Thursday, April 27, 2006

Cute Huh...

Assalamualaykum...

I found this image somewhere in somone's blog.. nice ek?! hehehe...comel jek..

Oh ya..just now I went to see Dr Ailin to be her sample for a research.. some audiology @ hearing stuff.. borak2 ngan dia jap and suddenly she said " u know what, yesterday punye session for professional exam, there's one failure already.." erk!! first day clinical exam, dah ade sorang..today is the 2nd day..tomorrow last day.. hermm..risau jugak mengenangkan nasib mereka dan terutamanya saye tahun depan...arghh..

And...for the second time, a person who doesn't really know my background asked a question which was just based on my necklace.. "are u a kelantanese?" kah kah kah...rupa-rupanye, she's married to a kelantanese and she got all this kind of jewelleries for her wedding from the in-laws.. weird huh?!

I think i should do a research on "why kelantanese women love weird and bizarre jewelleries?" seriously, bukan setakat pelik bentuk jek, sometimes pakai terlampau banyak. Ade one lovely lady kat kampung saye, pakai barang kemas sampaikan separuh forearm dia..cincin pulak penuh 3 jari dia, kiri dan kanan..tak berat ke? ade sorang lagi, pakai loket pada rantai dia tuh sebesar medal or pingat yang saye dapat mase menang basketball game time skolah dulu..besar wooo...

Anyway, as for myself plak, i wear this necklace because it's from my late great grandmother.. she gave it to my Ummi and Ummi gave it to me..but frankly, i won't wear jewelleries yang melampau.. kang tak pasal-pasal kena rompak plak time naik bas ke, driving ke..moderate is good enough for me..

p/s: pelik la, kenapa kelantanese macam tuh? sesape ade idea, boleh share ek..

Wednesday, April 26, 2006

Things To Ponder



Assalamualaykum again..

Well, tadi bukak email and ade sorang sahibah hantar email pada saye, meminta pendapat saye tentang hal rumahtangganya..(hmm..i've told u, altho saye belum berkahwin tapi ade jugak yang nak tahu pendapat saye tentang perkahwinan..hik hik hik) kisahnye, sahibah saye nih sudah pon berkahwin dan baru sahaja melahirkan anak sulung.. selepas kelahiran baby boy tuh (kalo tak salah saye, namanye Mus'ab) husband dia mintak dia berhenti kerja dan jadi surirumah.. dia reluctant sebenarnye sebab mengenangkan gajinya yang agak lumayan sekarang nih dan permintaan parents dia yang mahukan anaknya terus berkerjaya.. yup, husband dia memang mampu untuk menyara sekeluarga dengan gaji yang besar jugak (dah kerja ngan private company yang memang dah kukuh kan..) tapi, sahibah nih merasakan dia tak patut berhenti kerja lagi sebab nak kumpul duit dulu... hermm...

ape jawapan saye? saye just hantar poster di atas dan bagitahu dia, Allah dah janjikan bahawa dengan setiap kelahiran anak itu akan ade rezeki untuk mereka dan ibubapa yang menjaga anak itu dengan sempurna.. surirumah juga satu kerjaya yang berat malah jauh lebih susah daripada doctor sekalipon (kena jugak babitkan diri saye..hehehe!) sebab kerjanya adalah 24 jam sehari selama 7 hari seminggu..gaji yang diperolehi? tak ternilai harganya dengan melihat pembesaran anak2 di depan mata sendiri dan dapat menguruskan rumahtangga sendiri tanpa memerlukan pembantu rumah...dan insya-Allah, kalo niat ikhlas kerana Allah nak membimbing anak menjadi Muslim yang soleh dan pejuang Islam yang akan menegakkan syiar Allah, lagi besar ganjarannya.. so, saye nasihatkan dia berbincang dengan suaminya dan berfikiran optimis.. jangan menyangka surirumah nih kerja lekeh tau.. lagi susah daripada kerja pejabat.. bukan senang nak medidik seorang insan sebab pendidik itu sendiri memerlukan asas aqidah dan ilmu yang mantap..

Terfikir jugak, kalo saye nanti, sanggup ke nak buat pengorbanan sebegitu? Hermm.. malangnya saye terikat dengan kerajaan selama 10 tahun..nak tak nak, kena jugak settlekan dulu yang tuh..kalo tak, parents saye yang jadik penjamin saye kena berhadapan ngan masalah. Tapi, lepas berfikir lama, saye pon kalo boleh nak melihat anak-anak membesar dengan sempurna depan mata saye sendiri.. kalo boleh, biarlah tangan saye sendiri yang membelai mereka, bukan pembantu rumah.. kalo mampu, biarlah mereka makan makanan yang saye masak, bukan dari kedai.. In order to achieve ny dreams, I've my own plan..cuma itu le, tak jumpa lagi 'share partner' yang akan memahami situasi saye..hehehe!

Takpe..Allah Knows the Best..saye redha..

p/s: kenapa sesetengah orang pandang surirumah tu sebagai tak best??

Jengkel tauu...

nih gambar group saye ngan supervisor kitorang mase Orthopaedics posting, Mr Zamzuri
(thanks to Wan Zai..bukan saye yang buat nih..hehehe)


Well, another final professional exam of Kulliyyah of Medicine tgh berlangsung kat kampus Kuantan nih.. for your info, dalam medical punye course nih, ade 2 professional exam..1st pro exam and final pro exam.. ala-ala PMR and SPM laa.. first pro will be held in the final part of 2nd year while the final pro is at the end of 5th year..kalo tak pass professional exam, takleh nak grad le.. okay, some update about 1st pro..ade 2 students dapat distinction and sorang kena repeat in 6 weeks time.. pasal final pro plak, dgr kisahnye PMP diorang susah..arkk!! My turn will be next year!!!! Cuak dah nih...

Actually, baru balik dari cuti kat rumah for 5 days..best! terubat kerinduan pada bilik dan Fatin..but, here i would like to share my opinion regarding the Malaysians' (more appropriately, thos who live in Malaysia sbb kadang2 PATI pon ade kan..) attitude towards cleanliness and how to be decent in the public..

Kisah nih terjadi masa saye tengah tunggu bas Bulan Restu (cewahh..promote bus best!) kat Pekeliling last Tuesday, around 11am..bas saye pukul 12pm so saye lepak le kejap kat waiting area kat tepi tuh..datang le sorang lelaki, dalam umur 30-an, pakai kemeja and slack, bercermin mata hitam..dari pandangan kasar saye, agaknye this guy nih mesti bussiness personnel sebab bawak briefcase and handphone pon mahal and gaya pon 10 markah le...dia pon duduk kat seat yang lagi satu, tak jauh dari saye..tetiba, alamak...dia bwk kuar rokok le pulak! tengah dia sedap merokok tuh, saye jeling2 le jugak kat dia sambil terbatuk2 (berlakon jek..) and tunjuk muka tak senang..dia toleh kat saye, tak sure le pandang saye ke tak sebab dia pakai sunglasses kan.. then, dengan selamba dia hembus lagi asap rokok yang beracun tuh..aduhhh!! hangin dah saye nih..saye angkat beg dan beredar ke tempat lain..dok kat luar telan asap bas lagi bagus .. alih-alih, dia pon bangun jugak sambil ikut saye.. dalam 2 minit berdiri kat luar tuh, saye pandang dia.. dia pon cakap "bas dah sampai ke? rasenye kite naik bas yang same ..Bulan Restu kan?!" saye pon jawab.. "belum sampai..yup, Bulan Restu..tapi saye tak restu le awak dekat2 ngan saye nih.." dia gelak mengekek..dia pon buang puntung rokok dia pastu meludah pulak kat tepi tuh!!! adddoooooooiiii....buruk betul perangai! dah la merokok kat tempat tertutup, membuang sampah kat tempat terbuka, meludah sambil mengeluarkan bunyi nak kuarkan kahak yang sangat buruk kat sebelah saye pulak tuh!! JENGKEL le lelaki macam nih... nasib baik bas dah sampai so saye naik terus without looking at him...

so, pengajaran yang saye dapat adalah, don't judge a book by its cover.. smart mane pon orang tuh externally, tak semestinya perangai dia sopan dan baik jugak...and lagi satu, tolong le bersopan kalo tengah berada kat tempat awam..macam cipan punye perangai, baik dok kat gua atau dok kat rumah jek..yuck!

herm..entry lain pulak le nanti...

Friday, April 21, 2006

Reminder...

Assalamualaykum...

just a reminder.. please girls, start a menstrual calendar, if u haven't.. it will make yourself more prepared and certainly, it'll make the doctors' job (especially the obs and gynae people) easier.. if to happen that u're pregnant, we need to calculate the duration of your pregnancy and the expected date of delivery based on your last normal menstrual date... pleaasssseee.....

p/s : well...uncertain pregnant women give headache to the obs and gynae people.. dah le tak sure bile last perod, lambat pulak datang untuk rawatan susualn dan pemeriksaan kandungan..:( please girls, be concern about yourself and to the guys, make sure your wife go to the clinic as early as possible kalo dah pregnant..

Monday, April 17, 2006

Personality Through Birth Date..

Assalamualaikum...

Just something to share.. actually, dah banyak jenis personality test yang saye buat..saje jek nak tahu ape jenis orang saye nih.. although i claim that only me understand myself better than anybody else, buy sometimes other people's opinion is good in order to reflect myself..hahaha.. so, here u go..



Kalau anda dilahirkan pada 1Hb, 10Hb,
19Hb, 28Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah
no.1

Kalau anda dilahirkan pada 2Hb, 11Hb, 20Hb,
29Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.2

Kalau anda dilahirkan pada 3Hb, 12Hb, 21Hb,
30Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.3

Kalau anda dilahirkan pada 4Hb, 13Hb, 22Hb,
31Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.4

Kalau anda dilahirkan pada 5Hb, 14Hb, 23Hb
dalam mana-mana bulan, anda adalah no.5

Kalau anda dilahirkan pada 6Hb, 15Hb, 24Hb
dalam mana-mana bulan, anda adalah no.6

Kalau anda dilahirkan pada 7Hb, 16Hb, 25Hb
dalam mana-mana bulan, anda adalah no.7

Kalau anda dilahirkan pada 8Hb, 17Hb, 26Hb
dalam mana-mana bulan, anda adalah no.8

Kalau anda dilahirkan pada 9Hb, 18Hb, 27Hb
dalam mana-mana bulan, anda adalah no.9


no.1
----
Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-
terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik
hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului
dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang
berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di
bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta
dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada
usia yang matang. Anda tidak suka akan orang
yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah
anda juga menyimpan dendam dengan orang yang
bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat
belanja. Pada masa hadapan anda adalah
professional dalam kerjaya yang anda ceburi.
Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan
pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang
bahagia. Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.

no.2
----
Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua
orang kerana anda berperanankan Bulan dan
semua orang suka akan bulan. Em...bagus! Anda
suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan
terhadap diri sendiri. Jadi and perlu membuat
perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah
seorang yang sukar diramal kerana anda membuat
perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda
juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi
and mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan
komunikasi lisan. Sikap anda seperti bulan yang
datang keredupan dan pudar jadi semua orang
boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh
menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta
akan keamanan. Anda juga seorang yang
bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan ideal
anda adalah no.2, 5, 9.

no.3
----
Anda adalah seorang yang berhati keras,
pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka
untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda
mempunyai masalah keluarga dan anda dapat
mengharungi dengan kesabaran anda. Anda
sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi
ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa
yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda
perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga
seorang yang menghormati orang yang lebih tua
daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan
hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan
atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan
sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan
berpanjangan. Anda suka akan kebebasan,
pencipta di mana ada anda akan membawa
harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini.
Pasangan ideal anda adalah no.6, 9.

no.4
----
Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin.
Mungkin anda akan menjauhkan orang lain
daripada anda kerana kata-kata anda. Anda
seorang yang bertimbang rasa akan masalah
orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan
seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau
kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa
berfikir panjang. Anda kena berhati-hati dengan
orang sekeliling anda kerana mereka mungkin
akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda
akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda
dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila
anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau
bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan
tegas. Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.

no.5
----
Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh
menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara
lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam
menjalani perniagaan. Namun anda terlalu terburu-
buru. Anda adalah seorang yang humor di
kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-
kawan dan ahli keluarga anda juga akan minta
bantuan anda apabila mereka memerlukan
bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam
hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan
kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri seorang
pengembara dan ahli silap mata. Anda
mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan
ideal anda adalah no.1 , 2, 9.

no.6
----
Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda
tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin
berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat
pandai dalam pelajaran dan pengurusan
perniagaan. Anda seorang genius, baik hati (tapi
hanya orang yang beranggapan anda orang baik),
mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak.
Semua benda yang baik akan datang pada anda.
Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan
kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka,
anda adalah seorang yang murah hati, peramah,
adil saksama dan mempunyai penilaian yang
tajam. Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9.

no.7
----
Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa
saja. Anda adalah seorang yang realistik, yakin,
gembira dan merupakan seorang yang genius
dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan
nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu
panas baran. Namun demikian, anda banyak
melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda
meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi
sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan
kebahagian diri sendiri. Anda telah dilahirkan untuk
memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda
seorang yang bagus dan seorang yang amat
gembira. Pasangan ideal anda adalah no.2.

no.8
----
Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi
tak ada orang yang memahami anda. Kepakaran
anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda.
Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam
hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda
lebih kuat dan tabah. Anda memperjuangkan
keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan
bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda
seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa
dan berani. Faktor-faktor ini telah membawa anda
ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang
ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat
bagus. Pasangan ideal anda adalah no.1, 4.

no.9
----
Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi
fizikal dan juga mental. Anda mempunyai penilaian
yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang
yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda
adalah orang yang boleh menerima cabaran dan
berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia
yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu
bapa anda. Tapi apabila usia anda telah semakin
meningkat anda adalah seorang anak yang taat
dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi bigan
kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain
percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan
model teladan kepada orang lain. Pasangan ideal
anda adalah no. 3, 5, 6.

Tuesday, April 04, 2006

Peliknya Ummatku..

Peliknya umatku....
Bola punya hal,pukul 3 pagi boleh bersengkang mata.
Bola punya hal,ringan aje tubuh untuk bangun diwaktu ayam pun tak bangun lagi..
Tapi,pukul 3 pagi akan jadi terlalu berat utk bangun jika disuruh tahajjud 2rakaat...
Diwaktu sahur cukup menyeksakan baginya.

Peliknya umatku..
menangis teresak-esak sbb penyanyi pujaan terkeluar dari AkademiFantasia
air mata sungguh murah melimpah pabila artis pujaan turut menangis
namun, berapa sgt umatku yg sudi melinangkan air matanya sbg taubat kpd yg Esa?
berapa sgt umatku yg menangisi kerana kematian seseorang ulama dan solehin?

Peliknya umatku....
sms berpuluh ringgit dgn senang hati dihantar,
janji penyanyi pujaan terpilih.
jari-jemari begitu ringan menaip nama penyanyi pilihan dan nombor undian.
tapi, jari jemari begitu berat utk mengambil seringgit utk dimasukkan kedalam tabung masjid tangan begitu kaku utk menghulurkan seringgit dua ke jalan Allah.

Peliknya umatku....
gembira dia sbb anak pandai menyanyi dan pandai main piano
sedih sekali dia pabila anaknya tak dpt masuk Akademi Fantasia, MalaysianIdol..
namun, tak ramai umatku yg sedih jika zuriatnya buta al-Quran..
takramai umatku yg resah jika anaknya tidak tahu sujud kpd yg Esa.

Peliknya umatku....
sanggup bersesak-sesak,berhimpit-himpit dipadang konsert hiburan..
sanggup memberi komitmen memenuhi dan memeriahkan konsert hiburan
sedihnya..program Allah 5 kali sehari di Masjid tidak dapat sambutan meriah dari umatku... mereka tidak sanggup untuk berdiri dlm saf walaupun 5minit...

Peliknya umatku....
setiap tahun adanya pertandingan tilawah al-Quran
tak cukup peringkat kebangsaan, dibuat peringkat antarabangsa
tapi,dengan al-Quran masih lagi bersikap ikut selera
mana rasa elok, diamalkan..
mana rasa tak elok untuk nafsu,baca aje dah le.

Peliknya umatku....
setiap tahun mereka sanggup menjadi penunggu setia kepada jam 12 mlm pd hari merdeka, pada hari tahun baru jam 12 mereka akan bersorak ramai-ramai..
tak kira jantan betina detik saat jam 12 ,
saat yg ditunggu-tunggu tanpa berkedip mata melihat jam besar.
sedihnya..tak ramai yg mampu dan mahu menunggu waktu solat lebih awal di masjid

Peliknya umatku....
setiap kali aku menulis fakta yang benar dan kenyataan tentang bangsaku, kaumku dan umatku,
pasti ada suara2 sumbang dan lantang yang cuba mempertikaikannya
umpama menegakkan benang yang basah.
Tak salah rasanya kalau kita sedar dan menyedarkan.....


Hmmm....pelik jugak kan?! tatkala ummat Islam di Palestine berjuang bersungguh-sungguh mempertahankan Al-Aqsa dan mengorbankan nyawa demi membela maruah Islam tercinta, kite di Malaysia masih lagi mencari jalan bagaimana nak join Fiesta Media Idola yang bakal diadakan di Pahang ni.. hiburang yang melampau, mengakibatkan hati-hati ummat Islam makin gelap dan jelek, kusam dek debu-debu jahiliyyah...sedihnya.... :(