Monday, October 30, 2006

Puasa Syawal? Puasa Qada' ?

Manakah yang lebih baik, berpuasa qada’ terlebih dahulu baru berpuasa sunat, atau menggabungkan kedua-duanya sekali? Contohnya seperti puasa qada’ ramadan dengan puasa enam.

Jawapan :
i) Jika anda bertanya manakah yang lebih baik antara puasa sunat syawwal dan puasa qadha, jawapannya adalah puasa Qadha. Ini terbukti dari hadis Qudsi yang sohih ertinya : “ Tidak hampir kepadaku orang yang ingin hampir kepadaKu sebagaimana apabila mereka melaksanakan amalan fardhu / wajib mereka, dan sentiasalah mereka ingin menghampirkan diri mereka kepadaKu dengan mengerjakan amalan sunat sehinggalah aku kasih kepadanya…” ( Riwayat Al-Bukhari )

Amat jelas hadis ini menjelaskan amalan fardhu atau wajib lebih utama di sisi Allah SWT dari yang sunat, walau sehebat mana sekalipun yang sunat itu.

Hadis tadi sebagai asasnya, tetapi dari sudut praktikal jawapannya
mungkin berbeza menurut keadaan diri seseorang. Maksud saya begini, jika seseorang itu perlu qadha puasanya selama 30 atau berpuluh-puluh hari (kerana nifas atau haid yang lama di bulan Ramadan sebagai contoh) dan tubuhnya juga sihat dan di yakini masih kuat sehingga mampu mengerjakan syawwal terlebih dahulu, ketika itu mungkin ia boleh mendahulukan puasa syawwal bagi mengejar waktunya yang singkat berbanding qadha. Tapi harus di ingat, walaupun waktu bagi puasa qadha adalah panjang, tetapi kita tidak pasti adakah kita mampu sampai ke tarikh itu atau ajal menjelang dahulu.

Seseorang yang mati sebelum qadha puasa tetapi sudah berpuasa sunat
syawwal akan pasti bermasalah kerana ia masih berhutang dengan Allah. Bagaimanapun seseorang yang mati setelah qadha puasanya tetapi tidak sempat sunat syawwal, maka tiada sebarang masalah pun, malah mungkin ia juga mungkin boleh mendapat pahala sunat syawal itu sekali.

Kita harus memahami bahawa darjat puasa qadha adalah lebih tinggi dan tanggungjawab bagi menunaikannya adalah jauh lebih besar dari sunat Syawwal, ini kerana puasa qadha adalah puasa wajib dan merupakan ‘hutang’ ibadah dengan Allah berbanding puasa syawwal yang hanyalah sebagai tambahan pahala.

Isu menggabungkan puasa qadha dan syawal sememangnya amat popular,
pandangan saya seperti berikut :-
Tidak elok menggabungkan kedua-duanya bagi mereka yang mampu ( dari
sudut kesihatan tubuh dan lain-lain) untuk memisahkannya. Ini kerana
sepengetahuan saya tiada dalil yang specific membuktikan Nabi SAW pernah melakukannya atau menganjurkan kepada para sahabat untuk digabungkan.
Apabila Nabi, sahabat dan salaf soleh tidak melakukannya maka pastinya ia bukanlah amalan yang terpilih dan terbaik kerana pilihan Nabi SAW dan para sahabat selamanya adalah yang terbaik.

Malah terdapat juga hujjah-hujjah yang menyebabkan pandangan yang
membolehkan penggabungan menjadi tandatanya iaitu :-
• Jika anda mengatakan boleh gabung puasa qadha (yang wajib) dengan
puasa syawwal (yang sunat) maka sudah tentu selepas ini timbul pula
individu yang cuba menggabungkan solat wajib dengan solat sunat, seperti gabungan solat isyak dengan terawih, atau subuh dengan tahiyyatul masjid atau dengan solat unat fajar, atau solat jumaat dengan solat sunat tahiyyatul masjid. Maka ini pasti menyebabkan masalah lain timbul dalam ibadah wajib termasuk rekaan-rekaan pelik seperti solat fardhu subuh campur istikharah dan lain-lain.
• Menurut guru saya Prof. Dr Syeikh Abd Malik as-Sa’dy (ex-Lajnah Fatwa Iraq) dan Prof Dr Mohd ‘Uqlah el-Ibrahim (Jordan) mereka berpendapat bahawa amalan wajib tidak boleh digabungkan dengan apa-apa amalan wajib atau sunat lain, kerana amalan wajib memerlukan tumpuan khusus yang tidak berbelah bahagi semasa pelaksanaannya dan ia perlu bagi mengangkat tuntutan kewajibannya. Justeru, tindakan menggabungkan ini pasti mengurangkan kesempurnaan hamba dalam menunaikan tuntutan wajib mereka. Wallahu a’lam.
• Tindakan A’isyah ra yang melewatkan qadha pula boleh di jadikan
hujjah bahawa beliau mengasingkan kedua-dua puasa qadha dan syawwal. Maka ini lah yang terpilih sepatutnya. ( tidak gabungkan kerana aisyah tidak menggabungkannya)
• Amalan wajib (qadha) memerlukan niat yang ‘jazam’ (tepat dan pasti) maka tindakan mengabungkan ia dengan niat puasa sunat mungkin boleh
merosakkannya kepastiannya. Kerana itulah ulama yang mengizinkannya
mencadangkan agar diniat puasa qadha sahaja, adapun syawwal itu dipendam sahaja dengan harapan Allah menerimanya. Bagaimanapun , ulama yang mencadangkan ini jelas menyatakan bahawa tindakan menggabungkannya tetap mengurangkan pahala sunat syawwal ini kerana tidak diniat sepenunya (Hasyiah As-Syarqawi ‘ala al-Tahrir, Syeikh Zakaria Al-Ansary, 1/427; naqal dari Min Ahsanil Kalam Fil Fatawa, Atiyyah Saqr, 2/23)
• Malah ada pula yang berhujjah bahawa amalan sunat tidak boleh
ditunaikan sebelum amalan fardu. Demikian menurut Syeikh Ihsan Muhammad 'Aayish al-'Utaibi. Ini ada asasnya kerana berdasarkan hadith Nabi SAW ertinya “ Barangsiapa telah berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan 6 hari dari dari Syawwal (puasa) maka ia adalah seperti (pahala) puasa ad-Dahr (setahun)” (Riwayat Muslim). Kita dapat melihat penggunaan ‘fe’il madhi’ iaitu ‘past tense’ bagi puasa Ramadan, mungkin sahaja boleh membawa makna sesiapa yang belum lengkap puasa Ramadannya perlulah melangkapkan dahulu, kemudian barulah mereka layak bagi mendapat peruntukan pahala sunat Syawwal.
• Hujjah ulama yang mengharuskan adalah hadith “ Sesungguhnya amalan
itu berdasarkan kepada niat, dan bagi seseorang apa yang diniatkan.”
(Riwayat Bukhari, no 1, 1/12) dilihat agak umum, memang benar apa yang diniatkan adalah penting, tetapi niat mempunyai kaedah dan cara-caranya bagi diterima, contohnya seperti niat solat dalam mazhab Syafie mestilah dimulakan semasa lafaz takbiratul ihram di sebut, jika tidak niat itu tidak dikira. (Rujuk Al-umm, hlm 78, cet Baytul Afkar; Rawdhah At-Tolibin, An-Nawawi, cet Baytul Afkar, hlm 103)
Justeru, niat juga ada displinnya dan tidak boleh di buat sesuka hati di dalam ibadah.
• Qiyas haji Qiran (iaitu menggabungkan Haji dan Umrah) kepada Puasa
Qadha wajib dan Sunat Syawwal adalah qiyas yang kurang tepat. Malah
terdapat majority ulama yang tidak setuju dengan konsep “qiyas’ dalam isu ibadat. ( Rujuk Nihayah As-Sull, Jamaluddin al-Isnawi)
Kesimpulan pandangan saya yang terbatas ini : Elok sangat tidak
digabungkan dan elok sangat didahulukan yang wajib (qadha) daripada sunat (syawwal) ; bagaimanapun, pandangan yang membolehkan saya anggap sebagai rukhsah “keringanan” bagi mereka yang mempunyai kesukaran kerana uzur dan tidak mampu untuk mengasingkannya. Antara ulama yang membolehkan adalah beberapa ulama mazhab Syafie (Mughni al-Muhtaj, 1/602), Assembly of Muslim Jurists in America (AMJA), Syeikh Atiyyah Saqar, panelis fiqh Islam online.net dan beberapa yang lain.


Okay, saje nak share ngan kawan2 so that kalo ade orang lain tanye, kite boleh jawab.. this is an email from a friend and from a reliable source.. sye dah check few books yang dia rujuk. Cuma regarding niat ketika solat ataupun ,ahu berpuasa tuh, ade kemusykilan sket.. nanti saye tanye balik dan bagitahu kat sini. Semoga mendapat manfaat..

Sunday, October 15, 2006

Ayat-Ayat Cinta


Assalamualaykum...

Sekali-sekala dengar tazkirah tentang sirah para sahabat Rasulullah nih, memang terusik jugak hati nih... terbayang betapa tinggi cinta mereka terhadap Allah, Rasulullah dan Islam sehinggakan sanggup mengetepikan kepentingan diri...

Last Friday, ade IRK session dengan Dr. Khairidzan.. dalam banyak2 benda yang beliau sampaikan, ade satu kisah jek yang melekat dalam kepala saye.. tentang Perang Mu'tah... memandangkan saye berhajat nak taip panjang tentang kisah perang Mu'tah nih, saye akan post next time...

Just nak share dengan all readers tentang buku yang saye pernah mention kat sini dulu.. tajuk Ayat-Ayat Cinta yang ditulis oleh penulis Indonesia, Habiburrahman El-Shirazy.. macam jiwang jek kan, tapi sebenarnye buku nih menceritakan tentang kehidupan seorang penuntut Al-Azhar yang berasal dari Indonesia, berada di Mesir untuk menuntut ilmu dan berdakwah... secara peribadi, saye sukakan buku nih sebab pengisian Islam yang banyak dan pengkisahan tentang bagaimana keadaan Mesir yang diperincikan secara detail, sampaikn terasa seolah-olah saye berada di Mesir sendiri.. hehehe..

Kisah Fahri Abdullah yang menyewa bersama2 kawan, mengajar saye bagaimana seharusnya adab bersahabat itu.. tinggal serumah dan saling kasih-mengasihi antara sahabat sehinggakan kesusahan seorang sahabat itu adalah kesusahan seisi rumah! terus teringat mase kat Jerantut, serumah dengan Shade, Asma', cik Yah and kak Alin.. best walaupon sekejap...

Kisah Fahri yang diminati oleh 3 orang gadis, yang mane bukan calang2 orangnye gadis-gadis tersebut.. dalam konflik nih, secara tertib diceritakan bagaimana seharusnya perhubungan antara lelaki dan perempuan itu dibatasi oleh syarak dan pengharapan pada redha Allah dalam setiapnya.. dan secara tak langsung jugak memberi ilmu kepada saye tentang bagaimana seorang suami itu bertanggungjawab ke atas isterinya, sehinggakan perkara utama yang perlu dilakukan selepas ijabkabul itu adalah membetulkan bacaan Al-Fatihah si isteri.. bukankah surah Al-Fatihah adalah tonggak solat seseorang...

Tak boleh nak cerita secara penuh kat sini sebab saye syorkan kawan2 baca sendiri buku nih... it is an alternative to typical romance novels yang ade kat pasaran sekarang, yang lebih mementingkan kisah2 cinta yang mengelirukan dan merosakkan jiwa... so, silalah beri kalo berminat... actually, yang saye baca tuh adalah dalam bahasa Indonesia so agak konfius tapi saye dengar dah ade yang diterjemahkan dalam bahasa Melayu.. so, carik le kat bookstore berhampiran anda.. sesuai jugak untuk dijadikan hadiah pada yang anda sayangi.. har har har...



" Andaikan aku halal baginya tentu aku akan turun
mengusap airmatanya dan membawanya ke tempat yang jauh
dari linangan airmata selama-lamanya " - Fahri


[ Ayat-ayat Cinta - Habiburrahman El Shirazy ]


p/s : To be an informative Muslim, we have to read a lot.. kelemahan yang ada pada Muslim sekarang, especially Melayu adalah kurangnye sikap membaca tuh.. nih ditujukan kepada saye, saye, saye dan anda semua....

Wednesday, October 11, 2006

Engkau Sibuk Dengan Dunia!

Assalamualaykum...

Terbaca poem nih kat Tazkirah On-line yang bersepah-sepah kat library.. tertarik dengan kata-kata sinis yang digunakan, walaupon begitu, masih berkesan untuk membuatkan saye berfikir.. "betul jugak tu.." so would like to share with all..


Engkau sibuk dengan dunia
Dunia tidak sibuk pun dengan engkau
Mengapa engkau tidak sibuk dengan Tuhan yang punya dunia
Dia lebih sibuk menguruskan hal engkau

Engkau kejar dunia, dunia belum tentu kepunyaan engkau
Sedangkan Tuhan telah engkau tinggalkan
Kalaupun engkau memiliki dunia
Apa ertinya engkau tidak memiliki Tuhan yang punya dunia
Tapi jika engkau memiliki Tuhan
Dunia kepunyaan Tuhan akan menjadi milik engkau

Engkau tersilap hal, engkau tersalah fikiran
Dunia yang akan ditinggalkan ini pun belum tenttu di dalam milik engkau
Padahal Tuhan telah engkau tinggalkan
Macam mana engkau berfikir, bagaimana engkau membuat keputusan

Bersibuklah dengan Tuhan yang sibuk dengan urusan engkau
Janganlah sibuk-sibuk dengan dunia yang tidak sibuk pun terhadap engkau
Engkau bersibuk-sibuk dengan Tuhan
Tuhan tidak akan mengecewakan engkau

Engkau sibuk dengan dunia, belum tentu milik engkau
Kalaupun engkau boleh miliki dunia
Namun satu ketika dunia tetap akan mengecewakan engkau...



So, sibukkan diri anda dengan Tuhan, jangan terlalu menyibuk hal dunia..

Monday, October 09, 2006

Almost A Month..

Assalamualaykum...

Lamanye saye tak update!! busy jugak le sebelum nih, dengan exam and academic stuff.. tambah lagi pulak dengan internet connection yang sangat poor.. ade beberapa citer nak share nih...


Citer 1 : Exam O&G

alhamdulillah, result pon dah tahu and syukur, saye pass.. i had a bad history with O&G posting actually but somehow, i still like the subjects.. probably because of the narrow scope as well as the patients are all female.. hehehe...
Exam yang lepas, dapat dengan lecturers yang baik2 and familiar cases yang sentiasa ade dalam ward.. Allah tolong banyak sebab saye just baca sikit jek for exam but yet, He granted my du'a.. thanks to those who pray for me, namely my family and my Pakcik and family orang yang kena operate sebab ACL tear and meniscus injury.. (",) , my frens and myself..hehehe! great great thanx to the Al-Mighty for His Mercy..


Citer 2 : Cuti seminggu...

adeh..memula ingatkan nak balik lambat sket cuti, however, Ummi dah bising2 suruh balik cepat.. she missed me, i know..hik hik hik... kat rumah, dok masak le, tengok TV la, teman si Fatin tuh main le.. basically, rest secukupnye kat rumah and sesekali jek belek buku.. belek je tau, tak baca pon... then temankan Ummi shopping new furnitures.. wah, menarik jugak.. tetiba terus terlintas nak decorate rumah sendiri nanti camane.. hehehe.. anyway, ade jugak yang tak best tapi takpelah, malas nak tulis kat sini.. cuma saye yakin ape yang saye buat sekarang nih tak bertentangan dengan syarak.. salah ke kalo saye berdegil demi masa depan? isk..


Citer 3 : balik Kuantan dah...

masuk posting baru, Paediatrics or Bahagian Kanak2... agak relaks jugak posting nih cuma banyak benda yang nak baca.. hope boleh catch-up le.. first day was not bad, briefing with Dr. Wahab and pi ward for wardround..



okay lah, cukup le dulu... next time saye update lagi, insya-Allah, taknak lambat dah.. baju raye saye Ummi jahitkan... kaler ape? hermm... heheheh! tengok sendiri le nanti..

so, selamat berpuasa dan selamat memburu Lailatul-qadar nanti.. bukan memburu Lailatul "KAMDAR" dengan bertungkus lumus shopping baju raye kat Kamdar ye..

p/s : cepat sembuh ye encik... ade perkara penting yang perlu disettlekan..