, 2012

A Hope..


Personally, I was hoping that we could celebrate our third wedding anniversary together this year...

But, seems like I have to be alone again and again on our anniversary..

Three years.. three anniversaries.. all by myself..

*sigh*.. T_T